Monday, July 30, 2007

Perempuan di Neraka

Maka Rasullullah SAW telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia. Antaranya,
  • Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,
  • Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya.
  • Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).
  • Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta.
  • Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.

SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN.

Wallahu A'lam....mungkin balasan pada orang lelaki lebih berat kerana sedangkan dosa isteri pun suami kena tanggung kalau tak ditegur. Inikan pula dosa para suami yang mengabaikan tanggungjawabnya.

Antara Realiti dan Fantasi

Antara realiti dan fantasi
Demi masa depan yang tak pasti
Melangkah sendirian.

Teraba-raba dalam gelap
Terang yang turut kabur
Diselaputi debu nista.

Bilakah hujan kan turun
Nyahkan debu dan kekotoran ini
Terangkan jalan ku yang kabur
Agar dapat ku melangkah pantas
Menuju penghujung jalan
Mencari pintu keluar dari fantasi ini
Agar aku kembali ke alam realiti.


Ampang
8 Jun 2003

Friday, July 27, 2007

Pesan Buat Adik

Wahai adikku
Jadilah insan berhati mulia
Jadilah insan berjiwa tabah
Jangan berdendam
Jangan membenci
Itu semua perosak hati.

Tanamkan dalam diri
Sifat kasih mengasihi
Semaikan dalam hati
Sifat sayang menyayangi
Jauhkan hasad dengki
Dan ungkit mengungkiti
Gantikan dengan kesabaran
Ketabahan dan kecekalan
Anggaplah ia suatu dugaan
Daripada Allah kepada setiap insan.


Ampang
20 Ogos 2002

Kad bunga-bunga


Monday, July 23, 2007

Rindu Pada-Nya

Dalam sendu
Ada rasa rindu
Pada Yang Satu.

Rindu akan nikmat-Nya
Rindu akan kasih-Nya
Rindu akan belas-Nya.

Dalam rindu
Ada rasa sayu
Pada Yang Satu.

Sayu akan nikmat-Nya
Sayu akan kasih-Nya
Sayu akan belas-Nya.

Diberikan nikmat pada hamba-Nya
Kerana kasih dan cinta
Kerana belas dan kasihan.

Terkadang kita alpa
Terkadang kita leka
Sedang itu semua pinjaman cuma.


Ampang

Sunday, July 22, 2007

Resipi Keharmonian

Seorang lelaki pergi ke rumah Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya. Apabila sampai, dia terdengar isteri Saidina Umar sedang berleter di dalam rumah tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.

Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, dia tidak jadi untuk mengadu hal isterinya. Katanya dalam hati; kalau isteri khalifah pun begitu, betapalah isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"

Jawab lelaki itu, "Aku datang hendak mengadukan hal isteri aku tapi kulihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku. Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."

Puteri ku Sayang

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati.

Di sebalik bersih wajah mu di sebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri.

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri.

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteri ku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya...

-Hijjaz-

(Lirik yang memberi semangat dan petunjuk untuk menjadi wanita solehah walau di manapun kaki ini berpijak)

Tahap Mana Solatku

  • Solatku tanpa Ilmu, lebih kepada ikut-ikut sahaja. Solatku tidak diterima oleh Allah.
  • Solatku dalam lagha atau fikiranku melayang-layang tanpa ada usaha mengawalnya. Neraka Wail adalah balasan untukku.
  • Solatku kerana segan kepada makhluk. Solatku tertolak.
  • Solatku pada peringkat mujahadah tetapi hatiku masih gagal dibawa dalam solat. Allah terima solatku setakat yang aku khusyuk sahaja, selebihnya tertolak.
  • Solatku dengan akal boleh disibukkan dengan mengingati makna-makna bacaan dan pergerakan solat serta tidak lalai. Ini tahap paling minimum untuk diterima Allah.
Sudah memadai jika aku boleh sampai ke tahap kelima ini..

Thursday, July 12, 2007

Persahabatan ibarat...

Persahabatan ibarat satu janji yang dibuat dalam hati.
Tak dapat ditulis, tak dapat dibaca.
Namun takkan terpisah dek jarak, takkan berubah dek masa.

TITANIC – Although it was a big SHIP but it sunk. So, the best SHIP is still FRIENDSHIP!

A special prayer for you is a small gift I can share everyday. May this message of care add joy to you forever...

Jauh mana jarak kita...lama mana pun tak jumpa...
Kita TETAP pandang BULAN yang sama...

Persahabatan adalah anugerah yang membuat kita tertawa...menangis....menerima...memberi...Dan yg paling penting...Ia membuat kita menghargai hidup...

Ukhuwah ibarat sebuah rumah, walau tak cantik, walau tak mewah, yang paling penting kita bahagia di dalamnya.

Teman yang beriman ibarat mentari yang mengilau,
Teman yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Teman sejati menjadi pendorong impian,
Dan teman yang berhati mulia membawa kita ke jalan ALLAH.


Everyone needs someone with whom to share her secrets.
Listening is just as important as talking.

An understanding friend is better than a therapist;
And cheaper too!

Sometimes you just need a shoulder to cry on.

'Thank You' & 'Happy Birtdhay'


Sepi Itu Indah

Sepi itu indah
Tatkala aku inginkan kedamaian
Ketenangan
Keamanan.

Sepi itu indah
Tatkala aku kesedihan
Kepiluan
Kesayuan.

Sepi itu indah
Tatkala aku dipinggirkan
Diketepikan
Dilupakan.

Sepi
Terima kasih kerana menemaniku
Rupanya aku tidak keseorangan
Kau mendekatkan ku pada Yang Satu.


Bukit Jalil
9 November 2005

Monday, July 2, 2007

CINTA

Cinta sebati dalam jiwa
Cinta menghancur jiwa raga
Cinta mengindahkan semua
Apakah sebenar erti cinta

Cinta titiskan air mata
Cinta memutuskan saudara
Cinta senyum gelak ketawa
Tiada dinafikan cinta

Dikala hangatnya cinta
Dunia itu indah
Kala mimpi hancur lebur
Harapan nyawa terkubur

Oh mengapa? Dimana? Apa?
Siapa dapat menduga
Datangnya dan pergi

Ya laili ya laili

Kurniaan ya rab itu indah
Walaupun kadang mampu meluka
Pelengkap jasad yang bernyawa
Tak dapat dinafi hadirnya

-Waheeda-

Biarkan Mereka

Diam
Tak bermakna aku bisu
Tak bermakna aku tuli
Tak bermakna aku merelakan
Tak bermakna aku mengiakan.

Biar mereka sedar sendiri
Apa yang mereka lakukan
Biar mereka tahu sendiri
Apa yang mereka sibukkan
Biar mereka fikir sendiri
Apa yang mereka katakan.

Mereka telah dewasa
Mereka tentu tahu semua itu
Tak perlu aku khabarkan lagi
Biar mereka tahu sendiri.


Ampang
31 Mac 2003
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...