MINTA TOLONG, TERIMA KASIH dan MINTA MAAF adalah tiga perkataan ajaib yang perlu kita selalu sebut apabila memohon pertolongan daripada seseorang dan mendapat sesuatu daripada seseorang dan juga apabila kita melakukan kesilapan. Jika kita meminta pertolongan tanpa perkataan TOLONG, nampak seperti ianya suatu arahan dan menyebabkan orang yang menolong itu mungkin tidak ikhlas atau dalam keadaan terpaksa. Apabila dia sudah menolong dan kita berlalu tanpa mengucapkan TERIMA KASIH, bertambah ketaralah kekurangan budi bahasa kita. Apabila kita melakukan kesilapan pula dan tidak mengakuinya lalu tidak mahu MEMINTA MAAF, itu ego namanya.
Jika kita rajin menyebut perkataan ajaib ini, sudah tentu orang yang menolong itu akan gembira, menolong dengan ikhlas dan rela hati. Dia tidak mengharapkan balasan tetapi dengan ucapan TERIMA KASIH sahaja sudah memadai dan percayalah mood dia akan baik sepanjang hari itu...
Ucapkanlah MINTA TOLONG walau sekadar pertolongan kecil dan MINTA MAAF walaupun kesalahan itu kecil. Ucapkanlah TERIMA KASIH kepada sesiapa sahaja yang menolong kita secara langsung atau tidak; termasuk makcik cleaner yang membersihkan ruang kerja kita setiap hari, atau kepada pemandu bas yang kita tumpang atau kepada posmen yang menghantar surat kepada kita. Sekurang-kurangnya kita menghargai dan memotivasi mereka untuk terus bekerja dengan lebih tekun dan rajin lagi.
TERIMA KASIH kerana membaca...
No comments:
Post a Comment