Tuesday, April 27, 2010

Mei 2010 Challenge

Challenge kali ini berdasarkan layout daripada About.com. Jom, kita scrapping!!!

Rindunya Pada Scrapbook

Lama sungguh tak buat scrapbook, rindu pulak rasanya..nak kata sibuk, sama je hari-hari...nak kata takde idea, ada banyak sumber dari buku dan internet...ni kira penyakit malas dah melanda la ni..hish..tak senonoh betul!

Ok, ok...tahun ni kena jadi rajin semula untuk buat scrapbook..Set your target Wawa! You can do it! Chaiyok chaiyok!!

Amboi, bersemangatnya...berapa lama pulak tu semangatnya tu? Hehehe, tak kisah lah...janji rock!

Ok, idea dah ada, bahan-bahan dah ada..tapi gambar je yang tak print lagi...nak kena pilih gambar pulak...ish, malasnya...e'eh..tak..tak..tak..ok, ok...aku rajin..!!

Hmm, target aku ialah kena buat sekurang-kurangnya satu scrapbook page setiap bulan..Hish, kalau malas jugak, tak taulah...bukan banyak pun..satu je...

Ok, Wawa...stick to your target...be creative!! Jangan biarkan impianmu terkubur begitu saja, ok!

Yes, yes.. I can do it!!

Friday, April 23, 2010

Baca@LRT

Aktiviti gila-gila Baca @ LRT tanpa perhimpunan. Selepas membaca dari dalam LRT (dari pelbagai arah) ke KLCC, kita seorang demi seorang akan masuk ke Kinokuniya dan memasukkan hanya senaskhah buku ke dalam kotak buku UNICEF yang disediakan. Kemudian keluar dalam keadaan tenang dan natural bertemu rakan lain untuk bertukar buku. Tidak ada perhimpunan dan ucapan penutup kerana kita adalah natural.

Maklumat Perhimpunan
Tarikh : 25 April 2010
Hari : Ahad
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Kinokuniya, KLCC

Kepada semua kaki buku, jom kita meriahkan aktiviti ini..

Monday, April 19, 2010

Dia Yang Pergi

Dia telah pergi
Benar-benar telah pergi
Aku sendiri lagi.

Ku pinta satu ruang
Untuk muhasabah diri
Hanya aku, tiada siapa-siapa.

Dan sungguh
Dia telah pergi
Tidak kembali lagi
Benar-benar beri aku ruang
Mencari jalan sendiri
Tanpa dirinya untuk sama-sama mengharungi
Benar-benar beri aku ruang
Mencari jawaban sendiri
Tanpa dirinya untuk menemani.

Dia telah pergi
Tinggalkan aku sendiri…lagi.

[Azwa Saini, Cheras, 19 April 2010]

Wednesday, April 14, 2010

Perempuan dan Cinta

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita.

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…
Ukthiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…
Dari hidup dalam kesesatan
Kerana jangan lupa ukhtiku…
Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…

(Nurjeehan)

Friday, April 9, 2010

Allah Akan Menggantikan Dengan Yang Lebih Baik

Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya.

“Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya, lalu ia bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga.” (Al-Hadith)

“Siapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu, nescaya akan Aku ganti dengan syurga.” ( Al-Hadith)

Yakni barangsiapa kehilangan anaknya tetap berusaha untuk bersabar, maka di alam keabadian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul-Hamd (Istana Pujaan). Silakan anda qiaskan kejadian-kejadian tersebut dengan kehidupan anda, kerana yang dipaparkan di sini sekadar contoh.

Maka anda tidak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa anda, sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga, balasan, pengganti dan ganjaran yang besar.

Para waliyullah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapatkan penghormatan yang agung di syurga Firdaus. Itu tersirat dalam firmanNya:

“Kesejahteraan dan kebahagian bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan. (Ar- Ra’d:24)

Betapa pun, kita harus selalu melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita. Dengan itu, kita akan termasuk:

“ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” ( Al-Baqarah: 157)

Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana.

Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin. Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Sehingga, barangsiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak, dan barangsiapa hidup sengsara di dunia, ia kan hidup bahagia di akhirat. Lain halnya dengan mereka yang memang lebih mencintai dunia, hanya menginginkan kenikmatan dunia saja dan lebih senang pada keindahan dunia. Hati mereka akan selalu gundah gulana, cemas tidak mendapatkan kenikmatan dunia dan takut tidak nyaman hidupnya di dunia. Mereka ini hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, sehingga mereka selalu memandang musibah sebagaipetaka besar yang mematikan. Mereka juga akan memandang setiap cubaan sebagai suatu yang gelap gelita selamanya. Ini adalah kerana mereka selalu memandang ke arah bawah telapak kakinya dan hanya mengagungkan dunia yang sangat fana dan tidak berharga ini.

Wahai orang yang tertimpa musibah, sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kalian. Kalian justeru beruntung kerana Allah selalu menurunkan sesuatu kepada para hambaNya dengan ‘surat ketetapan’ yang di sela-sela huruf kalimahNya terdapat suatu kelembutan, kasih sayang, pahala, ada balasan dan juga pilihan. Maka dari itu, siapa saja yang tertimpa musibah yang hebat, ia harus menghadapinya dengan sabar, mata yang jernih dan pola fikir yang panjang. Dengan begitu, ia akan menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu adalah:

“ ..lalu dirikanlah di antara mereka (orang-orang mukmin dan orang-orang munafik) dinding yang mempunyai pintu, yang di sebelah dalamnya ada rahmat (syurga) dan di sebelah luarnya ada seksa (neraka). (Alhadid: 13)

Dan sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama, dan lebih mulia.

Wednesday, April 7, 2010

Dalam Rahmat Mu

Ya Tuhan
Aku berasa jauh dari rahmat dan kasih sayang Mu.

Setiap pekerjaanku ada kekurangan
Setiap perjalananku penuh kepayahan
Setiap bicaraku dibalasi salah sangka.

Aku asyik berfikir mengapa semua ini terjadi
Ketenangan dan kedamaian semakin menjauh
Hatiku dilanda resah gelisah sepanjang masa.

Ku renung langit yang tak berbintang
Ku lihat padang yang tak berpohon
Kosong tiada seri.

Oh, begitu rupanya hatiku...kosong!
Aku lupa pada Tuhan Maha Pencipta
Ku kejar kasih manusia sedangkan Dia Maha Pengasih
dan Maha Penyayang lebih dari segalanya.

Ya Tuhan
Ku basahkan lidah dengan menyebut nama Mu
Ku perdengarkan azan sebagai halwa telinga
Ku limpahkan air mata menangisi kekhilafan
Ku dendangkan ayat Al-Quran pengubat jiwa.

Oh Tuhan
Ku pohon rahmat Mu yang luas
dan kasih sayang Mu yang tak terbatas
Ku ingin sentiasa berada dalam rahmat Mu
dan dalam naungan kasih sayang Mu.

Ampunilah diriku yang hina ini
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun.

[Azwa Saini, Ampang, 7 April 2010/22 Rabiul Akhir 1431H]

Friday, April 2, 2010

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..

Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga

Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud

(Siti Nurhaliza)

Pesta Buku Antarabangsa 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010 yang berlangsung dari 19 hingga 29 Mac 2010 di PWTC baru-baru ini menyaksikan pertambahan bilangan pelawat, pembeli dan juga bahan bacaan itu sendiri.

Aku juga tak terkecuali menyertai orang ramai ke acara tahunan yang dinanti-nantikan ini. Pada masa inilah kita dapat berjumpa penulis dan pengarang buku, membeli bahan bacaan edisi lama dan terbaru pada harga diskaun.

Hari kedua iaitu hari Sabtu aku pergi, orang tak berapa ramai lagi. Sabtu hari kedua terakhir aku pergi lagi. Masa ni memang ramai orang sampai aku tak nampak adik aku dah. Hilang di tengah lautan manusia. Aku pergi gerai Karangkraf dan Galeri Ilmu je. Tak laratlah nak pusing semua gerai.

Aku meminati penulisan Dr HM Tuah dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil @ Saiful Islam. Rambang mata aku tengok buku-buku diaorang. Aku borong enam buah buku Dr HM Tuah dari siri 'Membina' dan empat buah buku Saiful Islam termasuk tiga buah buku dari siri 'Aku Terima Nikahnya'. Fuhh..dahsyat..dahsyat...

Takpelah..aku rela berhabis demi ilmu..tulisan mereka memang tak menjemukan..memang memotivasikan aku. Gaya santai dan bersahaja..berdasarkan pengalaman sendiri dan orang sekeliling. Mereka ada aura tersendiri. Syabas!!!

Semoga mereka mempunyai kekuatan untuk menulis lagi. Berkongsi ilmu dengan orang macam aku yang dahagakan ilmu dan motivasi diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...