Tuesday, August 3, 2010

Proses Pembelajaran

Semasa di tempat kerja lama…sewaktu aku ditukarkan ke department lain, bekas HOD aku iaitu Puan Norma Awang Had berpesan ‘Azwa, you have to remember, wherever we are, whatever we do, no matter with whom…we are always in a process of learning’. Maksudnya, ‘Di mana pun kita berada, apa pun yang kita buat, dengan siapa pun kita bekerja, kita sentiasa berada dalam proses pembelajaran.’

Aku ingat pesanannya sampai bila-bila dan aku jadikan pegangan dalam setiap kerja aku. Sebagai azimat untuk aku mengejar impian dan cita-cita. Sebagai ingatan tatkala aku alpa. Sebagai pedoman apabila aku buntu.

Tak semestinya kita mendapat pendidikan formal untuk mahir dalam sesuatu perkara. Kita sentiasa boleh mendapatkan ilmu pengetahuan secara tidak formal juga. Kalau secara formal, mungkin kita belajar satu atau dua bidang sahaja di kolej atau universiti. Selebihnya secara tidak langsung. Mungkin dengan ketua pejabat, rakan sekerja mahupun makcik cleaner.

Puan Norma banyak mengajar aku dari sekecil-kecil dan ‘sesimple-simple’ perkara sampailah yang sebesar-besar dan sesusah-susahnya. Kalau basic Microsoft Office tu, tak ada masalah bagi aku. Aku ada sijil belajar komputer. Tapi dari Puan Norma lah aku belajar mail merge. Aku juga belajar macam mana nak jimat masa kalau nak gam envelop dalam kuantiti yang banyak. Puan Norma seorang yang teliti dan cerewet. Bagi sesetengah orang, keadaan ini mungkin merimaskan tapi bagi aku inilah yang mengajar aku untuk berjaya. Dan sekarang, aku mengajar rakan sekerja aku perkara yang sama.

Bila aku dah bertukar department, HOD baru aku pun seorang yang tak kedekut ilmu. Daripada Ms Wai Ling, aku belajar calculation formula (Excel), stock take, reminder dan macam-macam lagi. Berada di dua department yang berbeza dengan tiga skop tugas yang berlainan, aku mengaut secukupnya pengetahuan dan pengalaman yang ada. Aku turut belajar daripada seminar dan kursus yang aku hadiri. Juga daripada makcik cleaner dan driver yang mengajar aku perkara berkaitan moral dan sivik.

Aku ni jenis yang minat banyak benda. IT lah, motivasi lah, designing lah. Tapi, macam yang aku kata tadi, tak semestinya kena belajar secara formal kan. Jenuh la pulak aku nak pegi kelas nak sambung belajar pulak. Takkan nak masuk universiti balik nak belajar semua tu. Jadi, aku belajar sendirilah kat rumah. Aku mula belajar Publisher, macam mana nak design gambar, editing, cropping, digital scrapbook, postcard dan apa-apa lagi lah. Aku belajar sendiri – trial and error dan juga melalui online tutorial kat Youtube, Google, Blogspot etc. Selain tu, aku belajar melalui rancangan tv atau buku dan majalah terutamanya perkara berkaitan motivasi, bisnes, agama dan ilmiah.

Dah bekerja kat tempat baru ni pulak, aku belajar satu lagi subjek dalam IT iaitu Adobe Illustrator. Walau masih tahap basic, tapi aku seronok sangat dapat tambah ilmu.

Benda yang paling penting yang aku belajar sebenarnya ialah;
- Jangan kedekut ilmu dan jangan malu untuk meminta ilmu. Tak kira dengan siapa pun, kita masih boleh belajar daripadanya.
- Jangan malas dan cepat mengalah sebelum mencuba.

Kepada semua yang pernah mengajar aku, terima kasih banyak-banyak.

3 comments:

al_farafishah said...

Salam. Kak wawa.. Ya sy setuju dgn posting k.wawa. Proses pembelajaran tu sepanjang hayat.. Samada formal atau tak. Sy skrg pun duk belajar lg sndiri, fokus 3d max pula. Mana tau ada peluang jadi interior designer pula. Hehe. Sebenarnya masa belajar dulu, subjek ni (Alias 3d) x berapa nak pandai sangat, kena fokus n detail. Hasrat nak mahir tak pernah padam, so kena belajar sendiri walau cara apa pun. Internet boleh bantu, hendak seribu daya la katakan. Hasilnya saya dah boleh buat basic dan simple interior design walaupun x canggih(belum post lg kat blog).
Gembira dengar k.wawa belajar illustrator.. Insya Allah nanti k.wawa terer la tu.. Photoshop pun belajar skali ye.. Sama-sama kita menadah ilmu dan meningkatkan kemahiran..
P/s: ilham bicara berwajah baru.. Cantik.. Sy x leh shout kat box, x appear.. Mklum sy guna hp je. Tp komen ni ada kan.. Wassalam.

Azwa Saini said...

salam TZ. Terima kasih...Kebetulan haritu designer sibuk. Nasib baik sebelum ni, kak wawa selalu tengok partimer buat keja. So, kak wawa belajar dari apa yang kak wawa nampak dan perhatikan..nak tanya TZ, jauh sgt..;). Adobe Acrobat pun dh ok sikit..Ok, fokus n good luck ye. p/s: masih belajar designing blog ni.TQ.Wassalam.

Nidza said...

azwa...kata2 Pn Norma tu mmg betul...dan saya pun seang belajar dgn beliau....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...