Syabil anak buahku yang berumur 4 tahun sangat bijak..dah kenal huruf dan objek apa..contohnya A for Apple gitu..ada cerita sikit pasal english language ni...he3...
Cerita 1:
Uncle Aap: Syabil, M for what?
Syabil: M for you...!
Uncle Aap: Haaa.. M for you..?
(sambil terpinga-pinga lalu teringat....)
Oooo... M4U....(1M4U)
Cerita 2:
Ibu: Syabil, pisang dalam english apa?
Syabil: Oh My English!
Seseorang bisa menjadi ilham untuk kita berbicara. Sesuatu bisa menjadi ilham untuk kita berkata-kata. Dan ia mampu menjadi penyuntik semangat untuk kita meneruskan kehidupan.
Thursday, December 6, 2012
Thursday, November 29, 2012
Rukun Islam: Lima Perkara
Rukun Islam terdiri daripada lima perkara yang wajib ditaati iaitu:
- Mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan haknya.
- Menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam.
- Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.
- Menunaikan zakat.
- Mengerjakan haji di Mekah bagi mereka yang berkemampuan.
Thursday, November 1, 2012
Memohon Rezeki
Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia;
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia;
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikan MU,
dengan rahmat MU wahai Yang Maha Pengasih.
Friday, August 17, 2012
Syukur Atas Nikmat Mu
Iklan Raya 2012 dari Bernas ini sangat menyentuh kalbu semua orang yang menontonnya. Dalam keadaan serba kekurangan, Ahmad dan Fizi masih mampu tersenyum dan terus berusaha mencapai matlamat.
Bersyukurlah kita yang sempurna pancaindera, ada rumah, ada keluarga...
Dan redhalah atas setiap kekurangan atau kehilangan kerana sememangnya setiap yang ada di bumi ini tidak akan kekal selamanya....
Buat adik Ahmad dan Fizi, semoga ALLAH merahmati kalian.
Tuesday, August 14, 2012
Wednesday, July 18, 2012
Hijau...
Warna kegemaranku ialah HIJAU dan aku sangat-sangat suka dengan warna ini...kebanyakan barang-barangku berwarna hijau antaranya ialah.....tengoklah sendiri kat bawah ni...
Sejak dari kecil lagi aku dah memang suka warna hijau...masa sekolah rendah dulu pun, rumah sukan aku ialah rumah hijau...naik sekolah menengah pun sama jugak...best..best... Aku kan suka stationery, bila ada warna hijau je mesti aku beli gak...tengoklah gambar tu...gunting, stapler dan bullet pun warna hijau...
Banyak lagi tau barang aku yang berwarna antaranya tuala mandi, hanger, sejadah, Al-Quran....Hari tu aku ada beli calculator hijau muda..baru ni pulak aku beli back pack hijau gelap dan Blossom Collection. Yang paling ntahapahapantah kan...aku guna syampu Sunsilk semata-mata sebab botol dia hijau..hahaha...
Korang suka warna apa? Cer citer..cer citer....
(>___<)
Friday, July 6, 2012
Celaru
Fikiran celaru..buntu...seperti hilang arah..seperti tidak tahu apa-apa...
Blur katanya...
Seperti anak kecil yang perlukan bimbingan ibu ayah..
Seperti orang sesat jalan yang perlukan kompas untuk kembali ke arah yang betul..
Seperti duduk dalam kegelapan yang tak nampak satu apa pun cahaya..
Kenapa..? Kenapa..?
Ahhh...aku tiada jawapan..
Aku tidak boleh berfikir dengan waras tika ini...
Yang aku dapat rasakan..mungkin...
Kerana kau telah jauh dari TUHAN mu..
Kerana kau telah lama abaikan tanggungjawabmu..
Kerana kau lupa pada ayah ibu mu..
Jangan lengah lagi..kembali lah sebelum kau tersesat jauh..
Kembali lah selagi masih ada masa...
----------------------

Wednesday, June 27, 2012
Yang....
Yang singkat itu waktu
Yang menipu itu dunia
Yang dekat itu mati
Yang besar itu hawa nafsu
Yang berat itu amanah
Yang sulit itu ikhlas
Yang mudah itu berbuat dosa
Yang susah itu sabar
Yang sering lupa itu bersyukur
Yang membakar amal itu mengumpat
Yang mendorong ke neraka itu lidah
Yang berharga itu iman
Yang mententeramkan hati itu teman sejati
yang ditunggu ALLAH swt itu taubat.
[Imam Al-Ghazali]
Tuesday, June 12, 2012
Demi Matahari [Snada]
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah.

**terjemahan lagu dari surah As-Syams**
Friday, May 11, 2012
Harapan [Hyper Act]
Bicara mimpi itu,
Mengheret ku ke dasar,
Gelap tangannya menggapai tangan ku.
Dan munculnya dirimu,
Dipinggir laman itu,
Hangatmu menyambut ku kembali,
Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo..
Harapan..
Harapan menjadi layu,
Ingin ku bahgia bersama,
Menjadi kenangan,
Memburu impian masa kita
Selamanya..
Dan angin kan memanggil,
Bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji,
Mungkin seketika,
Ku merasa cintanya,
Bagai dibelai mimpi sempurna
Dan taman ini,
Tak bererti dan bersemi,
Tiada indah tanpamu disini.
Dan ku jejaki,
Walaupun hanya secebis rindumu Ooo..
Harapan..
Harapan menjadi layu,
Ingin ku bahgia bersama,
Menjadi kenangan,
Memburu impian masa kita
Selamanya..
Solo. C/O
Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya.
Mengheret ku ke dasar,
Gelap tangannya menggapai tangan ku.
Dan munculnya dirimu,
Dipinggir laman itu,
Hangatmu menyambut ku kembali,
Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo..
Harapan..
Harapan menjadi layu,
Ingin ku bahgia bersama,
Menjadi kenangan,
Memburu impian masa kita
Selamanya..
Dan angin kan memanggil,
Bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji,
Mungkin seketika,
Ku merasa cintanya,
Bagai dibelai mimpi sempurna
Dan taman ini,
Tak bererti dan bersemi,
Tiada indah tanpamu disini.
Dan ku jejaki,
Walaupun hanya secebis rindumu Ooo..
Harapan..
Harapan menjadi layu,
Ingin ku bahgia bersama,
Menjadi kenangan,
Memburu impian masa kita
Selamanya..
Solo. C/O
Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya.
Monday, April 23, 2012
Pakaian Dalam Islam
Dalam membicarakan soal pakaian
wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu
mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i.
Pakaian itu hendaklah menutup aurat
ii.
Pakaian itu hendaklah longgar, tidak
sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan
Usamah bin Zaid pernah menceritakan
bahawa Rasulullah SAW telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang
tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan Rasulullah SAW pula
menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid), untuk dibuat
pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari Rasulullah SAW
bertanyakan Usamah: “kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?”. Usamah menjawab: “saya telah berikan kepada isteri
saya”. “suruhlah isterimu mengalaskan
kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain
Qibtiah itu tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang
badan isterimu (bentuk tubuh isterimu)”.
iii.
Pakaian itu diperbuat daripada kain
yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh
badan
iv.
Selain dari itu, pakaian wanita
hendaklah dibuat daripada kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga
melekat di tubuh hingga membayang kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain
tersebut boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya
v.
Pakaian itu tidak berbentuk hiasan
yang boleh menarik perhatian orang melihatnya
vi.
Pakaian itu tidak menyerupai pakaian
lelaki
Abu Hurairah RA telah meriwayatkan; maksudnya: Rasulullah SAW telah melaknat orang-orang
lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan berpakaian lelaki.
vii.
Pakaian itu bukan melambangkan
kemegahan dan bukan untuk berhias-hias atau ditambah dengan haruman semerbak
Abu Hurairah RA telah meriwayatkan; maksudnya: Rasulullah
SAW bersabda maksudnya: “sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian
melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia
dikira berzina”.
viii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau
musyrik
Dengan memakai pakaian yang menutup
aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan
sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap
wanita.
Wanita yang menutup aurat dan
berpegang teguh dengan ajara Islam akan mendapat keredhaan ALLAH SWT dan lelaki
akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang
tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
Thursday, April 19, 2012
Ramalanmu Benar Belaka
Walaupun tidak bersalah, Nabi Yusuf tetap dipenjarakan. Berkemungkinan ia dibuat sebagai menutup kesalahan yang telah dilakukan oleh isteri kepada Al-Aziz itu. Nabi Yusuf tetap redha. Baginya, itulah satu-satunya cara terbaik untuk keluar dari kemelut fitnah yang melanda dirinya.
Secara kebetulan, Nabi Yusuf ditempatkan di dalam bilik penjara bersama dua orang pemuda yang baru saja menjalani hukuman. Mereka adalah seorang tukang masak dan seorang penghidang minuman diraja. Atas kesalahan apa mereka dipenjarakan?
Ya, mereka disyaki menerima rasuah daripada Raja Rom untuk meletakkan racun di dalam minuman dan makanan Raja Mesir ketika itu. Hanya tukang masak yang bersetuju mengkhianati Raja Mesir sebaliknya tukang penghidang minuman tidak sanggup.
Meskipun penghidang minuman itu menolak rasuah dan melaporkan perkara yang benar kepada raja, dia tetap dipenjarakan bersama tukang masak itu. Walaupun terasa seperti tidak adil, dia terpaksa akur.
Menjalani kehidupan seharian di penjara, kedua-dua pemuda ini mendapat tahu Nabi Yusuf pandai mentafsir mimpi. Maka mereka sengaja ingin menduga kebolehan Nabi Yusuf.
Tukang memberi minum itu berkata, “Aku bermimpi melihat tiga buah bejana dan mangkuk dari emas. Aku memerah anggur dan memasukkannya ke dalam bekas itu. Lalu aku membuat minuman khamar dan berikan kepada raja. Apakah maksud mimpiku itu wahai Yusuf?”
Belum sempat Nabi Yusuf menjawab, tukang masak diraja pula bertanya, “Wahai Yusuf, aku pula bermimpi diriku sedang memikul bakul roti di atas kepalaku. Tidak lama kemudian, datanglah burung-burung lalu memakan roti di atas junjunganku. Apakah maknanya jika kau memang benar pentafsir mimpi?”
Nabi Yusuf terdiam seketika. Kemudian dia menjawab dengan tenang, “Jika kutafsirkan, kalian mesti menerima kenyataan ini dengan hati terbuka. Salah seorang daripada kalian akan memberikan minuman untuk tuannya dan seorang lagi akan disalib.” Kedua mereka merasa terkejut. Siapakah yang akan hidup dan siapa pula yang akan mati?
Kerana ketakutan, salah seorang dari mereka mengaku berbohong dan jika begitu, ramalan Nabi Yusuf sudah pasti tersasar. “Tidak, telahku ramal mimpimu dan itulah yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT,” tegas Nabi Yusuf lagi.
Seperti yang dijangka, tidak lama kemudian, pegawai penjara datang dan membawa tukang masak diraja pergi. Amat malang sekali, tukang masak diraja itu dijatuhkan hukuman dan disalib sehingga mati. Tukang penghidang minuman pula hanya dibiarkan berada di dalam penjara bersama Nabi Yusuf selama tiga hari.
Kemudian, lelaki itu dibawa keluar dan diberi pengampunan. Lebih dari itu, dia diberikan pakaian yang cantik dan dianugerahkan semula jawatannya sebagai menghargai kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi kepada Raja Mesir. Maka, memang benarlah ramalan yang dibuat oleh Nabi Yusuf dan sesungguhnya dia Nabi yang diberi keistimewaan mentafsir mimpi.

Tuesday, March 20, 2012
Terukir Di Bintang [Yuna]
Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Thursday, March 15, 2012
Mimpi-mimpi Rasulullah SAW
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah lah.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Sesunguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN pada malam kelmarin....
* Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATAN KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA.
* Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.
* Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA kepada Allah.
* Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan itu.
* Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA memberi minum hingga ia merasa puas.
* Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.
* Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.
* Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.
* Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
* Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke merata tempat, maka datanglah pahala AMAR MA'RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat rahmat.
* Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.
* Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.
* Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu menekan timbangan hingga menjadi berat.
* Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia jauh dari tempat itu.
* Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya.
* Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya.
* Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya.
* Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu muncullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan diapun memasukinya.
* Aku melihat ramai orang sedang meggunting lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka membawa mulut kesana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.

Friday, March 9, 2012
Flower Page - Blue Green
Sweet Box - Green
Friday, March 2, 2012
Friday, February 24, 2012
Aku Adalah Aku
Pernah aku terfikir untuk menjadi seperti Hawa, seorang teman yang agak mewah kehidupannya. Minta apa saja daripada ibu ayah insyaALLAH dapat apa dihajatinya...Tapi aku bukan Hawa, aku adalah aku....
Pernah juga aku terfikir untuk menjadi seperti Munirah, seorang teman yang cantik dan manis wajahnya. Semua orang mahu berkawan dengannya...tapi aku bukan Munirah, aku adalah aku...
Pernah jua aku terfikir untuk menjadi seperti Mieza, seorang teman yang bijak dan pandai. Semua orang menyenanginya...Tapi aku bukan Mieza, aku adalah aku...
Aku tidak mewah, aku tidak cantik malah aku juga tidak bijak seperti Hawa, Munirah dan Mieza. Aku insan biasa-biasa sahaja. Tiada kemewahan untuk dibangga, tiada kecantikan untuk ditonjolkan dan tiada ilmu setinggi langit.
Lama........................
Baru kusedar kemewahan itu bukan untuk semua orang...Kecantikan itu bukan untuk semua gadis...Kebijakan itu bukan untuk semua insan....Namun dengan sedikit kelebihan dan kekurangan; dengan pelajaran, pengalaman dan pergaulan; dengan keikhlasan dan kejujuran...segalanya akan datang sendiri.
Kerana...............
AKU ADALAH AKU....
Wednesday, February 22, 2012
Harta Itu Milikku?
Cuba lakukan beberapa perkara berikut:
Namun sedarkah kita bahawa kita tidak pernah memiliki apa-apa kerana semua itu milik Allah yang hanya dipinjamkan sementara dan kita hanya pentadbirnya? Buktinya...semua harta itu tidak mampu dibawa bersama saat kita meninggalkan dunia ini, apatah lagi untuk dimanfaatkan.
Apa milik Kita?
Milik kita hanyalah apa-apa yang kita berikan atau sedekahkan.
Sesuatu harta itu hanya akan menjadi milik kita setelah kita mnafaatkannya untuk kebaikan akhirat, bukan sesuatu yang disimpan di dunia.
Jika hari ini dicongak jumlah duit atau harta yang disedekahkan pada jalan Allah, berapakah agaknya jumlahnya?
Renung-renungkanlah.....
- Lihat duit tunai yang ada dalam dompet. Berapakah jumlah yang ada di dalam dompet itu?
- Lihat buku akaun simpanan bank atau penyata akaun simpanan. Berapakah jumlah yang tertera pada baki akhir di situ?
- Selak pula penyata simpanan amanah saham atau pelaburan dalam unit trust, berapakah jumlahnya kini?
- Lihat rumah yang kita diami kini. Jika rumah itu dibeli atau dibina dengan hasil titik peluh sendiri, berapakah nilai semasanya kini?
- Apa lagi harta yang dimiliki? Tanah, rumah sewa, kedai yang disewakan, barang kemas atau mungkin juga aset syarikat?
Namun sedarkah kita bahawa kita tidak pernah memiliki apa-apa kerana semua itu milik Allah yang hanya dipinjamkan sementara dan kita hanya pentadbirnya? Buktinya...semua harta itu tidak mampu dibawa bersama saat kita meninggalkan dunia ini, apatah lagi untuk dimanfaatkan.
Apa milik Kita?
Milik kita hanyalah apa-apa yang kita berikan atau sedekahkan.
- Jika semalam kita mendermakan RM1.00 kepada peminta sedekah, maka RM1.00 itulah milik kita.
- Jika hari ini kita ada menyumbangkan sebuah Al-Quran atau sepasang telekung solat untuk sebuah masjid, maka itulah aset milik kita.
- Jika kita memberikan nafkah kepada ahli keluarga, maka itulah juga harta milik kita.
Sesuatu harta itu hanya akan menjadi milik kita setelah kita mnafaatkannya untuk kebaikan akhirat, bukan sesuatu yang disimpan di dunia.
Jika hari ini dicongak jumlah duit atau harta yang disedekahkan pada jalan Allah, berapakah agaknya jumlahnya?
Renung-renungkanlah.....
Tuesday, February 21, 2012
Hooray, Dia Kembali Lagi...!!!
Dari 27 April hingga 6 Mei 2012
selama 10 hari
Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Jom simpan duit dan senaraikan bahan bacaan yang nak dibeli.
Ada diskaun, ada free gift, ada macam-macam lagi...!!!
JOM, JOM, JOM!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)