Festival Bunga & Taman - Floria Putrajaya 2014 yang dinanti-nantikan akan tiba lagi bermula pada Sabtu ini 14 Jun hingga Ahad depan 22 Jun 2014 selama sembilan hari. Bertemakan "Pesona Warna", Floria Putrajaya mempamerkan pelbagai spesis bunga yang disusun atur dalam taman-taman yang direka khas.
Memandangkan ini adalah kali ketujuh festival ini diadakan maka terdapat pelbagai acara menarik dan kelainan ditonjolkan antaranya reka bentuk taman mengikut tema seperti Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia dan Taman Piala Dunia.
Selain itu, terdapat Bazar Tanaman dan Pasar Hortikultur yang akan menjual segala keperluan perkebunan dan tumbuh-tumbuhan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, pertandingan fotografi, acara hiburan dan pertunjukan fesyen.
Floria Putrajaya akan berlangsung di Pesisiran Presint 4 Putrajaya mulai 14 hingga 22 Jun, dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam (Isnin - Khamis) dan 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam (Jumaat - Ahad).
Jom beramai-ramai kita ke sana menikmati keindahan dan warna-warni flora!
No comments:
Post a Comment