Saturday, October 1, 2011

Hargai Ketika Ada...

Berapa ramai teman kita di dalam laman sosial?
Berapa banyak senarai nama dalam handphone kita?
Berapa ramai kenalan, saudara mara dan jiran yang kita kenal?

Adakah selalu kita menegur mereka, bertanya khabar, mengambil tahu apa yang mereka buat? Kadangkala kita tak ambil pusing, buat tak tahu kerana kita anggap mereka sentiasa ada dan melalui kehidupan yang membahagiakan...

Hari ini, aku mendapat berita seorang teman yang aku anggap seperti seorang adik telah kembali menghadap ILAHI...Aku tidak memberi ucapan selamat pada hari lahirnya bulan lepas...malah aku sudah lama tidak menghubunginya sejak dia pindah ke negeri asalnya, Pulau Pinang...Pemergiannya sangat mengejutkan semua orang..Dia pergi dengan tiba-tiba tanpa sakit, tanpa sebab dan tanpa sempat doktor menjalankan ujian darah ke atasnya.

Aku teringatkan arwah kerana hari ini aku menghadiri kursus di Sunway Convention Centre di mana beberapa tahun lepas, aku dan arwah pernah menghadiri kursus di tempat yang sama. Selepas arwah berpindah, hanya beberapa kali saja kami bersembang di facebook...Memang aku sedih dan ada sedikit rasa terkilan sebab pernah berkecil hati dengannya...tapi aku sudah maafkannya kerana apa yang berlaku sudahpun berlaku..ia memberi pengajaran dan pengalaman kepadaku...tiada siapa yang bersalah dan tiada siapa yang perlu dipersalahkan...Bagiku, arwah seorang yang sangat baik, pemalu tapi mudah mesra dan peramah dengan semua orang...sentiasa tersenyum dan murah dengan senyuman...sesiapa yang melihatnya pasti akan sejuk hati...seperti makna namanya 'Bintang', yang menyinari kehidupan insan di sekelilingnya.

Al-Fatihah buat Najmiyah Mohd Noor, semoga engkau ditempatkan di kalangan orang beriman. Akak sayang Mia sangat. Terima kasih sebab pernah berkongsi kisah dengan akak...Walau perkenalan kita cuma beberapa musim, namun Mia tetap di hati...Kenangan kita tetap terpahat di sanubari...

Apa yang cuba aku sampaikan ialah - hargailah teman-teman, keluarga, jiran dan kenalan kita selagi hayat masih ada...Jangan menyombong, cuba memutuskan persahabatan atau tidak mahu ambil berat tentang mereka...Maafkan kesalahan yang pernah dilakukan kerana hidup ini tidak lari dari melakukan kesilapan. Rajin-rajinlah menghubungi kenalan kita, ambil tahu perkembangan semasa dan selalulah membahagiakan hidup mereka. Hidup ini singkat, kita tidak tahu bila ajal kita akan sampai...hari ini kita sihat, entah esok lusa ALLAH menjemput kita...


"Harus diingat, kita hanya musafir...
Yang didatangkan hanya sementara...
Menghunikan alam dan pasti akan dijemput untuk pulang..."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...