Saturday, October 2, 2010

Kejayaan VS Kegagalan

Kejayaan harus diperolehi daripada kerja keras. Kejayaan yang diperolehi melalui nasib kebanyakannya tidak akan kekal – WJ Brown

Suatu kegagalan tidak lain hanya menunjukkan bahawa kemampuan kita untuk mencapai kejayaan adalah tidak cukup kuat – Bovee

Kejayaan tidak selamanya kekal dan kegagalan bukanlah satu pengakhiran

Gagal dalam kemuliaan lebih baik daripada menang dalam kehinaan – Walter B. Pitkin

Kekurangan kepercayaan kepada diri sendiri seringkali menjadi penyebab kegagalan manusia – Pouw Kioe An

Ada dua orang yang paling gagal dalam hidupnya: Orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apabila disuruh – Luqman al-Hakim

Tidak ada usaha yang gagal, kegagalan adalah usaha untuk mencapai kemenangan – Hamka

Kegagalan tidak akan menghampiri seseorang jika dia sendiri tidak mengakuinya – Josephus Daniels

Kejayaan itu perlu dikongsi bersama teman hidup sejati. Barulah hidup lebih bermakna, barulah senyum secantik bunga – Pujangga

Yang paling sukar tentang kejayaan ialah anda perlu menjadi insan yang berjaya – Irving Berlin

2 comments:

miss beyond said...

salam.. Nice quotes k.wawa. Kalo ada buku hitam wise word dgn sy ni skrg dah tentu sy salin semua.. Will copy later.

Azwa Saini said...

salam, tq tz. dlm dok collect wise word ni, ada gak terasa kena kt btg idung sndiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...