Thursday, April 28, 2011

Saya Yang Garang

"Akak ni garangla..."

"Orang tanya jela, janganla marah..."

"Dia ni cerewet laa.."

"Awak ni..tak payah la strict sangat..."

Hahaha...maaf ye kalau saya garang...kalau saya strict...saya nak tolong awak jadi manusia cemerlang...

Bila saya berlembut dan buat tak kisah...awak akan naik kepala...

Bila saya nampak kesalahan awak dan saya tak menegur, nanti awak akan buat salah lagi...

Saya garang kerana saya mahu awak belajar...buat sendiri, bukan hanya mengharap saya memberi...

Saya cerewet kerana saya mahu ia nampak sempurna...bukan nampak sambil lewa...

Saya strict kerana mahu ia nampak teratur, tetap dan konsisten...

Mungkin sekarang awak membenci saya tetapi satu masa nanti awak pasti sedar kenapa saya garang...kenapa saya cerewet...kenapa saya strict...

Segalanya untuk awak juga..bukan saya...

Satu masa nanti awak akan jadi manusia berguna...ada wawasan...ada pegangan dan menjadi manusia cemerlang...

Friday, April 8, 2011

Bahan Bacaan Kegemaran Saya

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur(PBAKL 2011) datang lagi! Acara ini akan berlangsung di PWTC dari 22 April hingga 1 Mei 2011.

Kepada penggemar buku, inilah waktu yang ditunggu-tunggu untuk mendapatkan bahan bacaan keluaran terbaru atau lama serta berjumpa dengan penulis-penulis yang diminati. Hooray!!!

Sempena acara ini, aku nak buat tagging berkenaan tajuk di atas. Walaupun banyak yang anda baca tapi saya mintak tak banyak, 1 je...apa dia? Sila check peraturan okey!

---------------------------------------------------------------------------------------------

Peraturan Tagging 'Bahan Bacaan Kegemaran Saya'
1. Link kan entry ini ke blog anda
2. Nyatakan 1 jenis bahan bacaan yang menjadi kegemaran anda (cth: novel cinta, buku agama, motivasi, seni dan kraftangan)
3. Nyatakan 1 penulis kegemaran anda dan kenapa?
4. Nyatakan 1 penerbit yang anda gemari
5. Nyatakan waktu bila biasanya anda membaca dan berapa lama masa yang diambil untuk menghabiskan bacaan
6. Nyatakan salah satu tajuk yang menjadi kegemaran anda (yang ditulis oleh penulis yang anda minat tu...)
7. Tag 5 orang untuk senaraikan Bahan Bacaan Kegemaran mereka pulak
8. Dah selesai, link kan entry anda tu kat ruangan COMMENT entry ini

Nota
1. Game ini berlangsung sehingga 22 April 2011
2. Entry anda akan diundi secara rawak untuk menerima GIFT iaitu A SET OF BOOKMARK daripada saya
3. Peraturan 3 & 4 mungkin tiada kena mengena kerana ada penulis yang menulis untuk penerbit yang berlainan.

----------------------------------------------------------------------------------------------

'Bahan Bacaan Kegemaran Saya'

1. Saya paling gemar membaca buku motivasi diri
2. Penulis kegemaran saya ialah Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj kerana gaya penulisan yang tidak terlalu skema...macam bercakap dan kebanyakannya berdasarkan pengalaman beliau sendiri
3. Saya suka penerbit Alaf21 sebab banyak produk terbitan mereka dan selalu semak terbitan terbaru mereka
4. Saya membaca pada hari minggu, kalau takde aktiviti lain. Kalau takde gangguan, boleh habiskan bacaan dalam sehari.
5. Satu tajuk kegemaran saya ialah "Membina Peribadi Anggun"

----------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang saya nak tag TZM, Nidza, Arsha, Hanifadil, Izawati.

Kepada yang first time main game ni, jangan malu-malu tanya ye kalau tak tahu... ;)

Terima kasih dan selamat bertagging!!!

Wednesday, April 6, 2011

Wasiat Imam Syafie

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :

Pertama :
Hak Kepada Diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua :
Hak Kepada Malaikat Maut iaitu mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah.

Ketiga :
Hak Kepada Kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat :
Hak Kepada Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima :
Hak Kepada Mizan iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam :
Hak Kepada Sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh :
Hak Kepada Malik iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan :
Hak Kepada Ridhwan iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

Kesembilan :
Hak Kepada Rasulullah SAW iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT.

Kesepuluh :
Hak Kepada Allah SWT iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...