Monday, January 21, 2008

Kidal

Ada kawan aku bercerita pasal kidal..aku pun ada cerita untuk dikongsi bersama..

Dalam keluarga aku, aku dan adik bongsu aku saja yang kidal..Sejak kecil memang tangan dan kaki kiri aku ni lebih kuat daripada tangan dan kaki kanan...Masa tu memang la aku tak mengerti apa-apa..tapi bila orang asyik tegur, "Eh, kiri budak ni.." aku pun pelik la kenapa..

Masa di sekolah rendah, tak ramai kawan sekolah aku yang kidal..dalam 46 murid sekelas, yang kidal cuma dua tiga orang saja..salah seorangnya aku la..Kadangkala aku berasa rendah diri sebab tak sama macam orang lain..kanak-kanak mungkin tak memahami perbezaan ini cuma mereka mungkin pelik saja..tapi yang paling aku sedih ada seorang cikgu tu (sampai sekarang aku kecil hati..) dia boleh perli-perli aku..Masa tu aku dan kawan-kawan tolong potong kupon untuk hari kantin sekolah..aku yang tengah khusyuk menggunting ni tersentap bila dia kata "eeii..gunting guna tangan t**i"..Aku yang dah memang pemalu dan pendiam ni, cuma tunduk saja dan terus juga menggunting kupon tu sampai aku tak menjamah langsung roti yang cikgu tu bekalkan untuk kami yang membantu..sedih ooi...Aku tak buat salah apa pun..

Naik sekolah menengah..minda aku mula berkembang sedikit tentang kelebihan orang kidal ni..Orang kidal sering dikaitkan sebagai orang yang berjiwa seni dan kreatif...Kreatif ke aku ni? Ya, mungkin sebab aku suka seni dan sastera sampaikan lepas PMR aku memilih untuk berada di aliran sastera..Kali ni ramai jugak aku jumpa kawan-kawan yang sama kidal macam aku..

Masuk ITM (sekarang UiTM), lagi ramai rupanya yang kidal..suku daripada kawan sekelas aku yang kidal..Kali ni aku tak rasa segan sangat sebab di tahap ini orang di sekeliling aku berfikiran lebih terbuka dan menerima kami sama saja macam orang lain..Sama jugak bila aku melangkah ke alam pekerjaan. Ada sekali tu seorang pelawat datang ke tempat kerja aku..dia nampak aku menulis dengan tangan kiri..lalu dia berkata "Ooh, you're lefthanded..What a lucky girl"..Tentulah aku gembira..sekurang-sekurangnya ada orang yang menghargai minah kidal ni..

Bagi aku..kidal atau tidak, setiap insan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing..dan aku tak rasa terasing lagi sebab aku boleh buat dua perkara dalam satu masa..menulis sambil makan nasi..hahaha..

2 comments:

Chandra Lembono said...

yes, that is right
lefty is amazing

left handed is really something great, it is really a gift

but what about the left footed?
they aren't left handed

i don't understand. how? or why

which brain is dominant if lefty is in foot???


and i don't understand even we walk or run. our part of body, i meant hand and feet is cross ,you know what i meant right,when walking right hand infront with left foot infront and vice versa. about this one . i don't get any answer yet about this one

handedness is done

but what about footedness?

is there someone that can explain it?

Chandra Lembono said...

more than that God is the most amazing one !!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...