Tuesday, December 16, 2014

Kalendar 2015

Diam tak diam 2014 bakal meninggalkan kita dan muncullah 2015. Sudah tentu banyak perkara telah dirancang hendak dilakukan pada tahun hadapan kan...Nahh, dilampirkan kalendar 2015 bagi memudahkan perancangan kalian...

Banyak tarikh cuti yang jatuh dekat dengan hari minggu, jadi panjanglah cuti nanti dan jimatlah cuti tahunan bagi yang bekerja....kot la ada yang nak simpan cuti untuk hal-hal yang lebih penting kan...

Ok, bulan puasa pun dah semakin awal iaitu pada bulan Jun, jadi diingatkanlah ye untuk menggantikan puasa cepat-cepat, takut terlupa...

(^_^)


Tuesday, December 9, 2014

Beijing Musim Sejuk 2012-2013


Hip Hip Hoorayy..!!! Dua tahun di Beijing tuu...eh tak laa...sebenarnya trip ni dari 27 Disember 2012 hingga 2 Januari 2013.. Dua tahun la tu kan...hahaha...

Trip kali ini adalah tugasan aku yang ketiga sebagai Tour Leader bagi POTO Travel. Seramai 20 orang yang mengikuti trip musim sejuk ini. Kami menaiki penerbangan Cathay Pacific dari KLIA transit di Hong Kong dan kemudian menaiki penerbangan domestik ke Beijing. Di Beijing, Tour guide yang mengiringi kami ialah Hassan.  Hassan bukan Islam dan boleh berbahasa Melayu. Memandangkan Beijing menerima ramai pelancong dari Asia, maka kebanyakan Tour Guide berbahasa Melayu dan menggunakan nama yang mudah untuk disebut. Memandangkan kami tiba di destinasi hampir lewat malam jadi kami terus sahaja ke hotel untuk pendaftaran masuk. Esok barulah pengembaraan kami bermula.


Pada musim dingin di Beijing, waktu siang adalah lebih pendek dari waktu malam jadi banyak aktiviti yang menyebabkan kami seperti terkejar-kejar. Jam 5.00 petang cuaca dah gelap dan kedai mulai tutup.

Cuaca pula sangat sejuk hingga mencecah -8... Terasa pedih pipi seperti dihiris pisau... Air mata mengalir bukan kerana menangis tapi disebabkan kesejukan melampau.. Pakaian yang dipakai pula setebal empat lapis, dengan stoking tebal dan pashmina yang membalut leher lagi..Berjalan pun dah macam robot..

Apa yang membuatkan ahli rombongan sangat teruja ialah salji turun pada hari kedua kami di sini. Waktu itu kami baru saja keluar dari Chinese Medicine Centre. Cuaca sudah mulai gelap dan kami sangkakan hujan turun, rupa-rupanya salji... Apalagi melompat kegembiraan lah semuanya... Rombongan bergambar sakan lebih kurang 15 minit sebelum menaiki bas menuju ke restoran untuk makan malam.



Hari ketiga kami ke Tembok Besar China - rasanya tak ada orang lain yang naik hanya kami saja. Cuaca tak mengizinkan untuk tempat ini dibuka kepada orang awam. Hanya di bahagian yang kami naik ini sahaja yang dibuka itupun dua tingkat sahaja. Nak mendaki tangga pun perlu berhati-hati sebab keadaan tangga yang tinggi dan licin serta angin yang bertiup.  Pun begitu ahli rombongan kelihatan gembira dan seronok kerana impian untuk menjejakkan kaki ke salah satu keajaiban dunia tercapai...


Hari keempat kami ke Summer Palace pula. Tasik menjadi beku sepenuhnya dan rezeki kami waktu untuk berjalan-jalan diatas permukaan air yang telah mengeras.

Ahli rombongan bergambar di Zoo Panda

Yashow Market - pusat membeli belah



Alhamdulillah perjalanan kami dari awal hingga pulang semula ke tanah air berjalan lancar. Terima kasih diucapkan kepada ahli rombongan. Semoga perkenalan ini akan berpanjangan hendaknya.

Mentari Korea [Raja Ema]


Sinaran mentari yang menerangi 
Keseluruh alam bergemilang 
Bagai berterbangan 
Kita mendatang 
Dan menghinggapi digelanggang 
Tersenyumlah mentari Korea 
Pertemuan ini optimis sekali 
Bagai anugerah menyelubungi 
Hingga terbawakan dalam mimpi 

(korus) 
Sinar mentari oh Korea 
Ku mendaki mimpi-mimpi 
Sinar mentari oh Korea 
Cinta bersemi 
Pertemuan di Korea 
Kau menghidupkan semula 
Pertemuan di Korea 
Sehingga akhirnya 

Di arena ini kita berpesta 
Mengisi acara penuh mesra 
Di sini bermula cita yang baru 
Mengalir harmoni hasrat padu 
Tersenyumlah mentari Korea 
Pertemuan ini optimis sekali 
Bagai anugerah menyelubungi 
Hingga terbawakan dalam mimpi 

(ulang korus)

Lagu ni aku dengar masa sekolah rendah dulu...sejak itu tahu mengenai negara Korea.  Mentari Korea ialah lagu rasmi Sukan Olimpik Seoul 1988. Oh ye...sekarang ni tengah mood Korea sebab tu asyik dengar lagu ni saja...yayyy...percutian hujung tahun ini ialah ke Korea!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...