Tuesday, January 10, 2012

Hikmah Tersembunyi

Selalu terjadi, apabila kehilangan sesuatu terutama orang yang dicintai...hati akan berasa sangat sedih, kecewa yang teramat sangat dan menyalahkan takdir atas apa yang berlaku.

Begitu juga aku yang tidak dapat menerima hakikat tentang perpisahan itu. Kenapa ia terjadi padaku?

Tahun demi tahun mengharungi, kadangkala aku lupa apa yang terjadi...kadangkala memori itu menggamit semula di kala kesepian menghuni diri. Aku jadi rindu semula, jadi hilang arah...Aku cuba melupakan namun aku tetap memilih untuk mengingatinya.

Masa berlalu...setelah apa yang berlaku di sepanjang jalan kehidupan, aku mula sedar...perpisahan ini memang menyakitkan namun sebenarnya ada hikmah tersembunyi. Ada sesuatu yang indah di sebaliknya. Mengapa perlu aku bersedih andai insan lain sudah bahagia dengan kehidupan barunya? Mengapa perlu aku mengingati andai insan itu sudah melupakan segalanya?

Apabila aku meminta pelangi, ALLAH memberi hujan dan panas. Rupanya pelangi itu muncul selepas panas dan hujan itu beredar. Kehangatan cahaya mentari dan kedinginan hujan yang tidak aku senangi itu sebenarnya membuahkan suatu keindahan paling berharga yang tidak aku sedari sejak mula.

YA ALLAH, terima atas kurniaan tidak ternilai ini....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...