Ada sekali tu aku menonton Ugly Betty. Dalam episod ni Betty terpaksa bekerja keras untuk membayar sewa rumah yang tinggi..maklumlah tinggal kat bandar New York..Betty menyewa dengan Amanda, kawan sekerjanya. Bos Betty buat tawaran untuknya menulis artikel..kalau dapat sambutan baik, ia menjadi kolum tetap miliknya..
Betty perlu bekerjasama dengan Amanda..tapi dia tak suka sebab idea Amanda ialah untuk berbelanja tanpa membayar. Macamana tu? Hmm, Amanda membawa Betty ke tempat-tempat mewah, mencuba sampel-sampel produk, mengambil barang-barang percuma. Pada mulanya Betty tak bersetuju kerana merasakan ia sama seperti mencuri..tapi kakaknya menasihatinya untuk menikmati hidup walaupun seketika..Jangan asyik kerja sampaikan masa untuk diri sendiri terabai..
Malam itu, Betty betul-betul enjoy dengan apa yang dilaluinya sebelum mengetahui duit sewa bulan itu yang disimpan Amanda telah hilang (dompet Amanda dicuri)..
Amanda yang terasa bersalah cuba mengelak daripada bertembung dengan Betty di tempat kerja. Rupa-rupanya dia membuat kerja sambilan untuk menggantikan duit sewa bulan itu. Betty terharu dan dia pula yang terasa bersalah kerana menuduh Amanda cuai.
Pengajaran -
1. Walau sekuat manapun kita bekerja, perlu ada ruang dan masa untuk diri sendiri berehat, bersantai, berhibur, belajar atau apa saja. Nikmati hidup ini dengan seimbang..banyak perkara yang kita perlu terokai, perlu lihat dari semua sudut jendela, bukan satu saja..
2. Tanggungjawab dan kerjasama sangat penting tak kiralah samada dalam melakukan tugasan di pejabat ataupun di rumah..
3. Sikap memahami dan bertolak ansur di antara satu sama lain juga penting supaya tidak timbul pergaduhan di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment