Tuesday, February 24, 2015

Orang Berjaya VS Orang Gagal


Sentiasalah berfikiran dan bertindak positif.  Marilah menjadi orang yang berjaya.


Monday, February 16, 2015

Sedang Merindu

Diri ini sedang merindui seseorang... Seseorang yang jauh di mata, dekat di hati.  Kadangkala menangis sendiri.  Sunyi... Sepi... Adakala diri meronta ingin bertemu kekasih yang dicintai.  Namun atas kesibukan masing-masing, hasrat hati terpendam jua.

Bersabarlah duhai hati.  Inilah pengorbanan pada sebuah percintaan jarak jauh.  Hanya kesetiaan, kepercayaan dan kejujuran menjadi pegangan.

Namsan Tower, Seoul Korea [23 Disember 2014]

Tuesday, January 27, 2015

Senarai Semak Majlis Pertunangan

Merujuk kepada entry sebelum ini di sini..maka dilampirkan contoh pelan tindakan dan senarai semak majlis pertunangan yang mengandungi perkara-perkara penting untuk diambil tindakan, tindakan siapa dan nota.  Senarai semak ini aku buat seringkas yang boleh...janji faham.

Untuk B2B di luar sana, boleh lah jadikan senarai semak ini sebagai contoh dan rujukan.  Anda boleh juga menambah satu lagi ruangan iaitu tarikh mula/akhir.  Macam borang yang aku buat ni, tarikh tersebut aku masukkan dalam ruangan nota.  Perkara yang sudah siap boleh lah ditanda (/) ditepi nombor atau tulis 'SIAP' di ruangan nota.





Bila ada senarai macamni ia lebih memudahkan dan kita dapat mengelakkan daripada tertinggal sesuatu perkara.  Selamat mencuba ;)

Friday, January 16, 2015

Dup Dap Dup Dap

Assalamualaikum...maaf atas kesibukan ku sehingga tak sempat update blog..(ha3..alasan semata-mata)...

Tapi tak dinafikan memang aku agak sibuk sejak awal tahun.  Ada perkara penting akan berlaku hujung bulan ni...jeng jeng jeng.... (^_^) Alhamdulillah INSYAALLAH aku akan bertunang dengan jejaka pilihan hati... Pada hari yang sama juga akan diadakan majlis aqiqah dua orang anak buah ku.

Seperti kursus-kursus yang aku kendalikan sebelum ini di mana ada gantt chart/time frame, costing, person in charge, pembahagian tugas dan sebagainya..maka majlis besar begini juga ada perancangan tersebut... Alhamdulillah dengan pengalaman bekerja sebagai koordinator program maka dapatlah aku mengendalikan sendiri majlis ini.

Aku kongsikan di blog ini supaya dapat membantu B2B di luar sana yang pastinya mencari panduan persiapan pertunangan atau perkahwinan...INSYAALLAH semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama-sama....

Tarikh majlis telah ditetapkan pada pertengahan Disember lalu jadi kami ada sebulan setengah untuk membuat persiapan.  Keluarga si dia inginkan majlis serba ringkas maka kami cuba menjadikannya se'simple' mungkin.  Motto ku "Keep It Simple But Sweet & Nice".

Warna tema: Biru

Senarai perkara untuk tindakan dan person in charge ialah:
  1. Menjemput saudara-mara terdekat, jiran terdekat dan kawan-kawan rapat (sendiri, ibu) DONE
  2. Menempah katering makan tengahari (jiran sebelah) DONE
  3. Menempah jurucakap (pakcik) DONE
  4. Menempah khemah (ibu)
  5. Barangan hantaran (beli dan sponsor, deco adik) IN PROGRESS
  6. Membeli cincin merisik dan bertunang (beli dengan si dia) DONE
  7. Pakaian (tempah, jahit manik sendiri) IN PROGRESS
  8. Mekap (sendiri)
  9. Jurukamera (adik dan siapa yang ada)
  10. Pelamin mini, back drop (sendiri)
  11. Goodies bag (adik ipar) IN PROGRESS
  12. Menempah homestay untuk pihak lelaki (adik) DONE

Aturcara majlis:
  • Ahli keluarga dan saudara-mara berkumpul
  • Majlis merisik dan bertunang
  • Doa selamat sempena selamat bertunang, habis berpantang (adik & adik ipar), aqiqah
  • Makan tengahari

Bajet aku RM3, 000.00.

Siap bahagian 1: Bajet, tindakan dan aturcara majlis.

Details akan disambung dalam entry akan datang...

Tuesday, December 16, 2014

Kalendar 2015

Diam tak diam 2014 bakal meninggalkan kita dan muncullah 2015. Sudah tentu banyak perkara telah dirancang hendak dilakukan pada tahun hadapan kan...Nahh, dilampirkan kalendar 2015 bagi memudahkan perancangan kalian...

Banyak tarikh cuti yang jatuh dekat dengan hari minggu, jadi panjanglah cuti nanti dan jimatlah cuti tahunan bagi yang bekerja....kot la ada yang nak simpan cuti untuk hal-hal yang lebih penting kan...

Ok, bulan puasa pun dah semakin awal iaitu pada bulan Jun, jadi diingatkanlah ye untuk menggantikan puasa cepat-cepat, takut terlupa...

(^_^)


Tuesday, December 9, 2014

Beijing Musim Sejuk 2012-2013


Hip Hip Hoorayy..!!! Dua tahun di Beijing tuu...eh tak laa...sebenarnya trip ni dari 27 Disember 2012 hingga 2 Januari 2013.. Dua tahun la tu kan...hahaha...

Trip kali ini adalah tugasan aku yang ketiga sebagai Tour Leader bagi POTO Travel. Seramai 20 orang yang mengikuti trip musim sejuk ini. Kami menaiki penerbangan Cathay Pacific dari KLIA transit di Hong Kong dan kemudian menaiki penerbangan domestik ke Beijing. Di Beijing, Tour guide yang mengiringi kami ialah Hassan.  Hassan bukan Islam dan boleh berbahasa Melayu. Memandangkan Beijing menerima ramai pelancong dari Asia, maka kebanyakan Tour Guide berbahasa Melayu dan menggunakan nama yang mudah untuk disebut. Memandangkan kami tiba di destinasi hampir lewat malam jadi kami terus sahaja ke hotel untuk pendaftaran masuk. Esok barulah pengembaraan kami bermula.


Pada musim dingin di Beijing, waktu siang adalah lebih pendek dari waktu malam jadi banyak aktiviti yang menyebabkan kami seperti terkejar-kejar. Jam 5.00 petang cuaca dah gelap dan kedai mulai tutup.

Cuaca pula sangat sejuk hingga mencecah -8... Terasa pedih pipi seperti dihiris pisau... Air mata mengalir bukan kerana menangis tapi disebabkan kesejukan melampau.. Pakaian yang dipakai pula setebal empat lapis, dengan stoking tebal dan pashmina yang membalut leher lagi..Berjalan pun dah macam robot..

Apa yang membuatkan ahli rombongan sangat teruja ialah salji turun pada hari kedua kami di sini. Waktu itu kami baru saja keluar dari Chinese Medicine Centre. Cuaca sudah mulai gelap dan kami sangkakan hujan turun, rupa-rupanya salji... Apalagi melompat kegembiraan lah semuanya... Rombongan bergambar sakan lebih kurang 15 minit sebelum menaiki bas menuju ke restoran untuk makan malam.



Hari ketiga kami ke Tembok Besar China - rasanya tak ada orang lain yang naik hanya kami saja. Cuaca tak mengizinkan untuk tempat ini dibuka kepada orang awam. Hanya di bahagian yang kami naik ini sahaja yang dibuka itupun dua tingkat sahaja. Nak mendaki tangga pun perlu berhati-hati sebab keadaan tangga yang tinggi dan licin serta angin yang bertiup.  Pun begitu ahli rombongan kelihatan gembira dan seronok kerana impian untuk menjejakkan kaki ke salah satu keajaiban dunia tercapai...


Hari keempat kami ke Summer Palace pula. Tasik menjadi beku sepenuhnya dan rezeki kami waktu untuk berjalan-jalan diatas permukaan air yang telah mengeras.

Ahli rombongan bergambar di Zoo Panda

Yashow Market - pusat membeli belah



Alhamdulillah perjalanan kami dari awal hingga pulang semula ke tanah air berjalan lancar. Terima kasih diucapkan kepada ahli rombongan. Semoga perkenalan ini akan berpanjangan hendaknya.

Mentari Korea [Raja Ema]


Sinaran mentari yang menerangi 
Keseluruh alam bergemilang 
Bagai berterbangan 
Kita mendatang 
Dan menghinggapi digelanggang 
Tersenyumlah mentari Korea 
Pertemuan ini optimis sekali 
Bagai anugerah menyelubungi 
Hingga terbawakan dalam mimpi 

(korus) 
Sinar mentari oh Korea 
Ku mendaki mimpi-mimpi 
Sinar mentari oh Korea 
Cinta bersemi 
Pertemuan di Korea 
Kau menghidupkan semula 
Pertemuan di Korea 
Sehingga akhirnya 

Di arena ini kita berpesta 
Mengisi acara penuh mesra 
Di sini bermula cita yang baru 
Mengalir harmoni hasrat padu 
Tersenyumlah mentari Korea 
Pertemuan ini optimis sekali 
Bagai anugerah menyelubungi 
Hingga terbawakan dalam mimpi 

(ulang korus)

Lagu ni aku dengar masa sekolah rendah dulu...sejak itu tahu mengenai negara Korea.  Mentari Korea ialah lagu rasmi Sukan Olimpik Seoul 1988. Oh ye...sekarang ni tengah mood Korea sebab tu asyik dengar lagu ni saja...yayyy...percutian hujung tahun ini ialah ke Korea!!!

Thursday, September 18, 2014

Puisi Cinta Kita

Puisi ku untuk nya yang dirindui, yang jauh di mata dekat di hati...

~Sungguh Aku Rindu~

Malam ini sepi sekali
Terasa benar perlahannya waktu
Tidak keruan tingkah dan laku.

Sungguh
Aku rindu padamu
Kerinduan yang amat dalam
Menyesakkan
Melemaskan.

Sungguh
Aku sangat rindu
Kerinduan yang tiada tertahan
Meresahkan
Menyakitkan.

Ku hitung hari-hari berlalu
Lekaslah kau pulang pada ku
Aku amat merindui mu.

Sungguh
Tika dan detik ini
Air mata menjadi peneman
Potret mu pengubat kedukaan
Lagu mu sebagai pedoman.

Sungguh
Rindu ini telah menjadi milik ku.

[Azwa Saini, 18 Sept 2014, Ampang]

>>>>><<<<<

Balasan puisi nya untuk ku, yang jauh di mata dekat di sanubari...

~Aku Di Granada~

Dingin malam Kota Espana tidak terasa
Pergerakan masa sudah tidak seperti biasa
Istana Al-Hambra hilang romantis tanpa si dia.

Sungguh
Aku teringat padanya
Aku merindukan dirinya
Kerinduan yang amat dalam
Menyesakkan
Melemaskan.

Sungguh
Aku sangat rindu
Kerinduan yang tiada tertahan
Meresahkan
Melemaskan.

Aku seperti mu menghitung hari-hari mendatang
Pastinya dengan izin ALLAH aku kan pulang
Menikmati kasih cinta yang akan dihidang
Memastikan empat mata kita saling bertentang.

Sabarlah sayang
Nantikan harinya pasti kan datang
Aku amat merindui mu
Sungguh
Rindu itu telah menjadi milik ku.

[Firdaus Bentris, 18 Sept 2014, Granada Sepanyol Andalusia]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...