Friday, June 27, 2014

Bunga-Bunga Comel

Pin comel
Bahan-bahan: felt dan butang

Bookmark love flower
Bahan-bahan: felt, batang aiskrim dan butang

Wednesday, June 25, 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

Assalamualaikum semua...


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435H kepada semua pembaca dan followers blog ini.. Mohon maaf jika ada diantara penulisan aku di sini yang menyinggung perasaan kalian.

Semoga anda semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan hati yang tenang dan lapang. Berikut ialah amal ibadah yang dapat kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan:

  1. Solat sunat Tarawih.
  2. Solat-solat sunat yang lain seperti Dhuha, Taubat, Tahajjud.
  3. Bersedekah.
  4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
  5. Memperbanyakkan membaca Tahlil, Syahadah, berzikir, Tasbih dan sebagainya.
  6. Memperbanyakkan Istighfar dan bertaubat memohon keampunan ALLAH SWT.
  7. Memperbanyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan daripada azab neraka.
  8. Memperbanyakkan bersabar kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  9. Meninggalkan dan menjauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk perbuatan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah, berbohong dan sebagainya.

Sekali lagi, selamat berpuasa dan menunaikan amal ibadah seikhlasnya...

Friday, June 13, 2014

Cerita Kita [Shahir]



Seluruh hati ini
Ku serah buatmu segala
Setiap lafazku benarku rasa
Bukannya cerita di dalam lagu

Benar aku pernah
Menyakitimu walau ku terluka
Sedangkan kau tetap selalu berada
Di sisi menemani oh diriku

Maafkanlah semua keterlanjuranku kepadamu
Tak bisa ku membuang semua yang kau cipta
Untuk diriku yang selalu mendustai
Perasaan yang sedang ku rasa

Sungguh aku kesali
Biarkan dirimu separuh mati
Sedangkan ku tahu semua sendiri
Kau teruskan jua walau disakiti

Maafkanlah semua keterlanjuranku kepadamu
Tak bisa ku membuang semua yang kau cipta
Untuk diriku yang selalu mendustai
Perasaan yang sedang ku rasa

Setiap kali aku cuba menjauh
Lebih dekat kau hadir
Biarku undur kau terus setia
Setulus kasih yang kau berikan

Maafkanlah semua keterlanjuranku kepadamu
Tak bisa ku membuang semua yang kau cipta
Untuk diriku yang selalu mendustai
Perasaan yang sedang ku rasa

Thursday, June 12, 2014

Floria Putrajaya 2014

Festival Bunga & Taman - Floria Putrajaya 2014 yang dinanti-nantikan akan tiba lagi bermula pada Sabtu ini 14 Jun hingga Ahad depan 22 Jun 2014 selama sembilan hari. Bertemakan "Pesona Warna", Floria Putrajaya mempamerkan pelbagai spesis bunga yang disusun atur dalam taman-taman yang direka khas.

Memandangkan ini adalah kali ketujuh festival ini diadakan maka terdapat pelbagai acara menarik dan kelainan ditonjolkan antaranya reka bentuk taman mengikut tema seperti Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia dan Taman Piala Dunia. 

Selain itu, terdapat Bazar Tanaman dan Pasar Hortikultur yang akan menjual segala keperluan perkebunan dan tumbuh-tumbuhan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, pertandingan fotografi, acara hiburan dan pertunjukan fesyen.

Floria Putrajaya akan berlangsung di Pesisiran Presint 4 Putrajaya mulai 14 hingga 22 Jun, dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam (Isnin - Khamis) dan 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam (Jumaat - Ahad).

Jom beramai-ramai kita ke sana menikmati keindahan dan warna-warni flora!

Wednesday, June 4, 2014

Aku Tanpa Cinta Mu [Mirwana feat Jay Jay]




Telah ku mungkiri janjiku lagi 
Walau seribu kali 
Ku ulang sendiri 
Aku takkan tempuh lagi 
Apakah kau terima cintaku lagi 
Setelah ku berpaling 
Dari pandanganMu 
Yang kabur kerna jahilnya aku 

Mengapa cintaMu tak pernah hadir 
Subur dalam jiwaku 
Agarku tetap bahagia 
Tanpa cintaku tetaplah 
Kau di sana 
Aku tanpa cintaMu 
Bagai layang-layang terputus talinya 

Telah ku mungkiri janjiku lagi 
Walau seribu kali 
Ku ulang sendiri 
Aku takkan tempuh lagi 
Apakah kau terima cintaku lagi 
Setelah ku berpaling 
Dari pandanganMu 
Yang kabur kerna jahilnya aku 

Masihkah ada sekelumit belas 
Mengemis kasihMu Tuhan 
Untukku berpaut dan bersandar 
Aku di sini kan tetap terus mencuba 
Untuk beroleh cintaMu 
Walau ranjaunya menusuk pedih

Tuesday, June 3, 2014

Senarai Semak Barang-Barang

Borang senarai semak barang-barang yang nak dibawa masa trip adalah satu perkara yang amat penting.
Dengan adanya borang ini takdelah kita mengalami situasi tertinggal barang, terkurang atau terlebih bawa barang.

Aku jumpa borang checklist ni di google.
Sangat lengkap ok...jadi aku nak kongsikan di sini. 
Silalah download.


Merancang Percutian

Sama ada bercuti di dalam negara atau di luar negara, rancanglah percutian anda sebaik-baiknya.

1. Pilihlah hari biasa bukan hari minggu.
- Kebanyakan pusat peranginan dan tempat tumpuan pelancong akan dibanjiri ribuan pengunjung dan ini akan menyebabkan kesesakan.
- Tempat penginapan juga adakalanya "fully booked".
- Caj yang dikenakan untuk sebuah bilik adalah lebih mahal berbanding pada hari biasa.

2. Pastikan peruntukan kewangan mencukupi bagi percutian yang dipilih.
- Tambang pengangkutan ke tempat lawatan.
- Duit shopping/tiket tempat lawatan.
- Duit makan.
- Duit contingency - penting sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

3. Buat survey mengenai tempat lawatan.
- Ketahui lokasi menarik yang boleh anda lawati serta jam berapa ia dibuka dan ditutup untuk pengunjung.
- Dapatkan info jika di kawasan yang sama/berdekatan terdapat beberapa lokasi menarik yang boleh dikunjungi. Ini dapat menjimatkan masa dan wang anda.
- Ketahui pengangkutan awam yang digunakan. Semak juga dengan hotel jika mereka ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa.
- Semak ramalan kaji cuaca semasa tempoh lawatan. Bawa pakaian yang bersesuaian dengan keadaan cuaca.
- Semak perbezaan waktu dan waktu solat negara yang dilawati (luar negara).

4. Passport & Visa (percutian luar negara).
- Tempoh sah laku passport ialah tidak kurang 6 bulan dari tarikh tamat.
- Dapatkan visa bagi negara yang memerlukannya seperti China.

5. Pastikan dokumen-dokumen & barang-barang penting dibawa.
- Kad pengenalan/passport/visa.
- Matawang asing(tempatan & USD)/cek kembara.
- Handphone & international adaptor.
- Kamera.
- First aid kit/ubat-ubatan peribadi.

Tugasan Pertama Sebagai Tour Leader

16 - 20 Nov 2011 (Rabu-Ahad), tugasan pertama aku sebagai Tour Leader ke Jakarta + Puncak + Bandung mewakili syarikat POTO Travel & Tours Sdn Bhd...deborr wehh....
Ahli rombongan seramai 17 orang daripada 7 buah keluarga termasuk ayah dan adikku. Memandangkan ini tugasan pertama aku ke luar negara, jadi sambil bawa mereka berjalan-jalan dapatlah ayah dan adik menemaniku di samping mengetahui tugasan yang aku lakukan.

Hari pertama: Bersedia berlepas dengan penerbangan KLM dari Kuala Lumpur ke Jakarta...

Alhamdulillah, rombongan selamat tiba di  Jakarta. Kami disambut oleh Pak Ali, Tour Guide yang akan bersama-sama kami sepanjang tempoh lawatan ini.




Tiada aktiviti lawatan sebab hari pun dah malam. Yang ada ialah aktiviti mengisi perut. Lepas makan malam terus ke Hotel Gren Alia Cikini, tidur satu malam sebelum bertolak ke Bandung pagi esoknya.

Hari kedua: Aktiviti lawatan bermula. Rombongan bertolak ke Bandung melalui Puncak untuk melawat Safari Park dan membeli ole-ole di Bogor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui jalan berbukit dan berliku-liku.

Pak Ali tak henti-henti berceloteh, bercerita tentang sejarah dan kisah dongeng di daerah ini.





Di Safari Park, haiwan-haiwan ini tidak berada di dalam kandang sebaliknya dibiarkan bebas berkeliaran. Jadi kita dapat melihat haiwan-haiwan ini dari jarak dekat iaitu dari dalam bas. Kita tidak dibenarkan turun demi keselamatan. Peserta dapat merasai sendiri pengalaman memberi makanan kepada haiwan-haiwan yang tidak berapa ganas seperti kuda belang ini. Makanan yang diberi ialah lobak merah yang ada dijual di sepanjang jalan menuju ke Safari Park.



Nampak tak apa ada kat dalam air tu?

Amboi, berlagak betul orang utan ni kan dapat hisap rokok. Nak tau, siap terbatuk-batuk lagi dia..comel betul...


Sebelum meneruskan kembali perjalanan, rombongan kami singgah di masjid untuk solat jamak. Eh, apa yang dorang dok buat tu? Haa, sebenarnya kat situ ada parit @ kolam kecil dan airnya separas buku lali.. Kita kena lalu kat situ sebelum naik tangga masjid.. Kiranya kena bersihkan kaki dulu la..Kasut dah simpan awal-awal di tempat penyimpanan khas di sebelah kanan.


Singgah makan tengahari di tebing bukit. Di bawah tu ada ladang teh.

Membeli manisan dan keropok sebagai ole-ole untuk dibawa pulang. Perjalanan kemudiannya diteruskan menuju ke Bandung.

Akhirnya rombongan kami tiba di Bandung dan terus menuju ke Donatello Jl Dago...It's shopping time!!
Dari satu kedai ke satu kedai ahli rombongan sibuk mencari apa yang diingini.




Jalan agak macet sebab masa ni orang balik dari kantor ye buk!

Selesai membeli-belah terus ke restoran untuk makan malam dan kemudian check in di Hotel Sukajadi.


Hari ketiga: Kami melawat Tangkuban Parahu iaitu kawasan kawah gunung berapi yang masih aktif.
Suhu pada waktu ini sejuk berangin tapi masih boleh bertahan tanpa memakai jaket.




Terdapat deretan gerai yang menjual pelbagai barangan dan cenderahati.



Aktiviti membeli-belah lagi, kali ni di Rumah Mode. Agak lama di sini sebab pada masa ini dah masuk waktu solat Jumaat. Yang perempuannya membeli-belah sementara menunggu yang lelakinya selesai solat.


Solat sudah berbelanja pun sudah. Makan tengahari pulak ...isi perut dulu..sekejap lagi nak sambung jalan-jalan lagi...berbelanja lagi! Ke mana? Ke Pasar Baru pula...


Selamat pagi semua!
Hari keempat lawatan. Check out hotel, jalan-jalan pastu terus ke Jakarta semula.

 Melawat Taman Mini Indonesia Indah.


Solat jamak di masjid yang terletak di atas bumbung Tanah Abang. Kemudian membeli-belah lagi.


Selesai berbelanja kami menuju ke Dataran Medan Merdeka untuk melihat Tugu Monas iaitu sebuah tugu peringatan yang dibina bagi memperingati perjuangan rakyat Indonesia dalam merebut kemerdekaan dari pemerintahan Belanda.


Hari terakhir di Jakarta kami melawat Masjid Istiqlal dan solat jamak di sini. Masjid ini merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara yang dapat menampung 200,000 jemaah dalam satu masa. Pada hari kebesaran umat Islam seperti Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha, presiden Indonesia akan mengadakan kegiatan keagamaan di masjid ini yang disiarkan secara langsung di televisyen.





Terima kasih kepada Pak Ali dan Pak Saryo yang banyak membantu sepanjang lawatan kami di Jakarta Bandung. Semoga kita dapat ketemu lagi ye pak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...