Tapi tak dinafikan memang aku agak sibuk sejak awal tahun. Ada perkara penting akan berlaku hujung bulan ni...jeng jeng jeng.... (^_^) Alhamdulillah INSYAALLAH aku akan bertunang dengan jejaka pilihan hati... Pada hari yang sama juga akan diadakan majlis aqiqah dua orang anak buah ku.
Seperti kursus-kursus yang aku kendalikan sebelum ini di mana ada gantt chart/time frame, costing, person in charge, pembahagian tugas dan sebagainya..maka majlis besar begini juga ada perancangan tersebut... Alhamdulillah dengan pengalaman bekerja sebagai koordinator program maka dapatlah aku mengendalikan sendiri majlis ini.
Aku kongsikan di blog ini supaya dapat membantu B2B di luar sana yang pastinya mencari panduan persiapan pertunangan atau perkahwinan...INSYAALLAH semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama-sama....
Tarikh majlis telah ditetapkan pada pertengahan Disember lalu jadi kami ada sebulan setengah untuk membuat persiapan. Keluarga si dia inginkan majlis serba ringkas maka kami cuba menjadikannya se'simple' mungkin. Motto ku "Keep It Simple But Sweet & Nice".
Warna tema: Biru
Senarai perkara untuk tindakan dan person in charge ialah:
- Menjemput saudara-mara terdekat, jiran terdekat dan kawan-kawan rapat (sendiri, ibu) DONE
- Menempah katering makan tengahari (jiran sebelah) DONE
- Menempah jurucakap (pakcik) DONE
- Menempah khemah (ibu)
- Barangan hantaran (beli dan sponsor, deco adik) IN PROGRESS
- Membeli cincin merisik dan bertunang (beli dengan si dia) DONE
- Pakaian (tempah, jahit manik sendiri) IN PROGRESS
- Mekap (sendiri)
- Jurukamera (adik dan siapa yang ada)
- Pelamin mini, back drop (sendiri)
- Goodies bag (adik ipar) IN PROGRESS
- Menempah homestay untuk pihak lelaki (adik) DONE
Aturcara majlis:
- Ahli keluarga dan saudara-mara berkumpul
- Majlis merisik dan bertunang
- Doa selamat sempena selamat bertunang, habis berpantang (adik & adik ipar), aqiqah
- Makan tengahari
Bajet aku RM3, 000.00.
Siap bahagian 1: Bajet, tindakan dan aturcara majlis.
Details akan disambung dalam entry akan datang...
No comments:
Post a Comment