Thursday, December 27, 2007

Tidak

Tidak, kamu tidak akan menghabiskan usia mu untuk hal-hal yang tidak berfaedah seperti berdebat tentang hal-hal yang tiada kebaikan.

Tidak, kamu tidak akan menghasilkan wang dan menghimpunnya dengan mengorbankan kesihatan, kebahagiaan, dan ketenangan mu.

Tidak, kamu tidak akan mencari-cari kesalahan orang lain, mengumpat mereka, dan melupakan kekurangan yang ada pada diri sendiri.

Tidak, kamu tidak akan menyia-nyiakan waktu bersama dengan penganggur dan orang yang membuang waktu untuk hal yang sia-sia.

Tidak, kamu tidak akan mengingat musibah yang telah berlalu, bencana yang sudah lepas, atau kekeliruan yang pernah dialami.

Tidak, kamu tidak akan melupakan akhirat dan lalai terhadap perkara-perkara yang akan terjadi di dalamnya tetapi kamu beramal untuk menyambutnya.

Tidak, kamu tidak akan membelanjakan wang untuk hal-hal yang diharamkan seperti berfoya-foya, berjudi atau minum arak.

Kad 'Happy Birthday' untuk Umi


Selamat Hari Lahir Umi (dan Hadif)!!

Monday, December 17, 2007

Empat Peringkat Hak

  1. WAJIB dipertahankan, HARAM dikorbankan - Nyawa, maruah, agama, keluarga dan negara.
  2. WAJIB dipertahankan, BOLEH dikorbankan - Harta benda dan wang ringgit.
  3. HARUS dipertahankan, BOLEH dikorbankan - Waktu rehat, harta pusaka dan giliran bagi isteri-isteri yang berpoligami.
  4. HARAM dipertahankan, HARAM dikorbankan - Harta dan wang ringgit yang dimiliki secara haram seperti hasil judi, riba dan hasil curi.

Semusim Rindu Bertamu

Semusim rindu bertamu
Kala kesunyian mencengkam perasaan
Mengenangmu jauh di mata
Mengingatmu entah di mana.

Kenangan itu menggigit perasaan
Kebahagiaan yang ku sangka berpanjangan
Namun kekecewaan jua yang bertandang.

Kau hadir bagai mentari
Menerangi kehidupan, menyinari kesiangan
Namun tetap sirna bila malam menjelma
Lalu aku kesuraman di dalam kegelapan.

Semusim kasih bertamu
Kala kerinduan mencengkam perasaan
Kehilanganmu tak pernah ku rela
Biar takdir yang menentu segala.

Saturday, December 15, 2007

Calendar Swap

Di Lovescrap, kami membuat pertukaran kalendar 2008 di mana setiap peserta (6 orang) membuat LO untuk dua bulan. LO ini berukuran 6" X6" dan kalendar tidak lebih daripada 5" X 5". Setiap LO perlu ada pattern paper dan sekurang-kurangnya dua jenis embellishment. Di bahagian belakang diletakkan maklumat peserta.

Jiwa Bahagia

  • Untuk mendapatkan jiwa yang bahagia ada empat perkara: berani kepada kebenaran, tahu rahsia dari pengalaman kehidupan, pandai menjaga kehormatan batin, dan adil walaupun pada diri sendiri.
  • Untuk mendapatkan bahagia bongkarlah kekotoran jiwa dari dada supaya iman masuk ke dalamnya, kerana reban ayam yang dimasuki musang tidak akan dimasuki ayam.
  • Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan; sebab durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.
  • Bagi orang yang berbahagia dia menganggap istana bukanlah pada rumah besar yang bagus serta mewah tetapi ianya terletak dalam hati yang telah mendapat sinar ILLAHI.
  • Orang yang ingin bahagia haruslah selalu menyucikan jiwa dengan: selalu membaca al-Quran, mengosongkan perut dengan jalan berpuasa, solat malam, bergaul dengan orang yang taat kepada agama, dan tidak memakan makanan haram.

Wednesday, December 12, 2007

Stay The Same

Bunga dan frame gambar menggunakan corrugated paper, doodling dengan glitter gel pen.

Hawa

Percubaan pertama scrapping nama. Frame nama ini aku hadiahkan kepada kawan aku - Hawa sempena hari lahir dia bulan lepas.

Tuesday, December 11, 2007

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan. Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut. Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam. Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa . Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun . Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun. Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Ampunkan Aku

Ya Rabb
Keampunan Mu ku pohon
Keredhaan Mu kuharapkan
Terkadang aku alpa pada suruhan Mu
Sedang Kau sentiasa di sisi ku
Terkadang aku leka akan ajaran Mu
Sedang Kau selalu di samping ku.

Ya Rahman
Kau yang tak jemu mengasihi hamba Mu
Sedang aku lalai pada perintah Mu
Ampunkanlah Aku
Tunjukkanlah aku jalan yang lurus
Jalan menuju keredhaan Mu.

Ya Rahim
Mengingati hukuman dari Mu
Aku jadi takut...gentar...
Berilah petunjuk kepada hamba Mu ini
Agar dapat ku tebus dosa-dosa ku.

Keampunan ku pohon
Keredhaan Mu ku dambakan.

Ampang
30 Disember 2006 / 9 Zulhijjah 1427

Dengki

Sukarnya hendak membuang sifat dengki, seorang teman menasihatiku supaya...

Pertama, ucapkan tahniah kepada orang yang didengki itu ketika dia mendapat nikmat.
Kedua, sanjung dan puji kebaikannya terutama di belakangnya.
Ketiga, tutup kesalahan dan kelemahannya.
Keempat, ziarahilah dia dengan membawa hadiah.
Kelima, hormati dan sayangi orang di sekelilingnya seperti ibu bapanya, ahli keluarganya, suaminya dan anak-anaknya.
Keenam, bela dia kalau ada orang memburuk-burukkannya.
Ketujuh, berdoalah kepada Allah agar dihilangkan rasa dengki itu.

Saturday, December 8, 2007

Cheerful

LO ni tiada tajuk sebenarnya tapi mungkin journalling nya berkaitan keceriaan. Nama penuh sebagai tajuk kecil menggunakan embossing tape.

Talented Star

Embellishment yang digunakan ialah star punchies yang disesuaikan dengan tajuk LO. Font untuk tajuk ialah Brush Script MT.

My Sweet lil' Sis

Embellishment yang digunakan ialah stickers (termasuk tajuk kecil 'CHEER') dan celloytape bergambar. Tajuk utama 'My Sweet lil' Sis' menggunakan font Snap ITC. Journaling akan ditambah kemudian.

Friday, December 7, 2007

Warkah buat Hawa

Hawa...
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu.
Andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.
Andai engkau menjadi ibu,
didiklah anakmu sehingga dia TIDAK GENTAR MEMPERJUANGKAN AD-DIN ALLAH.

Hawa...
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu.
Ingatlah hawa !!!
janji Tuhan kita,
WANITA YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK.
Jangan sesekali dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan mahram
Kerana...
aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman,
maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya,
dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa...
Ketahuilah olehmu,
lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui perhiasan yang ditonjolkannya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya,
serta kemampuannya menggoncang iman lelaki.
Tetapi...
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan mahramnya.
Kerana,
dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta.
Kerana,
dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita.
Yakni,
sebuah ikatan yang SAH di sisi Allah,
itulah PERNIKAHAN.

Oleh itu hawa,
jagalah pandanganmu,
peliharailah auratmu,
awasi akhlak dan tingkahmu,
dan TEGAK kanlah pendirianmu,
sebaik-baik hiasan dunia adalah WANITA solehah.

Kau HAWA!
berusahalah segigihnya,
mencontohi sifat dan sikap wanita-wanita contoh dunia,
Mariam... Asiah... Khadijah... Fatimah...

Menjadi idaman lelaki soleh,
adalah kerana iman dan akhlak mulia,
bukan manis kata-kata,
bukan indah senyuman di wajah,
bukan ayu kerlingan mata.

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah cinta ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta saudara-saudaramu... keluarga... sahabat... yang membahagiakanmu.

Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang,
Kerana kau akan perolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah.
Cintailah ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan berjumpa cinta yang seumpama itu,
cinta antara saudaranya.
Cinta itu anugerah...
cinta itu fitrah ketentuan Allah,
cinta makhluk boleh datang dan pergi,
Tetapi cinta Allah... cinta Rasul Allah...
cinta yang abadi.

JANGANLAH SESEKALI TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA
JUGA MENJADI ''TANGAN'' YANG MENGGONCANG IMAN LELAKI

Wallahua'lam....

(daripada seorang teman...)

Wednesday, December 5, 2007

Friendship

Friendship isn't a big thing - it's a million little things. ~ Author Unknown

The most beautiful discovery true friends make is that they can grow separately without growing apart. ~ Elisabeth Foley

A friend knows the song in my heart and sings it to me when my memory fails. ~ Donna Roberts

The best kind of friend is the one you could sit on a porch with, never saying a word, and walk away feeling like that was the best conversation you've had. ~ Author Unknown

Friends are kisses blown to us by angels. ~ Author Unknown

Doa, tasbih, selawat mampu ubah ketetapan nasib

SALMAN meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawasanya Baginda bersabda: “Tidak ada yang menolak ketetapan selain doa.”

Daripada Abdullah bin Umar bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang dibukakan baginya pintu doa, maka dibukakanlah baginya pintu rahmat, tidak ada permintaan yang lebih disukai daripada seorang meminta kesihatan dan bahawasanya doa bermanfaat untuk perkara yang sudah terjadi mahupun belum terjadi dan tidak ada yang menolak ketetapan selain doa maka berdoalah kamu wahai hamba Allah.”

Setiap ketetapan boleh berubah dengan doa yang menjadi amalan serta sedekah, sebagaimana diriwayatkan daripada Ali bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah mencegah ketetapan yang sudah dikukuhkan.”

Kriteria ketiga yang boleh mengubah ketetapan ialah tasbih dan keempat adalah memperbanyak membaca selawat kepada Nabi.

Kelima, takwa yang menjadi syarat paling kuat untuk memperoleh kebaikan dan mencegah keburukan dari jalan yang tidak dihitungkan.

Allah berfirman bermaksud: “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari segala kesulitan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak dihitungkannya.” (Surah at-Thalaq, ayat 2-3)

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar bagi segala kesulitan, kelapangan dari segala kegundahan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak diperhitungkannya.”

Seorang lelaki mengadu kepada al-Hasan al-Bashri mengenai hal kekeringan, maka beliau berkata: “Beristighfarlah”. Kemudian datang orang lain kepadanya mengadukan perihal kefakiran, beliau berkata: “Istighfarlah”.

Kemudian datang lagi seorang yang mengadukan kebunnya yang kering, maka beliau berkata: “Istighfarlah”. Selepas itu datang seorang yang mengadukan ingin mempunyai keturunan, maka beliau berkata: “Istighfarlah”.

Beliau membacakan kepada mereka firman Allah bermaksud: “Maka Aku berkata: “Minta ampunlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Dia akan menurunkan hujan bagimu dari langit. Memberimu harta yang banyak, keturunan dan menjadikan bagimu taman-taman dan sungai-sungai.” (Surah Nuh, ayat 10-12)

Monday, November 26, 2007

Sha & Qa

LO kali ini adalah daripada online crop host by Yatiedin di Lovescrap bertemakan 'stamping & masking'.

Thursday, November 22, 2007

Maybe...

Maybe...God wanted us to meet the wrong people before meeting the right one so that, when we finally meet the right person, we will know how to be grateful for that gift.

Maybe...when the door of happiness closes, another opens; but, often times, we look so long at the closed door that we don't even see the new one which has been opened for us.

Maybe...it is true that we don't know what we have got until we lose it, but it is also true that we don't know what we have been missing until it arrives.

Maybe...the happiest of people don't necessarily have the best of everything; they just make the most of everything that comes along their way.

Maybe...the brightest future will always be based on a forgotten past; after all, you can't go on successfully in life until you let go of your past mistakes, failures, and heartaches.

Maybe...you should dream what you want to dream; go where you want to go; be what you want to be, because you have only one life and one chance to do all the things you dream of and want to do.

Maybe...there are moments in life when you miss someone - a parent, a spouse, a friend, a child - so much that you just want to pick them from your dreams and hug them for real.

Maybe...the best kind of friend is the kind you can sit on a porch and swing with, never say a word, and then walk away feeling like it was the best conversation you've ever had. We should all have one.

Maybe ...you should always try to put yourself in others' shoes. If you feel that something could hurt you, it probably will hurt the other person, too.

Maybe...you should do something nice for someone every single day, even if it is simply to leave them alone.

Maybe...giving someone all your love is never an assurance they will love you back. Don't expect love in return; just wait for it to grow in their heart; but if it doesn't, be content that it grew in yours.

Maybe...happiness waits for all those who cry, all those who hurt, all those who have searched, and all those who have tried, for only they can appreciate the importance of all the people who have touched their lives.

Maybe...you shouldn't go for looks; they can deceive. Don't go for wealth; even that fades away. Go for someone who makes you smile, because it takes only a smile to make a dark day seem bright. Find the one that makes your heart smile.

Maybe...you should hope for enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep you human, and enough hope to make you happy.

And the last maybe...when you were born, you were crying and everyone around you was smiling. Maybe...you should try to live your life so that when you die, you are the one who is smiling and everyone around you is crying.

Wednesday, November 21, 2007

Sisters


SOURCES - Microsoft Publisher. Design: Pattern Pickup. Colour Scheme: Meadow. Font: Goudy Old Style, 24.

Monday, November 19, 2007

Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Dunia mu berseri.

Senyum membawa harapan
Yang membahagiakan
Kau tersenyum, ku tersenyum
Kemesraan menguntum.

Senyum kepada semua
Senyuman mu amatlah berharga
Senyum membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan.

(Kalau tak silap ini jingle iklan kementerian lebih kurang 10 tahun dulu sempena kempen budi bahasa)

Friday, November 16, 2007

Template

Template ni digunakan untuk kad dan scrapbook page. Lukis bentuk/gambar yang dikehendaki atau rujuk Microsoft Words-Picture Template, kemudian lukis/print atas kadbod, gunting dan siap! Bila nak guna corak yang dikehendaki, bolehlah tekap di atas kertas berwarna atau terus di atas kad. Boleh juga tambahkan embelisshment di atasnya.

Wednesday, November 14, 2007

Terkena Api di Kuburan

Diceritakan dari Ibnu Hajar bahawa serombongan orang dari kalangan Tabi'in pergi berziarah ke rumah Abu Sinan. Baru sebentar mereka di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak mereka untuk berziarah ke rumah jirannya.

"Mari ikut saya ke rumah jiran untuk mengucapkan ta'ziah atas kematian saudaranya." kata Abu Sinan kepada tetamunya.

Sesampainya di sana, mereka mendapati saudara si mati sentiasa menangis kerana terlalu sedih. Para tetamu telah berusaha menghibur dan memujuknya agar jangan menangis, tapi tidak berjaya.

"Apakah kamu tidak tahu bahawa kematian itu suatu perkara yang mesti dijalani oleh setiap orang?" tanya para tetamu.

"Itu aku tahu. Akan tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan seksa yang telah menimpa saudaraku itu." jawabnya.

"Apakah engkau mengetahui perkara yang ghaib?"

"Tidak. Akan tetapi ketika aku menguburkannya dan meratakan tanah diatasnya telah terjadi sesuatu yang menakutkan. Ketika itu orang‑orang telah pulang, tapi aku masih duduk di atas kuburnya. Tiba‑tiba terdengar suara dari dalam kubur "Ah....ah....Mereka tinggalkan aku seorang diri menanggung seksa. Padahal aku mengerjakan puasa dan solat".

Jeritan itu betul‑betul membuatku menangis kerana kasihan. Aku cuba menggali kuburnya semula kerana ingin tahu apa yang sudah terjadi di dalamnya. Ternyata kuburan itu telah penuh dengan api dan di leher si mayatada rantai dari api. Kerana kasihan kepada saudara, aku cuba untuk melepaskan rantai itu dari lehernya. Apabila aku hulurkan tangan untukmembukanya, tanganku terbakar."

Lelaki itu menunjukkan tangannya yang masih hitam dan mengelupas kulitnya kerana kesan api dari dalam kubur kepada tetamu. Dia meneruskan ceritanya: "Aku terus menimbus kubur itu semula dan pulang dengan segera.

Bagaimana kami tidak akan menangis apabila mengingati keadaan itu?"

"Apa yang biasa dilakukan oleh saudaramu ketika di dunia?" tanyateman‑teman Abu Sinan.

"Dia tidak mengeluarkan zakat hartanya." jawabnya.

Dengan jawapan ini, teman‑teman Abu Sinan membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat Suci Al‑Quran surah Ali Imran yang ertinya: "Janganlah mereka yang bakhil itu menyangka terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah kepada mereka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka.”

November 2007 Challenge

November challenge dari Lovescrap host by Yatiedin ialah membuat layout tanpa menggunakan patterned paper, cuma menggunakan cardstock dan lain-lain embellishments saja. Aku menggunakan riben dan stickers, frame lukisan tangan.

Wednesday, November 7, 2007

Ya

Ya, dengan senyuman cantik mu yang membangkitkan rasa cinta dan menebar kasih sayang kepada orang lain.

Ya, dengan tutur kata baik mu yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syari'at dan menghapus semua rasa dengki.

Ya, dengan ketulusan derma mu yang dapat membahagiakan orang miskin, menggembirakan orang fakir, dan mengenyangkan orang yang lapar.

Ya, dengan duduk manis bersama Al-Quran seraya membaca, merenungi makna, mengamalkan kandungannya, bertaubat, dan memohon ampun kepada-Nya.

Ya, dengan banyak berzikir, memohon ampun, rajin berdoa, dan suka memperbaharui taubat.

Ya, dengan mendidik anak-anak mu untuk mendalami agama, mengajari mereka sunnah, dan membimbing mereka kepada hal-hal yang berguna bagi mereka.

Ya, dengan berteman bersama wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada Allah, menyukai pengamalan agama, dan menghormati norma-norma etika.

Ya, dengan berbakti kepada orang tua, bersilaturrahim, menghormati tetangga, dan menyayangi anak yatim.

Ya, dengan membaca buku-buku yang bermanfaat, menelaah bacaan yang berguna; maka hal itu benar-benar merupakan hal yang amat menyenangkan lagi memberikan maklumat yang benar.

Friday, November 2, 2007

7 Secrets of Success

The answer is in your room

Roof said: Aim high
Fan said: Be cool
Clock said: Every minute is precious
Mirror said: Reflect before you act
Window said: See the world
Calendar said: Be up-to-date
Door said: Push hard to achieve your goals

Don't Ever

Don't ever be reluctant to show your feelings when you're happy, give in to it. When you're sad, live with it.

Don't ever be afraid to try to make things better, you might be surprised at the results.

Don't ever take the weight of the world on your shoulders. That's God's job.

Don't ever feel threatened by the future; just take life one day at a time. The future belongs to God.

Don't ever feel guilty about the past, what's done is done. Learn from your mistakes and learn to forgive yourself; God has.

Don't ever forget that you can achieve so much more than you could ever imagine just by letting God take the lead.

Don't ever stop loving.

Don't ever stop believing.

Don't ever stop dreaming your dreams.

Don't ever forget that it is God who makes all things possible, not us.

(Submitted by: Rebeca, Allfunpages)

Tuesday, October 30, 2007

All About Me - Izah


Beberapa bulan lepas, di pejabat Izah ada pertandingan biografi diri paling kreatif. Aku menolong Izah dengan menyusun atur gambar-gambar dan maklumat diri. Dia mahukan sesuatu yang menggambarkan dirinya secara jujur dan inilah hasilnya..

Nampaknya aku kena buat satu juga untuk diri aku sendiri...

Jangan Mengeluh...

Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..."
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Super Power


Aqil (4 tahun-masih menghisap botol susu) meminta sesuatu daripada ibunya...

Aqil: Ibu, tak best la susu ni, nak tukar lain laa..
Ibu: Nak tukar apa?
Aqil: Super Power!!
Ibu: !!!???

Dengan Pena

Dengan pena ku coretkan kata
Ku ciptakan puisi indah
Buat peneman di kala duka.

Dengan pena ku susunkan madah
Menjadi sebuah gurindam
Buat renungan di kala sunyi.

Dengan pena ku lukiskan wajah
Ku jadikan sebuah potret indah
Buat tatapan di kala sepi.

Dengan pena ku ukirkan senyum
Menjadi sebuah memori indah
Buat santapan di kala rindu.

Dengan pena
Kata yang tak terucap dari bibir
Lebih dalam tertanam di dasar hati
Lebih jauh tertusuk di dalam jiwa...

Ampang
1 Disember 2003

(buat yang teristimewa...)

Monday, October 29, 2007

Love

Once you have LOVE, you will always LOVE. For what’s in your mind may escape but what’s in your heart will remain forever.
If you LOVE someone, let him go. If he comes back, he’s yours. If not, he’s never was.
At the touch of love, everyone becomes a poet. ~Plato
All love is sweet, given or returned. Common as light is love, and its familiar voice wearies not ever. ~Percy Bysshe Shelley
The rose speaks of love silently, in a language known only to the heart. ~Anonymous
One does not fall into love; one grows into love, and love grows in him. ~Karl Menninger
Now join your hands, and with your hands your hearts. ~William Shakespeare
A heart that loves is always young. ~Greek Proverb
Love is friendship set on fire. ~Jeremy Taylor
Age does not protect you from love, but love to some extent protects you from age. ~Jeanne Moreau

Sunday, October 28, 2007

Nasihat al Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al‑Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung‑hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama‑sama sahabat yang mulia.

Moments

  • Bithdays are good for you; the more you have, the longer you live.
  • Don't cry because it's over; smile because it happened.
  • Ever notice that the people who are late are often much jollier than the people who have to wait for them?
  • The early worm gets eaten by the early bird, so sleep late.
  • Have an awesome day, and know that someone has thought about you today...

Thursday, October 25, 2007

Andai ku Tahu

Andai ku tahu kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai ku tahu kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Andai ku tahu Malaikat Mungkar menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada Mu

Aku manusia yg takut neraka
Namun aku juga tak pantas di syurga

Andai ku tahu kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada Mu...

-Ungu-

Suatu Pencarian

Aku mencari dan tercari-cari
Sesuatu yang ingin ku miliki
Aku tak pasti adakah mampu untuk ku miliki
Sesuatu yang sedang ku cari.

Ku cuba dan terus mencuba
Agar yang tak pasti itu menjadi pasti
Ku berharap dan terus mengharap
Agar mimpi ku menjadi realiti.

Ku melangkah dan terus melangkah
Mencari apa yang ingin ku cari
Ku melangkah tak berpaling lagi
Pada sesuatu yang ingin ku miliki.

Walau penuh ranjau berduri
Tetap ku cari hingga ku temui.

Ampang
2002

Friday, October 19, 2007

Suratkhabar

Aniqah rancak bercerita...kami khusyuk mendengarnya...

Cerita 1
Kami: Umur Aniqah berapa tahun?
Aniqah: Empat tahun (sambil menunjukkan hanya jari telunjuknya di muka)

Cerita 2
Kami: Siapa nama ibu Aniqah?
Aniqah: Anis
Kami: Nama ayah?
Aniqah: Nama ayah Aniqah apa? (berbisik kepada maksunya)

Cerita 3
Aniqah: Tadikan, Aniqah kan belajar mengaji al-Quran kat sekolah..
Kami: Iya? Surah apa?
Aniqah: Suratkhabar..
Kami: !!!???KAKAKA...

Cerita 4
Kami semua rancak bercerita sesama sendiri...
Aniqah: Semua diam!!! Diamlaa...!!!
(Dia suruh diam sebab dia nak bercerita laa....dan ceritanya akan bermula dengan.."Tadikan, Aniqah kan..")

Wednesday, October 17, 2007

Untuk Ingatan Bersama

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al‑Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia‑sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

"Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan‑pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.
Zuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya.
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan.
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak‑anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

Tuesday, October 16, 2007

C di hatiku

C, sudah lama aku mengenalimu dan sejak pertama kali bertemu aku sudah jatuh cinta...engkau sentiasa meniti di bibirku dan kehadiranmu amat membahagiakanku...

Walau ke mana aku pergi, walau di mana aku berada, kau sentiasa bersamaku. Engkau memberiku semangat dan keyakinan untuk meneruskan perjalananku. Walau aku pernah menderita keranamu, kehabisan wang keranamu...namun kau jua yang ku cari apabila kesakitanku mula hilang. Aku tidak pernah jemu, tidak pernah serik. Walau banyak yang boleh menjadi pengganti namun kau jua yang menjadi pilihanku...

Ada yang mengatakan kau merosakkan namun ada juga yang mengatakan engkau amat baik. Aku jadi keliru, apa yang harus kulakukan? Mana yang harus aku turuti? Pernah beberapa ketika kau kulupakan namun kemudian aku kembali mencarimu..Gilakah aku? Degilkah aku?

Ya...aku sedar kini, selagi kau mudah kutemui, selagi kau dapat kucari...kau tetap menjadi santapanku duhai Coklat Cadbury...

Friday, October 12, 2007

Asah bagi tajam

Salah satu cara untuk mengasah otak kita supaya sentiasa berfikiran kreatif, tahu menyelesaikan masalah atau lain dari yang lain ialah dengan bermain permainan minda seperti PUZZLES, UNO, SAIDINA, SUDOKU atau apa saja yang sewaktu dengannya. Permainan ini mengajar kita untuk berfikir dengan lojik, berhati-hati dalam tindakan kita dan turut menguji kesabaran.

Sejak tiga bulan lalu, aku mula berjinak-jinak dengan SUDOKU. Kalau dah terjebak, memang addict betullah! Seronok rasanya bila dapat mengisi dan menyusun angka-angka di dalam kotak-kotak kosong tu. (Mmm, sebab tu la kosakata ayah sangat bagus...ayah sangat suka menyelesaikan TEKA SILANGKATA).

Aku cuba mengasah otak aku ni yang aku rasa dah berkarat, tumpul, malas..biar dia pandai menyelesaikan masalah dengan jayanya..

Selain itu, aku sangat suka menonton 'THE CRIMINAL MINDS'..melihat cara mereka mencari punca kes dan menyelesaikannya betul-betul menguji minda sebab kita juga akan turut berfikir bagaimana menyelesaikannya, siapa penjahat sebenar dan kenapa dia lakukannya...

Apapun tindakan kita, perlulah rasional..permainan ini bukan sekadar permainan biasa tetapi mengajar kita banyak perkara yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan - sabar, berhati-hati, mempercayai, lojik, tidak takut gagal dan macam-macam lagi..

Friday, October 5, 2007

Sandaran Hati

Yakinkah ku berdiri
Di hampa tanpa tepi
Bolehkah aku
MendengarMu

Terkubur dalam emosi
Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku
MerindukanMu

Terpuruk ku di sini
Teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani
Dalam hidupku
Kesendirianku

Teringat ku teringat
Pada janjiMu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti
Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati

Inikah yang Kau mau
Benarkah ini jalanMu
Hanyalah Engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadirMu
Dalam gelapnya
Malam hariku

-Letto-

Monday, October 1, 2007

Cute Cousins

Tulisan sebelah kanan tu nak kena tulis balik sebab tak nampak sangat.

Winners


  • Faith plus dynamic dreams plus real working at it is a go-ahead formula that gets you where you want to go.

  • "In the End, we will remember not the words of our enemies, but the silence of our friends." - Martin Luther King, Jr. -

  • Have great hopes and dare to go all out for them. Have great dreams and dare to live them. Have tremendous expectations and believe in them.

  • "Nothing in the world can take the place of persistence. Talent will not; nothing is more common than unsuccessful men with talent. Genius will not; unrewarded genius is almost a proverb. Education will not; the world is full of educated derelicts." - Calvin Coolidge -

  • "Winners never quit and quitters never win."--Vince Lombardi

  • "Success ... seems to be connected with action. Successful men keep moving. They make mistakes, but they don't quit." - Conrad Hilton -

  • "It is not necessary to regret what you cannot repair". - Samuel Johnson -

  • Success is not permanent and failure is not final.

  • "Do a little more each day than you think you possibly can." - Lowell Thomas -

  • "There is always room at the top." - Daniel Webster -

Tuesday, September 25, 2007

Memburu Impian

Ku jejak jalan yang berliku
Membara jiwaku memburu impian
Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri
Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku
Ku mula dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi

-Kristal -
(penyanyi asal - Kaza)

'For You'


Sunday, September 23, 2007

Untukmu Teman

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria.

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu.

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa.

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan.

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya.

-Brothers-

Thursday, September 20, 2007

Kad Raya Exchange

Ini kad raya yang aku dapat daripada Babeysha untuk aktiviti 'Raya Card Exchange' di Cari. Kad raya pertama yang diterima untuk tahun ini..suka sangat..terima kasih Babeysha..

Friday, September 14, 2007

IMU Dinner


Damai

Damai
Ku cari engkau merata
Ku cari engkau di mana
Ingin ku temu damai di hati
Ingin ku temu damai di sini
Di bumi yang bertuah ini
Aku mengharapkan damai
Semoga hari ini dan selamanya
Akan damai sentiasa.


Ampang
9 Februari 2003

Wednesday, September 12, 2007

SALAM RAMADHAN 1428


SOURCES - Microsoft Publisher. Design: Punctuate. Colour Scheme: Green. Font: Bodoni MT Condensed (title), Bodoni MT (journaling). Clip Art: Flower.

Ahlan Ya Ramadhan, Ahlan

Ahlan Ya Ramadhan, Ahlan
Bulan kemuliaan
Bulan kesabaran
Bulan nikmat
Bulan rahmat.

Ahlan Ya Ramadhan, Ahlan
Hadirmu ku nanti
Hadirmu ku tunggu
Ku sambut dengan senang hati
Ku jemput dengan rasa rindu.

Ahlan Ya Ramadhan, Ahlan
Rumah Allah meriah keranamu
Kitab Allah dilagukan merdu sepanjang waktu
Hening malam diterangi insan bertahajjud
Menebus dosa, mencari pahala
Mengejar redha, menghapus lagha.

Ahlan Ya Ramadhan, Ahlan
Bulan nikmat
Bulan rahmat.


Bukit Jalil
12 September 2007

(sempena menyambut Ramadhan 1428)

Monday, September 10, 2007

Friends for Eternity

You're a true friend, that I want you to know,
Our love for each other has helped us to grow.
We've been through some tough times,
but we've made it through,
The only one I ever trusted was you.

You helped me through anger,
you’ve chased away fears.
You held me through sadness,
and kissed away tears.
You stayed by my side when the world turned away.
You helped me see joy when the skies were all gray.

You were the rainbow at the end of the storm.
You help me be different when I shouldn't conform.
You held my hand when you knew we would fall.
Every heartache, you saw me through it all.

I'm not sure I'm always the best friend to you,
I know I'm not perfect, but this much is true.
When life gets you down, And there's nowhere to turn,
I'll help you through and I'll share your concern.

I'll try my best to return every favor,
When you're sure that you'll drown,
then I'll be your lifesaver;
Even if we both go down.

Whether we sink or swim doesn't matter at all,
Just know that I'll be there whenever you call.
ll pull you out when life pulls you under.
I'll be the sun when there's lightning and thunder.

And when it's all over, And we've fought every war,
There's one thing I promise, Of this I am sure,
When the time comes that we're put to our rest.
Be sure that you know that, My Friend.

You're The Best

(Submitted by: Jessica, Allfunpages)

Bersama Pooh & Kawan-kawan


Kad Raya Exchange


Kad yang aku reka sempena 'Raya Exchange Card' di Cari. Dah ada yang tempah 5 keping untuk diberikan kepada anak saudara..Alhamdulillah...

Wednesday, September 5, 2007

Life

Life is a book. Everyday has a new page with adventures to tell lessons, to learn and tell about good deeds to remember.

Be THANKFUL as you can walk, there are those who’ve never taken their first step.
As you can see the beauty all around you, there are those whoseworld is always dark.
As you can hear music playing, there are those who entire life has been spent in silence.
As your heart can be broken, there are those who are so hardened, they can’t be touched.

Apabila kita kejar Dunia, Dunia akan lari tetapi apabila kita kejar Akhirat, Dunia akan mengejar kita.

Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita mesti suka apa yang kita dapat.

Kita ibarat daun, sehelai demi sehelai berguguran...dan kita bila lagi...hanya ALLAH mengetahuinya.

We are all driving in our own street called LIFE, and I’m so glad that in one of the intersections I met a nice friend like you...

Tough times don’t last...but tough people do!

Siapakah Perempuan?

Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki. Jika tidak Allah swt tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorangan di dalam syurga.

Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan:
1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna
2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi
3. tidak akan bergelar seorang suami
4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga
5. tidak ada teman untuk bergurau senda

Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.

Perempuan tidak boleh:
1. menjadi wali
2. menjadi rasul atau nabi
3. memberi talak

Tetapi dua pertiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.

Keadilan Allah kepada perempuan:
1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas
2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau
3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat
4. tidak disentuh api neraka, jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya

Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada perempuan yang tidak diberi kepada lelaki, membuktikan betapa kasihnya Allah swt kepada hambanya yang bergelar perempuan, wanita, gadis, isteri, ibu atau nenek ini.

Wednesday, August 29, 2007

Gemilang

Berjuta bintang menyanyi
Ku di antara yang satu
Mungkin cahaya dan impianku
Di sini gemilang

Lalu ku redah onak duri dan lautan api
Kemuncaknya ingin ku tawan
Aku jelajahi ohhh…
Kini gemilang itu semakin pasti ku genggam
Gemilang suara keyakinan kian dalam
Gementar harus jangan jiwa ku harus bertenaga
Mungkinkah ini menjadi realiti

Lalu ku redah onak duri dan lautan api
Kemuncaknya ingin ku tawan aku jelajahi
Ohh…

-Jaclyn Victor-

Gemuruh

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkerlipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

-Faizal Tahir-

(Satu lagi lagu yang memberi motivasi kepada diri kita. Walaupun dah berada di puncak namun kejayaan terus dikejar hingga ke tahap tertinggi)

'Happy Birthday'




Wednesday, August 22, 2007

Hikmah Diam

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat ABU NAIM)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat AT‑TARMIZI)

Madah Dari Berdiam:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN. ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH IALAH APABILA MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.

* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia. Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Ibu

Ibu
Ampunilah dosa anakmu ini
Tiada lain
Hanya itu yang aku harapkan.

Ibu
Acapkali aku menyakiti hatimu
Acapkali jua kau tersinggung oleh perbuatanku.

Teguranmu ku balas dengan jelingan
Nasihatmu ku balas dengan keluhan.

Batinku menjerit
Aku ingin bebas!

Namun Ibu…
Ketiadaanmu umpama burung patah sayap
Umpama rumah tidak beratap
Umpama jejari yang tidak lengkap.

Aku rindu akan suaramu
Teguran dan nasihatmu
Pendapat dan cadanganmu.

Ibu
Keredhaanmu kuharapkan
Untuk menghadapi hari depan.

Ampunilah dosa anakmu ini
Kesilapan lalu tak akan kuulangi.


Bukit Jalil
23 Jun 2006

Friday, August 10, 2007

16 Kawan Baik

1. Bukannya senang nak cari kawan yang baik
2. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik
3. Kawan yang baik tidak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia
4. Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya...
5. Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan
6. Kawan yang baik adalah orang yang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira
7. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada kawan biasa
8. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya
9. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik
10. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya
11. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan akhirat di dalam doanya
12. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna
13. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita
14. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya
15. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya
16. Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya


Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita...
Dan semoga kita menjadi kawan yang baik....!!!!

Friday, August 3, 2007

Berkawan Biar Seribu

Dalam hidup kita ni, sebaiknya biarlah ada kawan yang ramai. Banyak faedahnya kalau ada ramai kawan..Waktu kita memerlukan, mereka ada dan begitu juga sebaliknya..Saling bertolak ansur, bantu membantu dan ingat mengingati..

Seumur hidup kita ni, dari kecil, di alam persekolahan, masuk universiti, mula kerja dan sampai bila-bila pun; kawan-kawan kita akan bertambah..mungkin kita masih berhubung dengan kawan-kawan sekolah, sepermainan, sepergaduhan...dan diantaranya juga, kita berjumpa dengan ramai lagi kawan...macam-macam cerita, pengalaman, pendapat yang boleh dijadikan panduan..

Ada orang yang ada kawan baik, ada juga yang saling bertukar-tukar kawan..tak kisahlah, semuapun tetap kawan...biar berkawan ramai-ramai..meriahkan kehidupan, luaskan pengalaman..

Walaupun kadang-kadang kita lama tak berhubung tapi kalau kita selalu buat baik dengan kawan, sampai bila-bilapun dia akan ingat kepada kita..tapi sebaiknya, selalulah berhubung dengan kawan kita sebab kalau sesuatu yang buruk berlaku, kita pula yang akan menyesal sebab tak pernah cuba nak mencari masa dan peluang untuk bertanya khabar..

Mungkin kawan kita sibuk dan ada masalah, biarlah kita yang memulakan dulu. Jangan asyik mengharap yang dia akan memulakan sebab yang memberi lebih baik dari yang menerima..

Oleh itu, hargailah kawan-kawan kita selagi ada hayat kita dan hayat dia...haa, apa tunggu lagi, telefonlah kawan awak!

Iman

Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia keruh...
Jika HATI seputih AWAN, jangan biar ia mendung...
Jika HATI seindah BULAN, hiasi ia dengan iman...

Ketenangan dan kebahagiaan ada pada hati orang yang beriman. Merka akan tetap berhati teguh dikala orang lain mengalami kegoncangan, mereka tetap yakin dikala orang lain penuh keraguan, mereka tetap sabar dikala orang lain berkeluh kesah, dan mereka tetap berlapang dada dikala orang lain sedang runsing.

Jadikanlah yang TEBAL itu IMAN, yang NIPIS itu LIDAH, yang TAJAM itu AKAL, yang LEMBUT itu HATI, yang RINGAN itu SOLAT, yang HALUS itu SUARA, yang LUAS itu ILMU dan yang MANIS itu SENYUMAN.

Manusia mudah rasa susah bila diuji, mudah juga lupa pada nikmat yang diberi. Apa yang ada tak pernah disyukuri, apa yang tiada itulah yang dicari. Carilah cinta Tuhan di sebalik ujian dan nikmat-Nya.

Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.

'Happy Birthday'



Monday, July 30, 2007

Perempuan di Neraka

Maka Rasullullah SAW telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia. Antaranya,
  • Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,
  • Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya.
  • Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).
  • Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta.
  • Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.

SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN.

Wallahu A'lam....mungkin balasan pada orang lelaki lebih berat kerana sedangkan dosa isteri pun suami kena tanggung kalau tak ditegur. Inikan pula dosa para suami yang mengabaikan tanggungjawabnya.

Antara Realiti dan Fantasi

Antara realiti dan fantasi
Demi masa depan yang tak pasti
Melangkah sendirian.

Teraba-raba dalam gelap
Terang yang turut kabur
Diselaputi debu nista.

Bilakah hujan kan turun
Nyahkan debu dan kekotoran ini
Terangkan jalan ku yang kabur
Agar dapat ku melangkah pantas
Menuju penghujung jalan
Mencari pintu keluar dari fantasi ini
Agar aku kembali ke alam realiti.


Ampang
8 Jun 2003

Friday, July 27, 2007

Pesan Buat Adik

Wahai adikku
Jadilah insan berhati mulia
Jadilah insan berjiwa tabah
Jangan berdendam
Jangan membenci
Itu semua perosak hati.

Tanamkan dalam diri
Sifat kasih mengasihi
Semaikan dalam hati
Sifat sayang menyayangi
Jauhkan hasad dengki
Dan ungkit mengungkiti
Gantikan dengan kesabaran
Ketabahan dan kecekalan
Anggaplah ia suatu dugaan
Daripada Allah kepada setiap insan.


Ampang
20 Ogos 2002

Kad bunga-bunga


Monday, July 23, 2007

Rindu Pada-Nya

Dalam sendu
Ada rasa rindu
Pada Yang Satu.

Rindu akan nikmat-Nya
Rindu akan kasih-Nya
Rindu akan belas-Nya.

Dalam rindu
Ada rasa sayu
Pada Yang Satu.

Sayu akan nikmat-Nya
Sayu akan kasih-Nya
Sayu akan belas-Nya.

Diberikan nikmat pada hamba-Nya
Kerana kasih dan cinta
Kerana belas dan kasihan.

Terkadang kita alpa
Terkadang kita leka
Sedang itu semua pinjaman cuma.


Ampang

Sunday, July 22, 2007

Resipi Keharmonian

Seorang lelaki pergi ke rumah Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya. Apabila sampai, dia terdengar isteri Saidina Umar sedang berleter di dalam rumah tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.

Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, dia tidak jadi untuk mengadu hal isterinya. Katanya dalam hati; kalau isteri khalifah pun begitu, betapalah isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"

Jawab lelaki itu, "Aku datang hendak mengadukan hal isteri aku tapi kulihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku. Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."

Puteri ku Sayang

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati.

Di sebalik bersih wajah mu di sebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri.

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri.

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteri ku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya...

-Hijjaz-

(Lirik yang memberi semangat dan petunjuk untuk menjadi wanita solehah walau di manapun kaki ini berpijak)

Tahap Mana Solatku

  • Solatku tanpa Ilmu, lebih kepada ikut-ikut sahaja. Solatku tidak diterima oleh Allah.
  • Solatku dalam lagha atau fikiranku melayang-layang tanpa ada usaha mengawalnya. Neraka Wail adalah balasan untukku.
  • Solatku kerana segan kepada makhluk. Solatku tertolak.
  • Solatku pada peringkat mujahadah tetapi hatiku masih gagal dibawa dalam solat. Allah terima solatku setakat yang aku khusyuk sahaja, selebihnya tertolak.
  • Solatku dengan akal boleh disibukkan dengan mengingati makna-makna bacaan dan pergerakan solat serta tidak lalai. Ini tahap paling minimum untuk diterima Allah.
Sudah memadai jika aku boleh sampai ke tahap kelima ini..

Thursday, July 12, 2007

Persahabatan ibarat...

Persahabatan ibarat satu janji yang dibuat dalam hati.
Tak dapat ditulis, tak dapat dibaca.
Namun takkan terpisah dek jarak, takkan berubah dek masa.

TITANIC – Although it was a big SHIP but it sunk. So, the best SHIP is still FRIENDSHIP!

A special prayer for you is a small gift I can share everyday. May this message of care add joy to you forever...

Jauh mana jarak kita...lama mana pun tak jumpa...
Kita TETAP pandang BULAN yang sama...

Persahabatan adalah anugerah yang membuat kita tertawa...menangis....menerima...memberi...Dan yg paling penting...Ia membuat kita menghargai hidup...

Ukhuwah ibarat sebuah rumah, walau tak cantik, walau tak mewah, yang paling penting kita bahagia di dalamnya.

Teman yang beriman ibarat mentari yang mengilau,
Teman yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Teman sejati menjadi pendorong impian,
Dan teman yang berhati mulia membawa kita ke jalan ALLAH.


Everyone needs someone with whom to share her secrets.
Listening is just as important as talking.

An understanding friend is better than a therapist;
And cheaper too!

Sometimes you just need a shoulder to cry on.

'Thank You' & 'Happy Birtdhay'


Sepi Itu Indah

Sepi itu indah
Tatkala aku inginkan kedamaian
Ketenangan
Keamanan.

Sepi itu indah
Tatkala aku kesedihan
Kepiluan
Kesayuan.

Sepi itu indah
Tatkala aku dipinggirkan
Diketepikan
Dilupakan.

Sepi
Terima kasih kerana menemaniku
Rupanya aku tidak keseorangan
Kau mendekatkan ku pada Yang Satu.


Bukit Jalil
9 November 2005

Monday, July 2, 2007

CINTA

Cinta sebati dalam jiwa
Cinta menghancur jiwa raga
Cinta mengindahkan semua
Apakah sebenar erti cinta

Cinta titiskan air mata
Cinta memutuskan saudara
Cinta senyum gelak ketawa
Tiada dinafikan cinta

Dikala hangatnya cinta
Dunia itu indah
Kala mimpi hancur lebur
Harapan nyawa terkubur

Oh mengapa? Dimana? Apa?
Siapa dapat menduga
Datangnya dan pergi

Ya laili ya laili

Kurniaan ya rab itu indah
Walaupun kadang mampu meluka
Pelengkap jasad yang bernyawa
Tak dapat dinafi hadirnya

-Waheeda-

Biarkan Mereka

Diam
Tak bermakna aku bisu
Tak bermakna aku tuli
Tak bermakna aku merelakan
Tak bermakna aku mengiakan.

Biar mereka sedar sendiri
Apa yang mereka lakukan
Biar mereka tahu sendiri
Apa yang mereka sibukkan
Biar mereka fikir sendiri
Apa yang mereka katakan.

Mereka telah dewasa
Mereka tentu tahu semua itu
Tak perlu aku khabarkan lagi
Biar mereka tahu sendiri.


Ampang
31 Mac 2003

Friday, June 29, 2007

'Patch for Love'


Label 'Patch for Love' yang dibuat untuk jualan barangan patch work di pejabat aku..Terima kasih CWC kerana memberi tugasan membuat label ini.

Wednesday, June 27, 2007

Stay The Same

Don't you ever wish you were someone else
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are
When you learn to love yourself, you're better off by far.
And I hope you always stay the same
Coz there's nothing 'bout you I would change.

I think that you could be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside.
Don't be afraid if you've got something to say
Just open up your heart and let it show you the way.

Belief in yourself, reach down inside
The love you find will set you free.
Belief in yourself, you will come alive
Have faith in what you do
You'll make it through.

(Lirik lagu ni sangat menarik untuk dijadikan pendorong diri. Kadang-kadang bila terasa diri serba kekurangan nak dibandingkan dengan orang lain; terus ingat kat lagu ni. Percayalah pada diri sendiri sebab setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing)

Cintai apa yang anda lakukan...

  • Cintai apa yang anda lakukan, nescaya anda akan menemui kejayaan.
  • Kapal yang dah tenggelam kalau kita usaha timbulkan dan baiki semula pasti ia boleh belayar semula (Dr HM Tuah)
  • Jangan bimbang akan kegagalan. Bimbanglah akan peluang yang tertinggal jika anda tidak pernah mencuba (United Technologies)
  • Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak (Hadis)
  • Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita.

Sunday, June 24, 2007

Berkongsi Ilmu

Aku suka membaca dan menonton televisyen. Walaupun fiksyen namun ada juga yang berkaitan dengan kehidupan kita seharian. Banyak pengajaran yang dapat kita perolehi daripada cerita-cerita ini.

Selain itu, bertemu dan berkawan dengan ramai orang turut memberi kita pelbagai pengalaman dan pandangan yang berbeza-beza. Ada pengalaman manis, pahit, gembira, sedih dan macam-macam lagi perasaan.

Ingin rasanya diri ini berkongsi segala ilmu pengetahuan, pengalaman dan pengajaran dengan kawan-kawan semua agar dapat dijadikan panduan hidup. Yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.

Senyumku...

Senyumku tanda gembira
Namun...
Senyumku bukan bererti
Hidupku penuh dengan kegembiraan, keceriaan dan keseronokan.

Dalam senyumku...
Ada rasa kepahitan, kepiluan, kesayuan dan kesyahduan
Yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata
Tidak dapat dirungkaikan dengan air mata.

Biarlah segalanya menjadi rahsia abadi di hati ini...

Thursday, June 21, 2007

Akukah Itu?

Akukah itu
Yang tidak tahu menilai
Erti kasih sayang?

Akukah itu
Yang tidak tahu menilai
Erti sebuah keikhlasan?

Akukah itu
Yang tidak tahu menilai
Erti sebuah kejujuran?

Akukah itu
Yang sengaja membiarkan
Sekeping hati terluka?

Akukah itu
Yang sengaja membiarkan
Sekeping hati kecewa?

Akukah itu
Yang tidak tahu membezakan
Antara intan dan kaca?

Akukah itu...?


(seingat aku, sajak ni aku tulis lebih kurang 7 tahun lalu masa aku kat Dungun)

Wednesday, June 20, 2007

Ilham Bicara

Apa dan siapa yang menjadi ilham untuk kita berbicara? Teman2, keluarga, alam sekeliling, kehidupan dan segala yang memberi semangat dan kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan ini bisa menjadi ilham untuk kita berbicara.

Kadangkala tak terluah dengan kata-kata, tak terlihat dengan perbuatan. Hanya pena dan kertas menjadi medan bicara; dan kini papan kekunci dan skrin komputer menjadi ganti.

Terimalah bicara aku di sini seadanya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...