Friday, February 24, 2012

Aku Adalah Aku

Pernah aku terfikir untuk menjadi seperti Hawa, seorang teman yang agak mewah kehidupannya. Minta apa saja daripada ibu ayah insyaALLAH dapat apa dihajatinya...Tapi aku bukan Hawa, aku adalah aku....

Pernah juga aku terfikir untuk menjadi seperti Munirah, seorang teman yang cantik dan manis wajahnya. Semua orang mahu berkawan dengannya...tapi aku bukan Munirah, aku adalah aku...

Pernah jua aku terfikir untuk menjadi seperti Mieza, seorang teman yang bijak dan pandai. Semua orang menyenanginya...Tapi aku bukan Mieza, aku adalah aku...

Aku tidak mewah, aku tidak cantik malah aku juga tidak bijak seperti Hawa, Munirah dan Mieza. Aku insan biasa-biasa sahaja. Tiada kemewahan untuk dibangga, tiada kecantikan untuk ditonjolkan dan tiada ilmu setinggi langit.

Lama........................

Baru kusedar kemewahan itu bukan untuk semua orang...Kecantikan itu bukan untuk semua gadis...Kebijakan itu bukan untuk semua insan....Namun dengan sedikit kelebihan dan kekurangan; dengan pelajaran, pengalaman dan pergaulan; dengan keikhlasan dan kejujuran...segalanya akan datang sendiri.


Kerana...............


AKU ADALAH AKU....

Wednesday, February 22, 2012

Harta Itu Milikku?

Cuba lakukan beberapa perkara berikut:
  • Lihat duit tunai yang ada dalam dompet. Berapakah jumlah yang ada di dalam dompet itu?
  • Lihat buku akaun simpanan bank atau penyata akaun simpanan. Berapakah jumlah yang tertera pada baki akhir di situ?
  • Selak pula penyata simpanan amanah saham atau pelaburan dalam unit trust, berapakah jumlahnya kini?
  • Lihat rumah yang kita diami kini. Jika rumah itu dibeli atau dibina dengan hasil titik peluh sendiri, berapakah nilai semasanya kini?
  • Apa lagi harta yang dimiliki? Tanah, rumah sewa, kedai yang disewakan, barang kemas atau mungkin juga aset syarikat?
Ramai manusia berfikir, duit tunai itu milik kita kerana berada dalam dompet milik kita. Simpanan dalam bank dan pelaburan jangka panjang juga milik kita kerana jelas tertera nama kita pada penyata akaun itu. Begitu juga aset lain seperti rumah, tanah dan sebagainya.

Namun sedarkah kita bahawa kita tidak pernah memiliki apa-apa kerana semua itu milik Allah yang hanya dipinjamkan sementara dan kita hanya pentadbirnya? Buktinya...semua harta itu tidak mampu dibawa bersama saat kita meninggalkan dunia ini, apatah lagi untuk dimanfaatkan.


Apa milik Kita?


Milik kita hanyalah apa-apa yang kita berikan atau sedekahkan.
  • Jika semalam kita mendermakan RM1.00 kepada peminta sedekah, maka RM1.00 itulah milik kita.
  • Jika hari ini kita ada menyumbangkan sebuah Al-Quran atau sepasang telekung solat untuk sebuah masjid, maka itulah aset milik kita.
  • Jika kita memberikan nafkah kepada ahli keluarga, maka itulah juga harta milik kita.

Sesuatu harta itu hanya akan menjadi milik kita setelah kita mnafaatkannya untuk kebaikan akhirat, bukan sesuatu yang disimpan di dunia.

Jika hari ini dicongak jumlah duit atau harta yang disedekahkan pada jalan Allah, berapakah agaknya jumlahnya?


Renung-renungkanlah.....

Tuesday, February 21, 2012

Hooray, Dia Kembali Lagi...!!!




Dari 27 April hingga 6 Mei 2012
selama 10 hari

Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Jom simpan duit dan senaraikan bahan bacaan yang nak dibeli.
Ada diskaun, ada free gift, ada macam-macam lagi...!!!

JOM, JOM, JOM!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...