Walaupun tidak bersalah, Nabi Yusuf tetap dipenjarakan. Berkemungkinan ia dibuat sebagai menutup kesalahan yang telah dilakukan oleh isteri kepada Al-Aziz itu. Nabi Yusuf tetap redha. Baginya, itulah satu-satunya cara terbaik untuk keluar dari kemelut fitnah yang melanda dirinya.
Secara kebetulan, Nabi Yusuf ditempatkan di dalam bilik penjara bersama dua orang pemuda yang baru saja menjalani hukuman.
Mereka adalah seorang tukang masak dan seorang penghidang minuman diraja. Atas kesalahan apa mereka dipenjarakan?
Ya, mereka disyaki menerima rasuah daripada Raja Rom untuk meletakkan racun di dalam minuman dan makanan Raja Mesir ketika itu. Hanya tukang masak yang bersetuju mengkhianati Raja Mesir sebaliknya tukang penghidang minuman tidak sanggup.
Meskipun penghidang minuman itu menolak rasuah dan melaporkan perkara yang benar kepada raja, dia tetap dipenjarakan bersama tukang masak itu. Walaupun terasa seperti tidak adil, dia terpaksa akur.
Menjalani kehidupan seharian di penjara, kedua-dua pemuda ini mendapat tahu Nabi Yusuf pandai mentafsir mimpi. Maka mereka sengaja ingin menduga kebolehan Nabi Yusuf.
Tukang memberi minum itu berkata, “Aku bermimpi melihat tiga buah bejana dan mangkuk dari emas. Aku memerah anggur dan memasukkannya ke dalam bekas itu. Lalu aku membuat minuman khamar dan berikan kepada raja. Apakah maksud mimpiku itu wahai Yusuf?”
Belum sempat Nabi Yusuf menjawab, tukang masak diraja pula bertanya, “Wahai Yusuf, aku pula bermimpi diriku sedang memikul bakul roti di atas kepalaku. Tidak lama kemudian, datanglah burung-burung lalu memakan roti di atas junjunganku. Apakah maknanya jika kau memang benar pentafsir mimpi?”
Nabi Yusuf terdiam seketika. Kemudian dia menjawab dengan tenang, “Jika kutafsirkan, kalian mesti menerima kenyataan ini dengan hati terbuka. Salah seorang daripada kalian akan memberikan minuman untuk tuannya dan seorang lagi akan disalib.”
Kedua mereka merasa terkejut. Siapakah yang akan hidup dan siapa pula yang akan mati?
Kerana ketakutan, salah seorang dari mereka mengaku berbohong dan jika begitu, ramalan Nabi Yusuf sudah pasti tersasar.
“Tidak, telahku ramal mimpimu dan itulah yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT,” tegas Nabi Yusuf lagi.
Seperti yang dijangka, tidak lama kemudian, pegawai penjara datang dan membawa tukang masak diraja pergi. Amat malang sekali, tukang masak diraja itu dijatuhkan hukuman dan disalib sehingga mati. Tukang penghidang minuman pula hanya dibiarkan berada di dalam penjara bersama Nabi Yusuf selama tiga hari.
Kemudian, lelaki itu dibawa keluar dan diberi pengampunan. Lebih dari itu, dia diberikan pakaian yang cantik dan dianugerahkan semula jawatannya sebagai menghargai kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi kepada Raja Mesir. Maka, memang benarlah ramalan yang dibuat oleh Nabi Yusuf dan sesungguhnya dia Nabi yang diberi keistimewaan mentafsir mimpi.
Seseorang bisa menjadi ilham untuk kita berbicara. Sesuatu bisa menjadi ilham untuk kita berkata-kata. Dan ia mampu menjadi penyuntik semangat untuk kita meneruskan kehidupan.
Showing posts with label Kisah Nabi. Show all posts

Thursday, April 19, 2012
Thursday, July 21, 2011
Aku Hanyalah Seorang Hamba
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan').
'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
Pernah baginda bersabda, "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."
Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah.. . mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.
Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Friday, February 18, 2011
Awan Putih Itu Melindunginya
Al-Amin…Al-Amin. Namanya menjadi sebutan di kota Makkah. Dia memegang kunci amanah dan jujur sehingga akhirnya diberi kepercayaan mengendalikan kafilah dagang Siti Khadijah. Itulah langkah pertama Nabi Muhammad sebelum dia menerima perintah dan wahyu sebagai seorang Rasul.
Ketika usianya meningkat dewasa, Athikah mencadangkan Nabi Muhammad memohon kerja dengan Siti Khadijah. Siapa yang tidak kenal dengan Muhammad, Al-Amin?
Siti Khadijah menerima tawaran itu dengan hati terbuka. Alangkah bertuahnya dia kalau Muhammad yang membawa barang dagangannya. Dia tidak perlu ragu-ragu atau risau lagi. Bahkan, kali ini dia akan membayar kepada Muhammad sebanyak lima puluh dinar berbanding pekerja biasa yang hanya diberi dua puluh dinar.
Tiba masanya, rombongan perniagaan itu pun bertolak ke negeri Syam. Nabi Muhammad dipakaikan dengan pakaian yang tebal dan diberi unta yang baik sebagai kenderaan.
Kala itu, berlaku sesuatu yang aneh di dalam perjalanan. Segumpal awan putih kelihatan menaungi rombongan kafilah itu di sepanjang jalan. Terik matahari yang panas terlindung dek kemunculan awan itu sehingga padang pasir yang mereka lalui dirasakan redup dan sejuk sahaja.
Tidak lama kemudian, mereka berhenti di sebuah kebun tamar. Kelihatan juga sebuah rumah ibadah yang dihuni seorang Rahib.
Melihat rombongan yang tiba itu, Rahib pun keluar dari rumahnya. Dia dapat mengesan sesuatu. Ya, suasana di situ tiba-tiba bertukar teduh. Didongaknya kepala sehingga ternampak segumpal awan putih. Tertanya-tanya di hati Rahib, siapakah yang bertuah dan mendapat kemuliaan sedemikian.
Rahib menyampaikan pesan kepada salah seorang mereka agar menjemput semua datang ke rumahnya. Mereka pun pergi ke rumah Rahib itu kecuali Nabi Muhammad. Dia ditugaskan menjaga barang-barang dagangan di situ.
Sambil melayan para tetamunya, Rahib itu melihat ke luar. Awan putih itu masih ada di tempatnya tadi.
“Adakah masih ada di kalangan kalian yang tertinggal di tempat meletakkan barang itu?” tanya Rahib.
“Ya, ada. Dia seorang buruh yatim, penjaga barang-barang itu,” jawab mereka.
Rahib itu pun pergi menemui Muhammad dan mengajaknya berjalan agak jauh dari tempat itu. Sangkaannya benar, awan itu bergerak mengikuti langkah mereka. Tidak salah lagi, pemuda inilah orangnya!
“Wahai pemuda, dari negeri manakah engkau datang? Apakah kabilahmu? Dan siapakah namamu?” tanya Rahib.
“Aku datang dari Makkah, dari kabilah Quraisy dan namaku Muhammad,” Nabi menjawab.
Sebaik saja mendengar semua itu, Rahib terus memeluk Nabi Muhammad. Diciumnya dahi antara dua mata Nabi dan mengucapkan kalimah “Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah.”
Nabi Muhammad hanya tercengang-cengang melihat perlakuan Rahib itu.
“Wahai pesuruh ALLAH, tunjukkan tanda kenabian yang ada padamu agar aku benar-benar yakin bahawa engkaulah yang diutuskan sebagai nabi akhir zaman,” pinta Rahib.
Diselaknya baju Nabi di bahagian belakang dan terlihatlah tanda kenabian di antara kedua bahunya. Rahib itu lantas mengucapkan syukur. Rupanya nabi yang dikatakan di dalam kitab Taurat sudah muncul!
Namun peristiwa itu dirahsiakan oleh kedua mereka daripada pengetahuan orang ramai demi keselamatan Nabi sehinggalah akan tiba masa yang sesuai baginda bakal dilantik sebagai Rasul penyampai dakwah buat umatnya.

Ketika Kelahiran Rasulullah SAW
Ketika Rasulullah SAW dilahirkan, syaitan-syaitan dilarang naik ke langit padahal sebelumnya syaitan-syaitan itu dapat naik dan turun ke langit untuk mendengar percakapan dan perbualan para malaikat. Ketika mereka dilarang naik ke langit itu, maka mereka berkumpul dan menemui Iblis lalu berkata, “Dulu kami boleh naik ke langit, tetapi hari ini kami telah dilarang untuk naik.” Iblis menjawab, “Bersabarlah kamu semua di permukaan bumi, dari barat sampai ke timur dan perhatikan dengan baik-baik apa sebenarnya yang telah terjadi.”
Syaitan-syaitan berusaha mencari, akhirnya setelah mengelilingi timur dan barat, sampailah mereka ke kota Mekah. Di sana mereka melihat Nabi Muhammad SAW sedang dikelilingi oleh para Malaikat, dan memancar cahaya dari dirinya hingga naik ke langit, sedangkan malaikat-malaikat itu saling memberi ucapan selamat dan sejahtera antara satu dengan yang lain.
Kemudian pulanglah syaitan-syaitan itu mengadap kepada Iblis sambil menceritakan semua apa yang telah mereka lihat. Maka Iblis pun berkata, “Telah lahir ‘ayatul alam’ dan rahmat bagi Bani Adam, kerana itulah kamu semua telah dicegah untuk naik ke langit, tempat pandangannya dan pandangan umatnya.”
---------------------------------------------------------------
Kabul Akhbar ra. berkata, “Saya telah melihat di dalam Taurat bahawa Allah SWT mengkhabarkan kepada kaum Musa as. tentang saat lahirnya Nabi Muhammad SAW, Ia berkata: “Sesungguhnya bintang keadaannya tetap yang kamu ketahui itu bila ia bergerak dari tempatnya menandakan bahawa Rasulullah telah lahir”.”
Ketika Rasulullah SAW lahir, bintang itu pun bergerak dan pindah dari tempat asalnya. Maka orang-orang Yahudi itu semuanya mengetahui bahawa Rasulullah yang diberitakan Allah itu telah lahir ke dunia namun mereka merahsiakan disebabkan rasa dengki di hati mereka.
Allah juga telah memberitahukan kepada kaum Isa as. di dalam kitab Injil bahawasanya apabila pokok tamar yang kering menjadi subur, berdaun dan berbuah. Melihat peristiwa itu, orang-orang Nasrani pun mengetahui bahawasanya Rasul yang telah dijanjikan Allah SWT dalam kitab Injil itu telah lahir ke dunia. Tetapi peristiwa itu mereka rahsiakan disebabkan oleh kedengkian mereka juga.
Di dalam kitab Zabur pun Allah SWT memberitahukan bahawa apabila mata air yang telah mereka kenal itu mengeluarkan air, maka tandanya Rasul yang dijanjikan kepada mereka muncul di permukaan bumi.
Maka tepat pada masa Rasulullah dilahirkan, maka mata air itupun mengeluarkan air yang berlimpah ruah. Mereka pun mengetahui akan kejadian itu namun kerana kedengkian mereka, berita itupun mereka rahsiakan.

Ketika Rasulullah SAW dilahirkan, terdengarlah suara dari sudut-sudut Ka’abah.
Dari sudut pertama terdengar ucapan, “Telah datang kebenaran Islam, dan kebatilan tidak akan datang lagi.”
Dari sudut kedua terdengar ucapan, “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu. Sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu. Amat belas kasihan dan penyayang terhadap orang-orang mukmin.”
Dari sudut ketiga terdengar ucapan, “Telah datang kepadamu cahaya (Nabi) dari Allah dan kitab (Al-Quran) yang menerangkan.”
Dari sudut yang keempat terdengar ucapan, “Hai Nabi, sesungguhnya kami mengutuskan untuk menjadikan saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan, dan untuk menjadi penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan untuk menjadi cahaya yang terang.”
Diriwayatkan bahawa Abdul Mutahlib berkata, “Ketika aku sedang berada di ka’abah yang dipenuhi berhala itu, tiba-tiba berhala itu jatuh dari tempat-tempatnya dan sujud kepada Allah. Dan aku dengar suara dari dinding ka’abah mengatakan, “Telah lahirnya Nabi pilihan yang akan membinasakan orang-orang kafir dan akan mensucikan aku dari berhala-berhala ini, dan aku memerintahkan kepada penyembahan Yang Maha Mengetahui.”

Friday, January 21, 2011
Rasulullah SAW Dengan Pengemis Buta
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".
Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
"Apakah Itu?", tanya Abubakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik,
"Siapakah kamu?".
Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Friday, January 29, 2010
Kisah Nabi Idris
Sakaratul Maut, bersediakah kita untuk menghadapinya?
"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu seksa neraka yang membakar."(nescaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).
"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata), "Keluarkanlah nyawamu !"
Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerana kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya". (Qs. Al- An'am : 93).
Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar.
Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan
dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dari jasad tetap teramat menyakitkan.
"Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang" (H.R. Ibnu Abu Dunya).
Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan sholat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari.
Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal
itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris.
"Assalamu'alaikum, yaa Nabi Allah". Salam Malaikat Izrail, "Wa'alaikum salam wa rahmatulloh". Jawab Nabi Idris a.s. Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.
Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap" Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja.
Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan "tamunya" itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan. "Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita" pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s). "Subhanallah, (Maha Suci Allah)" kata Nabi Idris a.s. "Kenapa?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut. "Buah-buahan ini bukan milik kita". Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau berkata: "Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram".
Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan? pikir Nabi Idris a.s. "Siapakah engkau sebenarnya?" tanya Nabi Idris a.s. "Aku Malaikat Izrail". Jawab Malaikat Izrail. Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya. "Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?" selidik Nabi Idris a.s serius. "Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat."Atas izin Allah, aku sekadar berziarah kepadamu" Jawab Malaikat Izrail.
Nabi Idris manggut-manggut, beberapa lama kemudian beliau hanya terdiam. "Aku punya keinginan kepadamu". Tutur Nabi Idris a.s "Apa itu ? katakanlah !". Jawab Malaikat Izrail.
"Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku". Pinta Nabi Idris a.s. "Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail.
Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.
Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali. "Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?" Tanya Malaikat Izrail. "Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti" Jawab Nabi Idris a.s. "Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu" Kata Malaikat Izrail.
MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ? Bersediakah kita untuk menghadapinya ?

Wednesday, April 29, 2009
CAHAYA MUKA NABI S.A.W.
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a..w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata,
"Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!"
Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"
Jawab Rasulullah: "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda: "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."
KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w.:
"Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."
Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?"
Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu: "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."
Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata:
"Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: "Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.
Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita sama-sama
berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW.
Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat : 208)

Saturday, May 17, 2008
Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda- tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.
Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," Tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Subscribe to:
Posts (Atom)