Saturday, October 31, 2009

Fikir Sebelum Bercakap

Kadang-kadang kita tak sedar, kata-kata kita boleh membuatkan orang rasa kecil hati sedangkan bagi kita kata-kata itu biasa sahaja atau sekadar gurauan. Bila orang terasa, kita pulak kata orang tu hati kecil, tak boleh bawak bergurau, sensitif..

Kita perlu ingat, semua orang tak sama sifatnya..mood orang berbeza, boleh berubah-ubah..kalau angin baik masa tu, ok la tapi kalau tak..susah jugak..Faktor usia pun sama, lebih meningkat usia seseorang, lebih mudah dia terasa hati dan tersinggung dengan kata-kata kita.

Oleh itu, sebelum bercakap, sebelum berkata-kata...fikir dulu sama ada patut atau tidak kita cakap apa yang kita nak cakap tu, sesuai atau tidak keadaan dan masa kita nak cakap tu. Jangan cakap main lepas saja. Kita perlu hormat perasaan orang sebagaimana kita mengharapkan orang menghormati perasaan kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...