Wednesday, April 29, 2009

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a..w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata,

"Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!"

Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah: "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda: "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."


BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w.:

"Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?"

Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu: "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata:

"Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: "Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."

Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita sama-sama
berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat : 208)

Imam 20 sen

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen..

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada
pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".


Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah.... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!".

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Wednesday, April 22, 2009

APA YANG KITA SOMBONGKAN - SATU CERMIN DIRI

"May this email provide a self-reflection for us, especially the sender. The article also touches a bit on Energy Received, Energy Return Aspiring People everywhere....which we should uphold dearly in our heart. Happy absorbing...."


APA YANG KITA SOMBONGKAN - SATU PENCERMINAN DIRI

M. Rian Rahardi

Seorang lelaki yang bertamu ke rumah seorang guru terpegun kehairanan ketika melihat Guru tersebut sedang sibuk bekerja; ia mengangkut air dengan timba dan membersih lantai rumahnya dengan bersungguh-sunguh. Peluhnya bercucuran. Menyaksikan keganjilan itu lelaki berkenaan bertanya, apa yang sedang Anda lakukan ?. Si Guru menjawab, tadi saya didatangi serombongan tetamu yang meminta nasihat. Saya memberikan banyak nasihat yang bermanfaat bagi mereka. Mereka pun nampaknya berpuas hati. Namun, setelah mereka pulang tiba-tiba saya merasa menjadi orang yang hebat. Kesombongan mula muncul dalam diri saya. Kerana itu, saya melakukan ini untuk membunuh perasaan sombong saya.

Sombong adalah penyakit yang sering menghinggapi kita semua, yang benih-benihnya terlalu kerap muncul tanpa kita sedari. Ia penyakit yang diwarisi dari Iblis dan disebarkan oleh tenteranya Syaitan dan ia kekal sehingga kita menemui ajal. Di peringkat terbawah, sombong disebabkan oleh faktor material. Kita merasa lebih kaya, lebih rupawan, dan lebih terhormat daripada orang lain. Di tingkat kedua, sombong disebabkan oleh faktor kecerdasan. Kita merasa lebih pintar, lebih kompeten, dan lebih berwawasan dibandingkan orang lain. Di tingkat ketiga, sombong disebabkan oleh faktor kebaikan. Kita sering menganggap diri kita lebih bermoral, lebih pemurah, dan lebih tulus dibandingkan dengan orang lain. Kita lupa bahawa sombong adalah hak ALLAH, kerana ALLAH MAHA SEGALANYA.Yang menarik, semakin tinggi tingkat kesombongan, semakin sukar pula kita mengesannya. Sombong kerana material sangat mudah terlihat, namun sombong kerana pengetahuan, apalagi sombong kerana kebaikan, amat sukar dikesan kerana ia seringkali hanya berbentuk benih-benih halus di dalam batin atau naluri kita.

Akar dari kesombongan ini adalah ego yang berlebihan. Pada tahap yang lumrah, ego menampilkan dirinya dalam bentuk harga diri (self-esteem) dan kepercayaan diri (self-confidence). Akan tetapi, apabila kedua hal ini berubah menjadi kebanggaan (pride), Anda sudah berada sangat dekat dengan kesombongan. Batas antara bangga dan sombong tidaklah terlalu jelas. Kita sebenarnya terdiri dari dua kutub, iaitu ego di satu kutub dan kesedaran sejati di kutub lain. Pada masa kita dilahirkan ke dunia, kita dalam keadaan telanjang dan tak punya apa-apa. Akan tetapi seiring dengan pembesaran dan waktu, kita mulai memupuk berbagai keinginan, lebih dari sekadar yang kita perlukan dalam hidup. Keenam-enam indra kita selalu mengatakan bahawa kita memerlukan lebih banyak lagi.

Perjalanan hidup manusia cenderung menggiringi kita menuju ke kutub ego. Ilusi ego inilah yang memperkenalkan kita kepada dualisme, ketamakan dan kebencian . Inilah akar dari segala permasalahan. Perjuangan melawan kesombongan merupakan perjuangan menuju kesedaran sejati. Untuk dapat melawan kesombongan dengan segala bentuknya, ada dua perubahan paradigma yang perlu kita lakukan.

Pertama, kita perlu sedar bahawa pada hakikatnya kita bukanlah makhluk fizik, tetapi makhluk spiritual. Kesejatian kita adalah spirituality, sementara tubuh fizikal hanyalah sarana untuk hidup di dunia. Kita lahir dengan tangan kosong, dan (ingat!) kita pun akan mati dengan tangan kosong. Kita yang mencorakkan fizikal.Justeru itulah adanya istilah patung bernyawa bagi mereka yang rosak spiritualnya.

Pandangan seperti ini akan membuatkan kita melihat semua makhluk dalam kesetaraan universal. Kita tidak akan lagi terkelabui oleh penampilan, label, dan segala sifat luaran lainnya. Yang kini kita lihat adalah kesan dalaman. Pandangan seperti ini akan membantu menjauhkan kita dari berbagai kesombongan atau ilusi ego.

Kedua, kita perlu menyedari bahawa apa pun perbuatan baik yang kita lakukan, semuanya itu semata-mata adalah juga demi diri kita sendiri. Kita memberikan sesuatu kepada orang lain juga demi kita sendiri. Dalam hidup ini berlaku hukum tenaga kekal . Energi yang kita berikan kepada dunia tak akan pernah habis. Energi itu akan kembali kepada kita dalam bentuk yang lain. Kebaikan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada kita dalam bentuk persahabatan, cinta kasih, makna hidup, maupun kepuasan batin yang mendalam. Jadi, setiap perbuatan baik kepada pihak lain, kita sebenarnya sedang berbuat baik kepada diri kita sendiri.

Kalau begitu, apa yang boleh kita sombongkan ?

Hukum Isteri Meleteri Suami

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet....." leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

----------------------------------------------

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "
Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: "
Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, "
Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, "
Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringandan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "
Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satupemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca
Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anakdan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: "
Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah..

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.


TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

Sunday, April 19, 2009

10 Fakta / Hobi Anda

'RULES'
-----------------------------
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di bawah untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
  • Pemberi award ini ialah Sha
  • 10 Fakta / Hobi Aku
  1. Suka sangat kraftangan, kalau boleh nak belajar semua jenis kraf (e'eh..sama ngn K. Sha pulak...)
  2. Suka mengumpul dan buat koleksi macam2..gelang@bangles, setem, poskad, pen..(boleh bukak muzium..)
  3. Suka menonton filem2 Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Ulang banyak kali pun tak pernah jemu walaupun dah tau ending dia..siap hafal dialog lagi..
  4. Suka mengumpul dan membaca majalah NUR. Buat koleksi dari isu pengenalan sampai sekarang. Siap berangan bila la aku nak jadi model NUR..ahakkss...(>_<)
  5. Suka membaca bukan sahaja isi kandungan tapi mesti baca semua dari kulit depan sampai kulit belakang (tajuk, nama pengarang, terbitan ke-berapa, nama pengedar, harga)...aduhh..penatnya...habit ni memang tak boleh nak buang walaupun dah cuba...
  6. Suka berangan depan cermin, cuba baju2 yang ada walaupun dah banyak kali pakai baju tu..(bukan apa..saja nak tau muat lagi ke tak..)
  7. Suka punggahkan barang2 pastu simpan balik, susun elok2..
  8. Kalau pergi shopping mall mesti cari kedai buku bahagian kraftangan dan motivasi, alatulis dan kertas..
  9. Suka warna hijau..tenang dan mendamaikan..
  10. Kalau tengok gambar, bukan setakat tengok objek yang diambil tapi tengok background sekali..nampakla macam2 objek yang enterframe..hehehe..
  • Penerima award seterusnya ialah....rasanya semua dah dapat kot..nampak gayanya takdela...

Saturday, April 18, 2009

Salam Rindu...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Maaf kerana aku lama menghilangkan diri daripada blog ini terutama daripada aktiviti Lovescrap. Kesibukan kerja menyebabkan aku tidak dapat fokus kepada aktiviti lain dan membahagikan masa sebaiknya. (Hmm, aku perlu belajar tentang pembahagian masa ni..). Namun, insyaAllah mulai bulan depan aku akan kembali semula menyemarakkan aktiviti di blog ini..Rindu sangat untuk bertemu kembali dengan teman-teman, untuk sama-sama menyumbang dan bertukar-tukar idea dan pendapat..rindu untuk menghasilkan puisi, kerjatangan, swapping dan segalanya..

Buat teman-teman dan pembaca blog aku..Tungguu......

Tuesday, April 14, 2009

Kejernihan Hati Hindari Perceraian

PERCERAIAN bukan perkara baru. Cuma yang ingin dibangkitkan ialah jumlah kesnya yang begitu membimbangkan, malah kadangkala pada satu masa kesnya tidak terkawal, seolah-olah wabak yang kian merebak. Statistik terbaru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan perceraian masyarakat Islam sebanyak 20,529 kes pada 2007, manakala kes rujuk (berkahwin semula dengan pasangan) hanya 2,511.

Perceraian pada dasarnya halal, tetapi ia adalah perkara halal yang paling dibenci Allah. Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud: "Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak." (Riwayat Abu Daud, al-Hakim, as-Suyuti dan Ibn 'Adiyy).

Bagi lelaki mudah untuk melafazkan cerai dan begitu juga wanita pantas meminta cerai apabila tidak sehaluan, tetapi suka atau tidak ia memberikan banyak kesan negatif.

Kebajikan anak mungkin terabai, malah perkembangan emosi mereka juga terbantut, membuatkan mereka hidup dalam tekanan dan kerana itu kadangkala mereka mencipta masalah sama ada di rumah atau sekolah. Wajah gembira mereka tidak mustahil semakin pudar, kerana kurangnya kasih sayang ibu bapa, sehingga selalu muram, tidak ceria dan kurang keyakinan untuk bergaul bersama rakan sebaya.

Justeru itu, pembentukan keluarga yang aman damai dan ideal harus menjadi idaman setiap pasangan. Dasar keimanan dan ketakwaan seharusnya digenggam setiap pasangan dalam mengharungi pancaroba kehidupan. Ini kerana iman dan takwa akan menerbitkan kesabaran yang tinggi terutama dalam menghadapi konflik rumah tangga dan tahap kesabaran juga secara langsung akan mempengaruhi emosi seseorang dalam membuat sesuatu keputusan pada saat kritikal.

Sabar boleh diertikan sebagai tabah menghadapi sesuatu keadaan yang amat tidak disenangi dan penyerahan sepenuhnya kepada Allah serta tidak berputus asa dalam menghadapi ujian kehidupan. Daripada persepsi lain, sabar ialah kesediaan untuk menerima, kemampuan dalam menghadapi masalah dan daya ketahanan diri serta fikiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Asas kepada kesabaran ialah emosi yang tenang dalam menghadapi segala macam konflik dalam diri, biasanya disebabkan hati. Selagi hati dan fikiran bersih, cetusan yang lahir juga menjurus kepada keadaan positif.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Ketahuilah dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik, baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim).Ketenangan emosi dan diri hanya boleh diperoleh jika mempunyai hubungan yang baik dengan Allah. Caranya ialah melalui amalan ibadat wajib dan sunat, manakala secara khususnya pula melalui zikir serta fikir. Zikir adalah ingat, iaitu melepaskan diri daripada lalai dan lupa dengan cara menghadirkan hati serta ingatan yang berterusan. Ingatan yang terbaik adalah ingatan kepada Allah.

"Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku)." (al-Baqarah:152).

Faedah berzikir begitu banyak, antaranya ialah ia akan membuatkan kerisauan hilang dari hati, dapat membersihkan hati yang kotor, malah membuatkan hati bertambah tenang. Dengan cara inilah tercetusnya emosi yang tenang dan dengan emosi yang tenang seseorang itu akan dapat mengawal kemarahannya. Secara tidak langsung, ia juga dapat mengawal emosinya dalam menghadapi konflik perhubungan dan pastinya dengan emosi yang stabil akan membuahkan hasil pemikiran yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Fikir pula adalah tafakur, iaitu antara nilai ibadat paling tinggi. Berfikir bukanlah semata-mata hanya kepada keadaan dilalui setiap hari, malah merangkumi segala perkara, membabitkan urusan dunia dan akhirat. "Dan pada bumi ada tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang yang yakin dan juga kepada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil dan bukti itu)?" (adz-Dzariyaat:20-21)

Menurut ahli sufi, tafakur adalah pelita hati dan jika tafakur itu hilang, tidak akan ada lagi pancaran dari hatinya. Selalu berfikir membuatkan hati seseorang itu bersih dan hati yang bersih dengan mudah dapat memutuskan sesuatu perkara walaupun berada dalam keadaan yang begitu mendesak.

Bibit perceraian akan timbul apabila pasangan berasakan tekanan atas perkongsian hidup terutama ketika terperangkap dalam konflik pendapat, walaupun pada permulaannya ia hanyalah bersifat tekanan perkongsian hidup yang normal. Bagaimanapun, kerana kurang peka terhadap masalah dan cara penyelesaiannya, ia akan menjadi lebih rumit serta konflik ini akan menjadi lebih berat sehingga mengakibatkan implikasi negatif dalam hubungan.

Justeru, penawar paling mujarab berdepan konflik ini tentunya zikir, fikir dan kesabaran, yang membentuk individu berfikiran matang, bertakwa dan beramal soleh, malah mendorong diri untuk mentauhidkan Allah dalam setiap sudut hidupnya.

Penulis ialah pensyarah UiTM Terengganu.

Monday, April 6, 2009

Mukjizat Di Sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan..

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Mas'ud berkata: 'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.'

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.'

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Friday, April 3, 2009

Pesanan Seorang Isteri

1.Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami (tu ler, berhutang banyak lagi.)

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda. Lebih -lebih lagi, jangan dok compare dengan kelig (collegue) kat pejabat.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. Banyak kerja lain nak dibuat. Ni tak, asyik "nak" jer. Tak kira hari hujan ker panas. Rimas lahhhh.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja, tengok TV ler tu.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV (tengok CD Mawi lah tu) atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak, bersilat, dsbnya.Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga).

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. Heh, perut dah boroi, tak perasan ker?

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan yee, masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dsbnya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau awak kawin dengan perempuan kedekut, itu bodoh awak sendirilah).

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Dah baca paper, susun elok-elok. (Apa ni, asyik basuh kereta jer). Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri. You all memang dengki!

17. Jangan main kayu tiga (kayu empat ker, kayu lima ker) dengan perempuan lain. Gatal!!. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Tu ler, surau tak penah pergi. Bila nak buat kenduri doa selamat, baru nak pegi surau cari Pak Imam. Ciss, tak malu !!! (Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar ustaz yang cakap).

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali (kalau isteri tak nak balas, salah awaklah kawin dengan perempuan kepala batu. Dah tahu pompuan tu kepala batu, kau nak jugak. Ha, padan muka. Pilih yang gebu-gebu jer.)

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi
kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masaalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, awak juga yang rugi! Imagine kitaorang mogok. Sapa nak masak nasik? Sapa nak basuh baju? Sapa nak iron baju? Sapa nak kemas rumah? Sapa nak bancuh susu anak? Sapa nak order gas bila gas dah abis? Sapa nak pegi pasar? Sapa nak pilih t-shirt untuk awak? Raya nanti, tak hingin nak buat kuih (alah, memang beli jer kuih raya ni). Sapa nak........

Motivasi - Hal Kerja!

My dear friends,

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say...

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...

Jadi renungilah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerj.

2. Ada kala kita rasa kita 'BUSY' giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita 'PRIHATIN', tapi rupanya kita 'BUSY BODY'.

4. Adakala kita rasa kita 'OPENMINDED' and 'OUTSPOKEN' tapi rupanya kita 'KURANG PENG'AJAR'AN'.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran 'KRITIS' rupanya kita hanya lebih kepada 'KRITIK' yang mencipta 'KRISIS'.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi 'LEBIH MESRA' tapi rupanya kita dilihat lebih 'MENGADA-NGADA'.

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, carilah kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasiblah sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungilah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...