Friday, June 24, 2011

Photoscape

Sekarang aku tengah belajar Photoscape.

Mode: HAPPY!!!

Belajar sendiri je...Ok, sediakan pen dan buku...

Chaiyok, chaiyok!!!

Tuesday, June 21, 2011

Luahkanlah Isi Hatimu

Kadang-kadang kita terlalu menjaga hatinya sehingga kita tidak sanggup mengatakan sesuatu kerana tidak mahu dia tersinggung.

Kadangkala juga kita membiarkan dia mempengaruhi kehidupan kita sehingga kita tidak beroleh kebebasan kerana terikat dengannya. Kita biarkan dia mencorak siapa kita, kita patuh padanya kerana terlalu sayangkannya. Sedangkan kita tidak tahu dia sebenarnya hanya mempergunakan kita sahaja. Dia mahu dilihat berkuasa dan mahu dihormati.

Dia hanya berpura-pura di hadapanmu sedangkan sebenarnya dia cuma bersandiwara. Perawakannya sangat baik, menghormati orang tapi sebenarnya seperti haiwan bertopengkan manusia.

Usah menyeksa dirimu! Tinggalkan sahaja dirinya. Dia hanya mahu mengambil kesempatan diatas kelemahanmu!

Usah dipendam derita itu sendirian. Luahkanlah pada seseorang yang boleh dipercayai. Jika kau pendam deritamu sendirian, engkau akan merana. Engkau akan sentiasa memikirkannya kerana kasih sayangmu mengatasi segalanya.

Luahkanlah isi hatimu agar orang lain tidak menjadi mangsa seterusnya. Agar orang lain berjaga-jaga. Biarlah engkau yang terakhir menderita kerananya.

Bila sudah kau luahkan isi hatimu, pasti kau rasa tenang sekali. Bebas dari bebanan perasaan yang menghimpit. Bebas dari ikatan yang membelenggu.

Teman...yakinilah dirimu. Kau mampu berdiri tanpanya...

Friday, June 17, 2011

Keistimewaan Wanita

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita sebenarnya banyak keistimewaannya. ...janganlah rendah diri dek kerana anda wanita, kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Monday, June 13, 2011

Lagu Sedih [VIP]

VIP VIP babeh
Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar
Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

KORUS
DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih
Tujukanku… lagu sedih

Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau aku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi

Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

KORUS

Ku bukakan stereo, internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk-nyucuk jiwa
Keranaku kehilanganmu
Kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar

Friday, June 10, 2011

Munajat Ali bin Abu Thalib R.A.

Tuhan,
Jika Engkau tidak menunjukkan Islam pada hamba,
tidak mungkin hamba sampai padaNya...
Ya ALLAH, andai Engkau tidak melepaskan lidah hamba untuk berdoa pada MU,
tidak mungkin hamba mampu berdoa...
Kiranya tidak Engkau kenalkan lazatnya nikmat MU,
tidak mungkin pula hamba dapat mengecapinya...
Kalau tidak Engkau terangkan kerasnya siksaan MU,
tidak mungkin hamba memohon perlindungan dari MU...

Wednesday, June 8, 2011

Sebahagian Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali KRW

Sabda Rasulullah SAW

Wahai Ali!

1) Orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya.

2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat.

3) Bersedeqahlah untuk keluargamu yang telah mati. Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedeqah orang yang hidup kepada orang yang mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata : Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedeqahnya.

4) Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokan. Banyak dosa itu mematikan hati dan mewariskan penyelesaian.

5) Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya ia beri rezeki harta yang haram. Apabila ia sangat murka terhadapnya, nescaya ia wakilkan syaitan yang memberkatkan hartanya yang haram itu. Lalu syaitan itu menjadi kawannya dan menyibukkannya daripada urusan agamanya dengan dunia, serta ia mudahkan kepadanya segala urusan dunianya sambil berkata : Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

6) Wahai Ali!
Tiada agama bagi orang yang tidak takutkanNya.
Tiada akal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannya
Tiada iman bagi orang yang tidaka ada wara'nya
Tiada ibadah bagi orang yang tidaka ada ilmunya
Tiada perikemanusiaan bagi orang yang tidaka ada sedeqahnya
Tiada keamanan bagi orang yang tidaka ada rahsianya
Tiada taubat bagi orang yang tidaka ada taufik baginya
Tiada kemurahan hati bagi orang yang tidaka ada malunya

7) Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya. Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan bersendirian dan menegah kawannya, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan menghina orang fakir. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang hidup dalam keadaan haram dan mati dalam keadaan haram. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang panjang umurnya, buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak dalam mendapatkan keampunanNya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang menzahirkan persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan sebaliknya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang hilang permulaan umurnya dalam kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada Allah.

8) Tanda-tanda iaitu bagus jiwa dan batin kepada Allah dan bagus khidmat.

9) Wahai Ali !
Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1) benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat
2) benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama
3) benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia

10) Wahai Ali !
Orang berakal itu ada tiga tanda iaitu :
1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat
2) menanggung kekasaran orang
3) sabar atas segala kesusahan

11) Wahai Ali !
Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu :
1) berkata benar
2) menjauhkan yang haram
3) merendah diri

12) Wahai Ali !
Orang yang takut kepada Allah itu ada tiga tanda iaitu :
1) memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk
2) menjauhi kawan yang jahat
3) meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada yang haram

13) Wahai Ali !
Kebenaran itu ada tiga tanda iaitu :
1) sembunyikan ibadah
2) sembunyikan sedeqah
3) sembunyikan musibah

14) Wahai Ali !
Orang yang 'abid itu ada tiga tanda iaitu :
1) benci kepada nafsunya
2) sentiasa menghisabkan nafsunya
3) memanjangkan berdiri mengadap Allah

15) Wahai Ali !
Orang yang soleh itu ada tiga tanda iaitu :
1) memperbaiki perkara yang melibatkan antara dirinya dengan Allah dengan amal soleh
2) memperbaiki agamanya dengan amal
3) suka bagi manusia apa yang dia suka bagi dirinya

16) Wahai Ali !
Orang yang beruntung itu ada tiga tanda iaitu :
1) makanan yang halal
2) duduk bersama ulama'
3) solat fardhu berjemaah

17) Wahai Ali !
Orang yang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1) segera dalam taat kepada Allah
2) menjauhkan segala yang haram
3) berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya

18) Wahai Ali !
Orang yang murah hati itu ada tiga tanda iaitu :
1) memberi maaf kepada orang yang bersalah ketika ia mampu membalas kesalahan itu
2) mengeluarkan zakat
3) suka bersedeqah

19) Wahai Ali !
Orang yang peramah itu ada tiga tanda iaitu :
1) menghubungkan orang yang memutuskannya (persaudaraan)
2) memberi orang yang menegahnya
3) memaaf orang yang menzaliminya

20) Wahai Ali !
Orang yang sabar itu ada tiga tanda iaitu :
1) sabar atas taat menjalankan perintah Allah
2) sabar menghadapi musibah
3) sabar menerima qadha Allah

21) Wahai Ali !
Orang yang bertaubat itu ada tiga tanda iaitu :
1) menjauhkan yang haram
2) menuntut ilmu
3) tidak akan kembali membuat dosa spt tidak akan kembali susu yang diperah ke tempatnya.

22) Sesiapa yang memerintah berbuat baik dan mencegah kemungkaran, nescaya Allah akan menghinakan musuhnya. Sesiapa yang benar dalam segala perkara, nescaya Allah murka kerana murkanya. Apabila seorang anak yatim menangis, nescaya bergoncanglah 'arasy, maka diserukan : Wahai Jibril ! Luaskan neraka untuk orang yang membuat anak yatim itu menangis dan luaskan syurga untuk orang yang membuat anak yatim itu ketawa.

23) Jibril mengharap menjadi manusia kerana 7 perkara :
1) solat fardhu berjemaah
2) menghadiri majlis ulama'
3) menziarah orang sakit
4) memberi minuman
5) mendamaikan dua saudara yang bermusuhan
6) memuliakan jiran
7) memuliakan anak yatim

Tuesday, June 7, 2011

Munajat Rabi'ah binti Ismail al-Adawiyah

Ya ALLAH, ya Tuhanku.
Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala apa yang boleh memesongkan diri daripada MU, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau.

Tuhanku!
Bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan MU.

Tuhanku!
Tiada ku dengar suara binatang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser,
tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi,
tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman,
tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keesaan MU dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai MU.

Sekalian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyiknya.
Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan di hadapan MU.
Maka Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada MU.

Tuhanku!
Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan MU.
Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang dalam dan kerana kebesaran kesucian MU, ombak di laut bertepukan.

Engkaulah Tuhan yang sujud kepada NYA malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi MU dengan takdir kerana Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.

Wahai Tuhanku!
Malam akan pergi dan siang pula akan mengganti.
Wahai malangnya diri!
Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah?

Demi kemuliaan MU,
jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku diatasnya.
Demi kemuliaan MU,
jika Engkau menghalauku daripada pintu MU itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak dari situ kerana hatiku sangat cinta kepada MU.

Ya Tuhanku!
Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan MU supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku dari MU.

Kekasihku tidak menyamai kekasih lain.
Tiada selain DIA di dalam hatiku mempunyai tempat manapun.
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun.
Akan tetapi DIA tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.

Wahai Tuhanku!
Apakah Engkau akan membakar dengan api, hati yang mencintai MU dan lisan yang menyebut MU dan hamba yang takut kepada MU?

Jika aku menyembah MU kerana takut api nerakaMu maka bakarlah aku di dalamnya!
Dan jika aku menyembah MU kerana tamak kepada syurga MU, maka haramkanlah aku daripadanya!
Tetapi jika aku menyembah MU kerana kecintaanku kepada MU, maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah MU yang Maha Besar & Maha Mulia itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...