Sabda Rasulullah SAW
Wahai Ali!
1) Orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya.
2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat.
3) Bersedeqahlah untuk keluargamu yang telah mati. Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedeqah orang yang hidup kepada orang yang mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata : Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedeqahnya.
4) Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokan. Banyak dosa itu mematikan hati dan mewariskan penyelesaian.
5) Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya ia beri rezeki harta yang haram. Apabila ia sangat murka terhadapnya, nescaya ia wakilkan syaitan yang memberkatkan hartanya yang haram itu. Lalu syaitan itu menjadi kawannya dan menyibukkannya daripada urusan agamanya dengan dunia, serta ia mudahkan kepadanya segala urusan dunianya sambil berkata : Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
6) Wahai Ali!
Tiada agama bagi orang yang tidak takutkanNya.
Tiada akal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannya
Tiada iman bagi orang yang tidaka ada wara'nya
Tiada ibadah bagi orang yang tidaka ada ilmunya
Tiada perikemanusiaan bagi orang yang tidaka ada sedeqahnya
Tiada keamanan bagi orang yang tidaka ada rahsianya
Tiada taubat bagi orang yang tidaka ada taufik baginya
Tiada kemurahan hati bagi orang yang tidaka ada malunya
7) Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya. Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan bersendirian dan menegah kawannya, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan menghina orang fakir. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang hidup dalam keadaan haram dan mati dalam keadaan haram. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang panjang umurnya, buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak dalam mendapatkan keampunanNya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang menzahirkan persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan sebaliknya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang hilang permulaan umurnya dalam kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada Allah.
8) Tanda-tanda iaitu bagus jiwa dan batin kepada Allah dan bagus khidmat.
9) Wahai Ali !
Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1) benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat
2) benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama
3) benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia
10) Wahai Ali !
Orang berakal itu ada tiga tanda iaitu :
1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat
2) menanggung kekasaran orang
3) sabar atas segala kesusahan
11) Wahai Ali !
Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu :
1) berkata benar
2) menjauhkan yang haram
3) merendah diri
12) Wahai Ali !
Orang yang takut kepada Allah itu ada tiga tanda iaitu :
1) memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk
2) menjauhi kawan yang jahat
3) meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada yang haram
13) Wahai Ali !
Kebenaran itu ada tiga tanda iaitu :
1) sembunyikan ibadah
2) sembunyikan sedeqah
3) sembunyikan musibah
14) Wahai Ali !
Orang yang 'abid itu ada tiga tanda iaitu :
1) benci kepada nafsunya
2) sentiasa menghisabkan nafsunya
3) memanjangkan berdiri mengadap Allah
15) Wahai Ali !
Orang yang soleh itu ada tiga tanda iaitu :
1) memperbaiki perkara yang melibatkan antara dirinya dengan Allah dengan amal soleh
2) memperbaiki agamanya dengan amal
3) suka bagi manusia apa yang dia suka bagi dirinya
16) Wahai Ali !
Orang yang beruntung itu ada tiga tanda iaitu :
1) makanan yang halal
2) duduk bersama ulama'
3) solat fardhu berjemaah
17) Wahai Ali !
Orang yang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1) segera dalam taat kepada Allah
2) menjauhkan segala yang haram
3) berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya
18) Wahai Ali !
Orang yang murah hati itu ada tiga tanda iaitu :
1) memberi maaf kepada orang yang bersalah ketika ia mampu membalas kesalahan itu
2) mengeluarkan zakat
3) suka bersedeqah
19) Wahai Ali !
Orang yang peramah itu ada tiga tanda iaitu :
1) menghubungkan orang yang memutuskannya (persaudaraan)
2) memberi orang yang menegahnya
3) memaaf orang yang menzaliminya
20) Wahai Ali !
Orang yang sabar itu ada tiga tanda iaitu :
1) sabar atas taat menjalankan perintah Allah
2) sabar menghadapi musibah
3) sabar menerima qadha Allah
21) Wahai Ali !
Orang yang bertaubat itu ada tiga tanda iaitu :
1) menjauhkan yang haram
2) menuntut ilmu
3) tidak akan kembali membuat dosa spt tidak akan kembali susu yang diperah ke tempatnya.
22) Sesiapa yang memerintah berbuat baik dan mencegah kemungkaran, nescaya Allah akan menghinakan musuhnya. Sesiapa yang benar dalam segala perkara, nescaya Allah murka kerana murkanya. Apabila seorang anak yatim menangis, nescaya bergoncanglah 'arasy, maka diserukan : Wahai Jibril ! Luaskan neraka untuk orang yang membuat anak yatim itu menangis dan luaskan syurga untuk orang yang membuat anak yatim itu ketawa.
23) Jibril mengharap menjadi manusia kerana 7 perkara :
1) solat fardhu berjemaah
2) menghadiri majlis ulama'
3) menziarah orang sakit
4) memberi minuman
5) mendamaikan dua saudara yang bermusuhan
6) memuliakan jiran
7) memuliakan anak yatim
No comments:
Post a Comment