Aku menghabiskan masa sehari suntuk di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 pada hari kedua terakhir iaitu hari Sabtu, 30 April 2011.
Sesuailah sangatkan...lepas dapat gaji dan dapat duit kutu pulak tu...muahahaha...shopping sakanlah aku!!!
Dari jam 11.00 pagi sampai ke 6.00 petang aku bertapa di PWTC..fuhh, pecah rekod betullah!!! Lenguh kaki aku berdiri...sakit bahu memikul beg..
Berdasarkan pengalaman lepas, aku mengatur strategi yang banyak membantu aku iaitu:
- menyenaraikan bahan bacaan apa yang aku nak beli dengan melayari laman web penerbit
- menyenaraikan harga bahan bacaan tersebut (bajet harga asal tapi biasanya ada diskaun)
- menyemak kedudukan booth penerbit yang aku nak pergi tu
- menetapkan waktu dan hari yang sesuai untuk aku luangkan di sana
Sasaran aku ialah booth Karangkraf dan Galeri Ilmu..alhamdulillah, bahan bacaan yang aku senaraikan dan yang aku nak memang aku dapat...siap terlajak beli bahan lain lagi sebab ada yang keluaran terbaru kann...pastu singgah jugak di booth Al-Hidayah, ternampak novel karya Habiburrahman El Shirazy, beli sebuah iaitu Bumi Cinta.
Memang senyum meleret je la aku kan sebab dapat beli buku-buku yang aku nak..siap bawak tidur sekali...muahahaha...
Dok sana sampai petang tu pun bukan sekadar membeli buku tapi satu lagi sebab ialah menyokong dan membantu kakak angkat aku,
Kak Sid yang menaja kek dan muffin untuk Sinar Harian di booth Karangkraf, bagi meraikan hari lahir staff dan pengunjung yang menyambutnya pada tarikh tersebut. Slot Kak Sid yang akhir sekali untuk petang itu iaitu pada jam 6 petang...sambil tu sempat promosi jugak la hasil karyanya yang sangat gempak tu...Ramailah orang berebut-rebut nak merasa kek Kak Sid...memang terbaiklah!!!
Kak Sid dan hasil karyanya...gempak!!! Sempat jugak bergambar dengan
Cikgu Shida dari Parit (ate cikgu..teman dari kuale...). Katanya slot Cikgu Shida jam 4 petang...tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul pun cikgu. Rupa-rupanya sesat larat, dengan jalan jem bagai...sian cikgu...
Cikgu Shida yang sempoi... Kesimpulannya...memang bestlah!!! PBAKL 2012, andai panjang umurku...kita jumpa lagi!!!