Tuesday, June 3, 2014

Tugasan Pertama Sebagai Tour Leader

16 - 20 Nov 2011 (Rabu-Ahad), tugasan pertama aku sebagai Tour Leader ke Jakarta + Puncak + Bandung mewakili syarikat POTO Travel & Tours Sdn Bhd...deborr wehh....
Ahli rombongan seramai 17 orang daripada 7 buah keluarga termasuk ayah dan adikku. Memandangkan ini tugasan pertama aku ke luar negara, jadi sambil bawa mereka berjalan-jalan dapatlah ayah dan adik menemaniku di samping mengetahui tugasan yang aku lakukan.

Hari pertama: Bersedia berlepas dengan penerbangan KLM dari Kuala Lumpur ke Jakarta...

Alhamdulillah, rombongan selamat tiba di  Jakarta. Kami disambut oleh Pak Ali, Tour Guide yang akan bersama-sama kami sepanjang tempoh lawatan ini.




Tiada aktiviti lawatan sebab hari pun dah malam. Yang ada ialah aktiviti mengisi perut. Lepas makan malam terus ke Hotel Gren Alia Cikini, tidur satu malam sebelum bertolak ke Bandung pagi esoknya.

Hari kedua: Aktiviti lawatan bermula. Rombongan bertolak ke Bandung melalui Puncak untuk melawat Safari Park dan membeli ole-ole di Bogor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui jalan berbukit dan berliku-liku.

Pak Ali tak henti-henti berceloteh, bercerita tentang sejarah dan kisah dongeng di daerah ini.





Di Safari Park, haiwan-haiwan ini tidak berada di dalam kandang sebaliknya dibiarkan bebas berkeliaran. Jadi kita dapat melihat haiwan-haiwan ini dari jarak dekat iaitu dari dalam bas. Kita tidak dibenarkan turun demi keselamatan. Peserta dapat merasai sendiri pengalaman memberi makanan kepada haiwan-haiwan yang tidak berapa ganas seperti kuda belang ini. Makanan yang diberi ialah lobak merah yang ada dijual di sepanjang jalan menuju ke Safari Park.



Nampak tak apa ada kat dalam air tu?

Amboi, berlagak betul orang utan ni kan dapat hisap rokok. Nak tau, siap terbatuk-batuk lagi dia..comel betul...


Sebelum meneruskan kembali perjalanan, rombongan kami singgah di masjid untuk solat jamak. Eh, apa yang dorang dok buat tu? Haa, sebenarnya kat situ ada parit @ kolam kecil dan airnya separas buku lali.. Kita kena lalu kat situ sebelum naik tangga masjid.. Kiranya kena bersihkan kaki dulu la..Kasut dah simpan awal-awal di tempat penyimpanan khas di sebelah kanan.


Singgah makan tengahari di tebing bukit. Di bawah tu ada ladang teh.

Membeli manisan dan keropok sebagai ole-ole untuk dibawa pulang. Perjalanan kemudiannya diteruskan menuju ke Bandung.

Akhirnya rombongan kami tiba di Bandung dan terus menuju ke Donatello Jl Dago...It's shopping time!!
Dari satu kedai ke satu kedai ahli rombongan sibuk mencari apa yang diingini.




Jalan agak macet sebab masa ni orang balik dari kantor ye buk!

Selesai membeli-belah terus ke restoran untuk makan malam dan kemudian check in di Hotel Sukajadi.


Hari ketiga: Kami melawat Tangkuban Parahu iaitu kawasan kawah gunung berapi yang masih aktif.
Suhu pada waktu ini sejuk berangin tapi masih boleh bertahan tanpa memakai jaket.




Terdapat deretan gerai yang menjual pelbagai barangan dan cenderahati.



Aktiviti membeli-belah lagi, kali ni di Rumah Mode. Agak lama di sini sebab pada masa ini dah masuk waktu solat Jumaat. Yang perempuannya membeli-belah sementara menunggu yang lelakinya selesai solat.


Solat sudah berbelanja pun sudah. Makan tengahari pulak ...isi perut dulu..sekejap lagi nak sambung jalan-jalan lagi...berbelanja lagi! Ke mana? Ke Pasar Baru pula...


Selamat pagi semua!
Hari keempat lawatan. Check out hotel, jalan-jalan pastu terus ke Jakarta semula.

 Melawat Taman Mini Indonesia Indah.


Solat jamak di masjid yang terletak di atas bumbung Tanah Abang. Kemudian membeli-belah lagi.


Selesai berbelanja kami menuju ke Dataran Medan Merdeka untuk melihat Tugu Monas iaitu sebuah tugu peringatan yang dibina bagi memperingati perjuangan rakyat Indonesia dalam merebut kemerdekaan dari pemerintahan Belanda.


Hari terakhir di Jakarta kami melawat Masjid Istiqlal dan solat jamak di sini. Masjid ini merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara yang dapat menampung 200,000 jemaah dalam satu masa. Pada hari kebesaran umat Islam seperti Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha, presiden Indonesia akan mengadakan kegiatan keagamaan di masjid ini yang disiarkan secara langsung di televisyen.





Terima kasih kepada Pak Ali dan Pak Saryo yang banyak membantu sepanjang lawatan kami di Jakarta Bandung. Semoga kita dapat ketemu lagi ye pak!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...