Kadang-kadang kita terlalu menjaga hatinya sehingga kita tidak sanggup mengatakan sesuatu kerana tidak mahu dia tersinggung.
Kadangkala juga kita membiarkan dia mempengaruhi kehidupan kita sehingga kita tidak beroleh kebebasan kerana terikat dengannya. Kita biarkan dia mencorak siapa kita, kita patuh padanya kerana terlalu sayangkannya. Sedangkan kita tidak tahu dia sebenarnya hanya mempergunakan kita sahaja. Dia mahu dilihat berkuasa dan mahu dihormati.
Dia hanya berpura-pura di hadapanmu sedangkan sebenarnya dia cuma bersandiwara. Perawakannya sangat baik, menghormati orang tapi sebenarnya seperti haiwan bertopengkan manusia.
Usah menyeksa dirimu! Tinggalkan sahaja dirinya. Dia hanya mahu mengambil kesempatan diatas kelemahanmu!
Usah dipendam derita itu sendirian. Luahkanlah pada seseorang yang boleh dipercayai. Jika kau pendam deritamu sendirian, engkau akan merana. Engkau akan sentiasa memikirkannya kerana kasih sayangmu mengatasi segalanya.
Luahkanlah isi hatimu agar orang lain tidak menjadi mangsa seterusnya. Agar orang lain berjaga-jaga. Biarlah engkau yang terakhir menderita kerananya.
Bila sudah kau luahkan isi hatimu, pasti kau rasa tenang sekali. Bebas dari bebanan perasaan yang menghimpit. Bebas dari ikatan yang membelenggu.
Teman...yakinilah dirimu. Kau mampu berdiri tanpanya...
No comments:
Post a Comment