Saturday, January 22, 2011

Kata-kata Tokoh Islam

Dari Abu Bakar as-Shiddiq Radiallahuanhu:
Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban.

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

-------------------------------------------------------------------------------------

Dari Umar bin al-Khattab Radiallahuanhu:
Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil.

1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

-------------------------------------------------------------------------------------

Dari Uthman bin Affan Radiallahuanhu :
Khalifah Ketiga, Malaikat Berasa Malu Kepadanya.

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
- Hatinya selalu berniat suci.
- Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
- Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
- Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah.
- Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

-------------------------------------------------------------------------------------

Dari Ali bin Abu Thalib Radiallahuanhu:
Khalifah Keempat, Singa ALLAH Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh ALLAH.

1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'.
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8. Barangsiapa yang banyak bicara,maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya,bererti dia tidak wara',sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.

-------------------------------------------------------------------------------------

Dari Umar Bin Abdul Aziz :
Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah; Khalifah Yang Agung.

1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.
4. Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya.Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat.Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah.
5. Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat menggoda.Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari.Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya.
6. Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia,padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan ALLAH Subhana wa Ta'ala dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat.
7. Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka,kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira?Saya berlindung kepada ALLAH Subhana wa Ta'ala daripada perbuatanyang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri.Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku.Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin.
8. Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat.Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur,jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak.Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka?Kamu akan memasuki salah satu daripadanya.
9. Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya:
"Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga.Jarak pemisah antara keduanya adalah mati.Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang".

-------------------------------------------------------------------------------------

Dari Suffian Bin Unaiyah:
1. Dua perkara yang paling susah sekali mengubatinya iaitu meninggalkan loba (tamak) untuk manusia dan mengikhlas amal untuk ALLAH.
2. Siapa yang ditambah akalnya kuranglah rezekinya.
3. Zuhud didunia ialah sabar dan menunggu - nunggu kedatangan mati.
4. Ilmu itu jika tidak memberi munafaat padamu maka dia akan memberi mudharat padamu.
5. Tidak dianggap orang yang menuntut ilmu sebagai orang yang berakal
hingga ia melihat dirinya hina dari sekelian manusia.

-------------------------------------------------------------------------------------

Dari Amru Bin Ash Radiallahuanhu :

Lelaki adalah terdiri dari tiga kategori:
- Lelaki yang sempurna
- Lelaki yang bersifat separuh lelaki
- Lelaki yang tidak bersifat lelaki

Lelaki yang sempurna adalah lelaki yang disempurnakan oleh ALLAH agama dan akalnya,apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan,dia sentiasa meminta pandangan daripada orang-orang yang mempunyai pandangan menyebabkan dia sentiasa membuat keputusan yang tepat.

Manakala lelaki yang bersifat separuh lelaki pula adalah lelaki yang tidak disempurnakan oleh ALLAH agama dan akalnya,apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan,dia tidak meminta pandangan daripada sesiapapun sebaliknya dia berkata:"Sesiapa sahaja aku boleh mengikuti dan menggunakan pandangannya mengikut kesesuaian",menyebabkan kadangkala dia membuat keputusan yang tepat dan kadangkala dia membuat keputusan yang salah.

Adapun lelaki yang tidak bersifat lelaki pula ialah lelaki yang tidak mempunyai agama dan akal fikiran sedikitpun menyebabkan dia sentiasa membuat tindakan yang silap.

Kemudian Amru berkata: "Demi ALLAH! Sesungguhnya aku akan meminta pandangan daripada sesiapa sahaja mengenai sesuatu perkara walaupun daripada pembantu aku."

-------------------------------------------------------------------------------------

Dari Imam As Syafie:

1. Barangsiapa mengkehendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama' melainkan kefakiran dan memadai apa yang ada dan redha dengan keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua sebab sesudah menjadi ketua,tiada jalan lagi buat kamu mencari pengetahuan.
4. Orang yang berakal ialah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat mazmumah (keji).
5. Barangsiapa menyukai ALLAH menutupi baginya dengan kebaikan maka ia hendaklah bersangka baik dengan manusia.

-------------------------------------------------------------------------------------

Dari Imam Malik:

1. Bukanlah ilmu itu dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang ALLAH letakkan di dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajiblah di atas orang yang menuntut ilmu bahwa dia memiliki kebesaran,ketenangan dan ketakutan.

-------------------------------------------------------------------------------------

Dari Imam Abu Hanifah:

1. Tidak sekalipun aku shalat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar. (murid-muridnya).
2. Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia.Tidak ku dapati seorangpun yang mengampunkan kesalahanku.Tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya.Tidak ada yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa aman darinya bila dia murka kepadaku.Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah perkara yang besar-besar.
3. Telah sampai berita kepadaku, bahwa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak.

-------------------------------------------------------------------------------------

Dari Imam Ahmad:

Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil mata benda dunia di atas ilmunya.

-------------------------------------------------------------------------------------

Dari Hasan Al Banna:

Saudaraku...
Janganlah engkau putus asa,kerna putus asa bukan akhlak seorang Muslim.
Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin,dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok.Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita,meski fenomena-fenomena kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka.Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

-------------------------------------------------------------------------------------

Dari ‘Aisyah Binti Abu Bakar Radiallahuanhuma:

Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang.

1 comment:

Arif said...

Alhamdulillah..Perkongsian terbaik untuk muhasabah & renungan bersama..Tme ksh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...