Thursday, January 31, 2008

Kad 'Happy Birthday' yang ditempah

Ini lagi satu kad untuk Wan yang sudah disiapkan, dalam saiz A4. Tema masih lagi bunga (sesuai untuk kawan perempuan).

Wednesday, January 30, 2008

Art of Scrap

  • Scraps from your heart - Arsha24
  • Lets keep the memories alive and preserve them as legacy - Kuntum
  • Remember...there is no wrong way to SCRAPBOOK - Bumble Bee
  • Art is what I see, what I feel, what I appear, what I conclude - TZ

(petikan kata-kata Lovescrappers)

Thursday, January 24, 2008

Kad 'Happy Birthday' yang ditempah

Kawan pejabat aku, Wan menempah 3 keping kad ucapan hari lahir untuk kawan-kawan dia..Baru siap satu, lagi dua akan disiapkan pada hari cuti hujung minggu ni...

Monday, January 21, 2008

Kidal

Ada kawan aku bercerita pasal kidal..aku pun ada cerita untuk dikongsi bersama..

Dalam keluarga aku, aku dan adik bongsu aku saja yang kidal..Sejak kecil memang tangan dan kaki kiri aku ni lebih kuat daripada tangan dan kaki kanan...Masa tu memang la aku tak mengerti apa-apa..tapi bila orang asyik tegur, "Eh, kiri budak ni.." aku pun pelik la kenapa..

Masa di sekolah rendah, tak ramai kawan sekolah aku yang kidal..dalam 46 murid sekelas, yang kidal cuma dua tiga orang saja..salah seorangnya aku la..Kadangkala aku berasa rendah diri sebab tak sama macam orang lain..kanak-kanak mungkin tak memahami perbezaan ini cuma mereka mungkin pelik saja..tapi yang paling aku sedih ada seorang cikgu tu (sampai sekarang aku kecil hati..) dia boleh perli-perli aku..Masa tu aku dan kawan-kawan tolong potong kupon untuk hari kantin sekolah..aku yang tengah khusyuk menggunting ni tersentap bila dia kata "eeii..gunting guna tangan t**i"..Aku yang dah memang pemalu dan pendiam ni, cuma tunduk saja dan terus juga menggunting kupon tu sampai aku tak menjamah langsung roti yang cikgu tu bekalkan untuk kami yang membantu..sedih ooi...Aku tak buat salah apa pun..

Naik sekolah menengah..minda aku mula berkembang sedikit tentang kelebihan orang kidal ni..Orang kidal sering dikaitkan sebagai orang yang berjiwa seni dan kreatif...Kreatif ke aku ni? Ya, mungkin sebab aku suka seni dan sastera sampaikan lepas PMR aku memilih untuk berada di aliran sastera..Kali ni ramai jugak aku jumpa kawan-kawan yang sama kidal macam aku..

Masuk ITM (sekarang UiTM), lagi ramai rupanya yang kidal..suku daripada kawan sekelas aku yang kidal..Kali ni aku tak rasa segan sangat sebab di tahap ini orang di sekeliling aku berfikiran lebih terbuka dan menerima kami sama saja macam orang lain..Sama jugak bila aku melangkah ke alam pekerjaan. Ada sekali tu seorang pelawat datang ke tempat kerja aku..dia nampak aku menulis dengan tangan kiri..lalu dia berkata "Ooh, you're lefthanded..What a lucky girl"..Tentulah aku gembira..sekurang-sekurangnya ada orang yang menghargai minah kidal ni..

Bagi aku..kidal atau tidak, setiap insan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing..dan aku tak rasa terasing lagi sebab aku boleh buat dua perkara dalam satu masa..menulis sambil makan nasi..hahaha..

Friday, January 18, 2008

Love 2

  • There is only one happiness in life; to love and be loved ~ George Sand
  • It is better to have loved and lost than never to have loved at all ~ Alfred Lord Tennyson
  • What a grand thing, to be loved! What a grander thing still, to love! ~ Victor Hugo
  • Love comforted like sunshine after rain ~ William Shakespeare
  • One word frees us of all the weight and pain of life: that word is love ~ Sophocles
  • Love looks not with the eyes but with the mind ~ William Shakespeare
  • True love is but a glimpse of heaven ~ Anonymous

Thursday, January 17, 2008

Kekasih vs Ibu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.

Ingatlah pengorbanan Ibu....

(ada kenalan yang memanjangkan pesanan ini melalui emel..Ya, kadangkala atau selalu kita lupa orang yang paling rapat dengan kita adalah Ibu kita sendiri.)

Merah Cinta

Wednesday, January 16, 2008

10 Ways to Worry Less and Accomplish More

1. Don't think of problems as difficulties. Think of them as opportunities for action.

2. After you've done your best to deal with a situation, avoid speculating about the outcome. Forget it and go onto the next thing...

3. Keep busy. Keep the 24 hours of your day filled with these three ingredients: work, recreation, sleep. Don't allow yourself time for abstract thinking.

4. Don't concern yourself with things you can't do anything about. Armchair generals don't win battles, but they do have nervous breakdowns.

5. For the time being anyway, eliminate daydreaming completely. Stop building air castles.

6. Don't procrastinate. Putting off an unpleasant task until tomorrow simply gives you more time for your imagination to make a mountain out a possible molehill. More time for anxiety to sap your self-confidence. Do it now, brother, do it now.

7. Don't pour woes and anxieties to other people. You don't want their sympathy...it'll merely make it easy for you to feel sorrier for yourself.

8. Get up as soon as you wake up. If you lie in bed, you may use up as much nervous energy living your day in advance as you would in actual accomplishment of the day's work.

9. Try to arrange your schedule so that you will not have to hurry. Hurry, a blood brother to worry, helps shatter poise and self-confidence, and contributes to fear and anxiety.

10. If a project seems too big, break it up into simple steps of action. Then negotiate those steps-link rungs in a ladder...one at a time. And don't allow yourself to think about the difficulties of step number two until you've executed step number one.

What were you worried about this time last year? Can't remember? Good! Spread a little happiness!

(Submitted by: Tim, Allfunpages)

Wednesday, January 9, 2008

2008 Planner

Ini adalah cover untuk calendar swapping - 2008 Planner. Terima kasih dan tahniah kawan-kawan di Lovescrap yang menyertai swapping ni, cantik-cantik belaka hasil kerja semua.

Salam Maal Hijrah 1429

  • Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini dan semalam.
  • Semoga kita beroleh kekuatan menghadapi cabaran yang semakin hebat ketika ini.
  • Semoga setiap amal kebaikan kita mendapat keberkatan-Nya.
  • Semoga kita tidak lalai menunaikan tanggungjawab terhadap-Nya.
  • Semoga kita tidak hanyut dalam syurga duniawi.
  • Semoga kita sentiasa mengingati akhirat.
  • Semoga kita hidup aman damai di bumi bertuah ini.
  • Semoga kita saling menyayangi dan menghormati sesama makhluk kerana kita semua adalah hamba-Nya.
  • Semoga kita saling memaafkan dan menerima kesilapan sebagai pengajaran.
  • Semoga doa dan harapan kita menjadi kenyataan. Aminn...

Hijrah

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Makkah ke kota Madinah.

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta.

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan.

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman...

-Copyright Reserved-

Wednesday, January 2, 2008

Salam Tahun Baru

Selamat Tahun Baru 2008 dan Salam Maal Hijrah 1429.

Sempena Tahun Baru ini pastinya ramai yang menanam azam baru, tak kurang juga yang menyambung azam tahun lepas yang tak tertunai...Apapun, semoga berjaya dalam usaha merealisasikan impian itu...

Aku? Aku bukan jenis yang suka berazam apabila tiba tahun baru..Pun begitu, setiap hari aku berazam agar hari-hari yang bakal aku lalui akan lebih baik daripada hari-hari yang telah aku lalui; semoga hari ini dan esok, aku menjadi lebih baik daripada aku yang tadi dan semalam; DAN semoga kebahagiaan akan menjadi milikku.

Kepada insan-insan yang aku kasihi: keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, jiran-jiranku, teman seperjuanganku, dan seluruh umat Islam; semoga kalian turut memperolehi kebahagiaan, kesejahteraan dan keamanan..Semoga segala impian kalian menjadi kenyataan..

Semoga hidup kita sentiasa di bawah lindungan-Nya...Aminn...

Kad 'Happy Birthday' untuk TZ


Selamat Hari Lahir TZ!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...