Thursday, December 27, 2007

Tidak

Tidak, kamu tidak akan menghabiskan usia mu untuk hal-hal yang tidak berfaedah seperti berdebat tentang hal-hal yang tiada kebaikan.

Tidak, kamu tidak akan menghasilkan wang dan menghimpunnya dengan mengorbankan kesihatan, kebahagiaan, dan ketenangan mu.

Tidak, kamu tidak akan mencari-cari kesalahan orang lain, mengumpat mereka, dan melupakan kekurangan yang ada pada diri sendiri.

Tidak, kamu tidak akan menyia-nyiakan waktu bersama dengan penganggur dan orang yang membuang waktu untuk hal yang sia-sia.

Tidak, kamu tidak akan mengingat musibah yang telah berlalu, bencana yang sudah lepas, atau kekeliruan yang pernah dialami.

Tidak, kamu tidak akan melupakan akhirat dan lalai terhadap perkara-perkara yang akan terjadi di dalamnya tetapi kamu beramal untuk menyambutnya.

Tidak, kamu tidak akan membelanjakan wang untuk hal-hal yang diharamkan seperti berfoya-foya, berjudi atau minum arak.

Kad 'Happy Birthday' untuk Umi


Selamat Hari Lahir Umi (dan Hadif)!!

Monday, December 17, 2007

Empat Peringkat Hak

  1. WAJIB dipertahankan, HARAM dikorbankan - Nyawa, maruah, agama, keluarga dan negara.
  2. WAJIB dipertahankan, BOLEH dikorbankan - Harta benda dan wang ringgit.
  3. HARUS dipertahankan, BOLEH dikorbankan - Waktu rehat, harta pusaka dan giliran bagi isteri-isteri yang berpoligami.
  4. HARAM dipertahankan, HARAM dikorbankan - Harta dan wang ringgit yang dimiliki secara haram seperti hasil judi, riba dan hasil curi.

Semusim Rindu Bertamu

Semusim rindu bertamu
Kala kesunyian mencengkam perasaan
Mengenangmu jauh di mata
Mengingatmu entah di mana.

Kenangan itu menggigit perasaan
Kebahagiaan yang ku sangka berpanjangan
Namun kekecewaan jua yang bertandang.

Kau hadir bagai mentari
Menerangi kehidupan, menyinari kesiangan
Namun tetap sirna bila malam menjelma
Lalu aku kesuraman di dalam kegelapan.

Semusim kasih bertamu
Kala kerinduan mencengkam perasaan
Kehilanganmu tak pernah ku rela
Biar takdir yang menentu segala.

Saturday, December 15, 2007

Calendar Swap

Di Lovescrap, kami membuat pertukaran kalendar 2008 di mana setiap peserta (6 orang) membuat LO untuk dua bulan. LO ini berukuran 6" X6" dan kalendar tidak lebih daripada 5" X 5". Setiap LO perlu ada pattern paper dan sekurang-kurangnya dua jenis embellishment. Di bahagian belakang diletakkan maklumat peserta.

Jiwa Bahagia

  • Untuk mendapatkan jiwa yang bahagia ada empat perkara: berani kepada kebenaran, tahu rahsia dari pengalaman kehidupan, pandai menjaga kehormatan batin, dan adil walaupun pada diri sendiri.
  • Untuk mendapatkan bahagia bongkarlah kekotoran jiwa dari dada supaya iman masuk ke dalamnya, kerana reban ayam yang dimasuki musang tidak akan dimasuki ayam.
  • Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan; sebab durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.
  • Bagi orang yang berbahagia dia menganggap istana bukanlah pada rumah besar yang bagus serta mewah tetapi ianya terletak dalam hati yang telah mendapat sinar ILLAHI.
  • Orang yang ingin bahagia haruslah selalu menyucikan jiwa dengan: selalu membaca al-Quran, mengosongkan perut dengan jalan berpuasa, solat malam, bergaul dengan orang yang taat kepada agama, dan tidak memakan makanan haram.

Wednesday, December 12, 2007

Stay The Same

Bunga dan frame gambar menggunakan corrugated paper, doodling dengan glitter gel pen.

Hawa

Percubaan pertama scrapping nama. Frame nama ini aku hadiahkan kepada kawan aku - Hawa sempena hari lahir dia bulan lepas.

Tuesday, December 11, 2007

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan. Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut. Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam. Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa . Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun . Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun. Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Ampunkan Aku

Ya Rabb
Keampunan Mu ku pohon
Keredhaan Mu kuharapkan
Terkadang aku alpa pada suruhan Mu
Sedang Kau sentiasa di sisi ku
Terkadang aku leka akan ajaran Mu
Sedang Kau selalu di samping ku.

Ya Rahman
Kau yang tak jemu mengasihi hamba Mu
Sedang aku lalai pada perintah Mu
Ampunkanlah Aku
Tunjukkanlah aku jalan yang lurus
Jalan menuju keredhaan Mu.

Ya Rahim
Mengingati hukuman dari Mu
Aku jadi takut...gentar...
Berilah petunjuk kepada hamba Mu ini
Agar dapat ku tebus dosa-dosa ku.

Keampunan ku pohon
Keredhaan Mu ku dambakan.

Ampang
30 Disember 2006 / 9 Zulhijjah 1427

Dengki

Sukarnya hendak membuang sifat dengki, seorang teman menasihatiku supaya...

Pertama, ucapkan tahniah kepada orang yang didengki itu ketika dia mendapat nikmat.
Kedua, sanjung dan puji kebaikannya terutama di belakangnya.
Ketiga, tutup kesalahan dan kelemahannya.
Keempat, ziarahilah dia dengan membawa hadiah.
Kelima, hormati dan sayangi orang di sekelilingnya seperti ibu bapanya, ahli keluarganya, suaminya dan anak-anaknya.
Keenam, bela dia kalau ada orang memburuk-burukkannya.
Ketujuh, berdoalah kepada Allah agar dihilangkan rasa dengki itu.

Saturday, December 8, 2007

Cheerful

LO ni tiada tajuk sebenarnya tapi mungkin journalling nya berkaitan keceriaan. Nama penuh sebagai tajuk kecil menggunakan embossing tape.

Talented Star

Embellishment yang digunakan ialah star punchies yang disesuaikan dengan tajuk LO. Font untuk tajuk ialah Brush Script MT.

My Sweet lil' Sis

Embellishment yang digunakan ialah stickers (termasuk tajuk kecil 'CHEER') dan celloytape bergambar. Tajuk utama 'My Sweet lil' Sis' menggunakan font Snap ITC. Journaling akan ditambah kemudian.

Friday, December 7, 2007

Warkah buat Hawa

Hawa...
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu.
Andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.
Andai engkau menjadi ibu,
didiklah anakmu sehingga dia TIDAK GENTAR MEMPERJUANGKAN AD-DIN ALLAH.

Hawa...
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu.
Ingatlah hawa !!!
janji Tuhan kita,
WANITA YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK.
Jangan sesekali dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan mahram
Kerana...
aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman,
maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya,
dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa...
Ketahuilah olehmu,
lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui perhiasan yang ditonjolkannya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya,
serta kemampuannya menggoncang iman lelaki.
Tetapi...
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan mahramnya.
Kerana,
dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta.
Kerana,
dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita.
Yakni,
sebuah ikatan yang SAH di sisi Allah,
itulah PERNIKAHAN.

Oleh itu hawa,
jagalah pandanganmu,
peliharailah auratmu,
awasi akhlak dan tingkahmu,
dan TEGAK kanlah pendirianmu,
sebaik-baik hiasan dunia adalah WANITA solehah.

Kau HAWA!
berusahalah segigihnya,
mencontohi sifat dan sikap wanita-wanita contoh dunia,
Mariam... Asiah... Khadijah... Fatimah...

Menjadi idaman lelaki soleh,
adalah kerana iman dan akhlak mulia,
bukan manis kata-kata,
bukan indah senyuman di wajah,
bukan ayu kerlingan mata.

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah cinta ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta saudara-saudaramu... keluarga... sahabat... yang membahagiakanmu.

Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang,
Kerana kau akan perolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah.
Cintailah ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan berjumpa cinta yang seumpama itu,
cinta antara saudaranya.
Cinta itu anugerah...
cinta itu fitrah ketentuan Allah,
cinta makhluk boleh datang dan pergi,
Tetapi cinta Allah... cinta Rasul Allah...
cinta yang abadi.

JANGANLAH SESEKALI TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA
JUGA MENJADI ''TANGAN'' YANG MENGGONCANG IMAN LELAKI

Wallahua'lam....

(daripada seorang teman...)

Wednesday, December 5, 2007

Friendship

Friendship isn't a big thing - it's a million little things. ~ Author Unknown

The most beautiful discovery true friends make is that they can grow separately without growing apart. ~ Elisabeth Foley

A friend knows the song in my heart and sings it to me when my memory fails. ~ Donna Roberts

The best kind of friend is the one you could sit on a porch with, never saying a word, and walk away feeling like that was the best conversation you've had. ~ Author Unknown

Friends are kisses blown to us by angels. ~ Author Unknown

Doa, tasbih, selawat mampu ubah ketetapan nasib

SALMAN meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawasanya Baginda bersabda: “Tidak ada yang menolak ketetapan selain doa.”

Daripada Abdullah bin Umar bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang dibukakan baginya pintu doa, maka dibukakanlah baginya pintu rahmat, tidak ada permintaan yang lebih disukai daripada seorang meminta kesihatan dan bahawasanya doa bermanfaat untuk perkara yang sudah terjadi mahupun belum terjadi dan tidak ada yang menolak ketetapan selain doa maka berdoalah kamu wahai hamba Allah.”

Setiap ketetapan boleh berubah dengan doa yang menjadi amalan serta sedekah, sebagaimana diriwayatkan daripada Ali bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah mencegah ketetapan yang sudah dikukuhkan.”

Kriteria ketiga yang boleh mengubah ketetapan ialah tasbih dan keempat adalah memperbanyak membaca selawat kepada Nabi.

Kelima, takwa yang menjadi syarat paling kuat untuk memperoleh kebaikan dan mencegah keburukan dari jalan yang tidak dihitungkan.

Allah berfirman bermaksud: “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari segala kesulitan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak dihitungkannya.” (Surah at-Thalaq, ayat 2-3)

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar bagi segala kesulitan, kelapangan dari segala kegundahan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak diperhitungkannya.”

Seorang lelaki mengadu kepada al-Hasan al-Bashri mengenai hal kekeringan, maka beliau berkata: “Beristighfarlah”. Kemudian datang orang lain kepadanya mengadukan perihal kefakiran, beliau berkata: “Istighfarlah”.

Kemudian datang lagi seorang yang mengadukan kebunnya yang kering, maka beliau berkata: “Istighfarlah”. Selepas itu datang seorang yang mengadukan ingin mempunyai keturunan, maka beliau berkata: “Istighfarlah”.

Beliau membacakan kepada mereka firman Allah bermaksud: “Maka Aku berkata: “Minta ampunlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Dia akan menurunkan hujan bagimu dari langit. Memberimu harta yang banyak, keturunan dan menjadikan bagimu taman-taman dan sungai-sungai.” (Surah Nuh, ayat 10-12)

Jodoh

Daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah..
Sedikit info utk dikongsi bersama...
Bacalah...

1.Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti 'magnet' yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa : sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan : tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan.Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau kegilaan bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi, timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...