Sunday, September 13, 2009

Salam Aidilfitri 1430H

Hari berganti hari..diam tak diam Ramadhan bakal meninggalkan kita. Rasa seperti baru semalam mula berpuasa..

Ucapan Salam Aidilfitri..Maaf Zahir Batin buat kawan-kawan dan pembaca blog aku.

Berhati-hati di mana saja anda berada..di jalan raya, di dapur, di laman rumah, di surau, di kedai atau di mana-mana..bukan mendoakan yang buruk-buruk tapi kita perlu beringat sebelum terkena..bahaya ada di mana-mana, bila-bila boleh berlaku..

Kalau balik kampung, pastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan selamat..Pastikan suiz elektrik, paip air ditutup rapi.. Kunci pintu dan tingkap..mintak tolong jiran-jiran yang tak balik kampung tengok-tengokkan rumah kita..

Ziarah rumah keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan jiran-jiran. Jangan asyik menonton televisyen saja. Masa ni lah kita nak bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturrahim..bukan apa, aku dapat rasakan, di zaman canggih manggih ni, kita semakin jarang berjumpa dan bertemu mesra dengan kawan-kawan dan keluarga..Semuanya melalui internet saja..Budaya menghantar kad raya pun dah semakin pupus..

Maafkan saya sekali lagi..Maaf Zahir Batin ye..semoga kita dipanjangkan usia agar dapat bertemu sekali lagi dengan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang meriah...

Lapar

Kisah di bulan puasa

Cerita 1

Ayah Chik dan keluarga singgah di rumah Opah selepas terawikh...

Fazmi : Bapak, Abang Mi lapar la..
Ayah Chik : Abang Mi pegila sendiri kat dapur tu
Fazmi : Dapur tu gelap laa..ni kan rumah bapak jugak..Opah jaga bapak dulu..Bapak mesti tau suis lampu kat mana..

Cerita 2

Fazlin belajar di pra-sekolah. Pulang saja dari sekolah...

Fazlin : Ibu, kenapa cikgu tu malas sangat..Adake dia bagi air kotak dengan Apollo je..mana cukup...Alin pun bayar yuran jugak...

Cerita 3

Azam : Ibu, boleh tak kita saja-saja batalkan puasa? Azam nak makan Mamee ni, kalau tak nanti habis orang lain ambik...

Wednesday, September 2, 2009

Salam Ramadhan & Salam Kemerdekaan

Salam Ramadhan buat teman-teman semua...Salam Kemerdekaan juga...

Semoga kita beroleh keimanan, ketakwaan dan ketabahan dalam mengharungi bulan yang penuh barakah ini...Alhamdulillah, bulan puasa kali ini (setakat hari ini), cuaca sejuk, redup dan mendung sahaja..maklumlah hujan sepanjang hari..jadi tiada alasan untuk ponteng puasa, penat atau tak larat nak bekerja, berterawikh dan beribadat...

Shopping, shopping jugak..tapi ingat, kita perlu berjaga-jaga sepanjang masa..elakkan bersesak-sesak di tempat yang ramai orang untuk mengelak:

1. Penyebaran virus H1N1..pakai la topeng muka atau apa saja sebagai pelindung..elakkan memegang besi pemegang tangga, escalator, button lif etc tanpa pelapik atau sarung tangan.
2. Kejadian ragut..disebabkan leka dan ralit shopping, kita tak sedar yang pencopet ni aktif mencari mangsa...
3. Jangan bawak anak kecik shopping sama..takut hilang di tengah2 lautan manusia..tinggalkan je di rumah..kalau nak beli pakaian raya diorang, ambik ukuran siap2..
4. Pakai pakaian yang menutup aurat..ada jugak jenis manusia yg suka mengambil kesempatan meraba..ada yg sengaja jalan sebelah kita pastu buat2 terlanggar pulak..
5. Hati2 semasa penukaran duit baki dengan penjual..duit RM50 yg baru nampak sama sangat dengan duit RM1. Tengok dan periksa betul2 sebelum membuat pembayaran.

Lebih baik lagi kalau kita dapat buat persiapan awal. Lagi tenang dan senang...(hehehe..baju raya aku dah siap sebelum puasa lagi...). Perlu juga berjimat cermat..beli yg termampu, bersiap ala kadar..waktu berbuka masak sendiri..maklumlah..harga barang pun bukannya murah..

Oklah, akhir kata semoga kita semua merdeka dari godaan hawa nafsu..MERDEKA!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...