Showing posts with label Buku Oh Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku Oh Buku. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Pesta Buku Antarabangsa 2011

Aku menghabiskan masa sehari suntuk di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 pada hari kedua terakhir iaitu hari Sabtu, 30 April 2011.

Sesuailah sangatkan...lepas dapat gaji dan dapat duit kutu pulak tu...muahahaha...shopping sakanlah aku!!!

Dari jam 11.00 pagi sampai ke 6.00 petang aku bertapa di PWTC..fuhh, pecah rekod betullah!!! Lenguh kaki aku berdiri...sakit bahu memikul beg..


Berdasarkan pengalaman lepas, aku mengatur strategi yang banyak membantu aku iaitu:
- menyenaraikan bahan bacaan apa yang aku nak beli dengan melayari laman web penerbit
- menyenaraikan harga bahan bacaan tersebut (bajet harga asal tapi biasanya ada diskaun)
- menyemak kedudukan booth penerbit yang aku nak pergi tu
- menetapkan waktu dan hari yang sesuai untuk aku luangkan di sana

Sasaran aku ialah booth Karangkraf dan Galeri Ilmu..alhamdulillah, bahan bacaan yang aku senaraikan dan yang aku nak memang aku dapat...siap terlajak beli bahan lain lagi sebab ada yang keluaran terbaru kann...pastu singgah jugak di booth Al-Hidayah, ternampak novel karya Habiburrahman El Shirazy, beli sebuah iaitu Bumi Cinta.

Memang senyum meleret je la aku kan sebab dapat beli buku-buku yang aku nak..siap bawak tidur sekali...muahahaha...

Dok sana sampai petang tu pun bukan sekadar membeli buku tapi satu lagi sebab ialah menyokong dan membantu kakak angkat aku, Kak Sid yang menaja kek dan muffin untuk Sinar Harian di booth Karangkraf, bagi meraikan hari lahir staff dan pengunjung yang menyambutnya pada tarikh tersebut. Slot Kak Sid yang akhir sekali untuk petang itu iaitu pada jam 6 petang...sambil tu sempat promosi jugak la hasil karyanya yang sangat gempak tu...Ramailah orang berebut-rebut nak merasa kek Kak Sid...memang terbaiklah!!!

Kak Sid dan hasil karyanya...gempak!!!

Sempat jugak bergambar dengan Cikgu Shida dari Parit (ate cikgu..teman dari kuale...). Katanya slot Cikgu Shida jam 4 petang...tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul pun cikgu. Rupa-rupanya sesat larat, dengan jalan jem bagai...sian cikgu...

Cikgu Shida yang sempoi...

Kesimpulannya...memang bestlah!!! PBAKL 2012, andai panjang umurku...kita jumpa lagi!!!

Friday, December 3, 2010

Baca @ LRT, 5 Disember 2010, Ahad

Khusus kepada mereka yang pertama kali akan turun ke Baca@LRT. Taklimat ini adalah penting!

[Mohon izin hebahan ke emel, blog dan Facebook]

Bayangkan pada hari Ahad ini, kejutan kepada rakyat Malaysia yang menggunakan LRT. Mereka tidak tahu Baca@LRT akan berlaku di dalam gerabak dan mereka akan terkejut melihat sekeliling orang sedang membaca!

Satu kesan psikologi yang mendalam!

Baca@LRT 'Massa'
Jam 10 pagi dan 2.00 petang (pilih salah satu masa)
Bermula Terminal Putra Gombak
Berakhir Terminal Taman Jaya (berdekatan Amcorp Mall)

Semua orang spontan , melakukan hal masing-masing. Tidak ada ucapan, perhimpunan dan acara 'memotong reben'. Sangat natural!

------------------------------------------

Assalamualaikum wbt

Pada Ahad 5 Disember 2010, Baca@LRT bertemakan Massa yang terakhir edisi 2010 akan diadakan.

------------------------------------------

Apakah itu Baca@LRT?

Ia adalah aktiviti spontan membaca di dalam LRT bermula dari Terminal Putra Gombak sehingga LRT Taman Jaya.

Para penyokong akan membawa buku kegemaran masing-masing dan membaca sepanjang perjalanan.

Mereka yang tidak menahu akan program ini akan dikelilingi pembaca buku pada hari itu.

Nota: Mohon sharekan link event in di FB dan blog. Terima kasih :)

------------------------------------------

Tentatif:

Ia akan diadakan pada dua masa iaitu pada jam 10.00 pagi dan 2.00 petang. Pilih masa yang bersesuaian antara kedua-dua masa ini.

Baca@LRT tiada sebarang perhimpunan rasmi, ucapan atau apa-apa berbentuk majlis.

Ia spontan tidak ada apa-apa berlaku. Penyokong hanya dikenali melalui buku yang dibawanya. Malah ada yang tidak kenal satu sama lain.

Pada jam 10.00 pagi dan 2.00 petang, kita akan beramai-ramai menaiki LRT. Keadaan akan menjadi pelik di kalangan mereka yang tidak tahu Baca@LRT ini sedang berlangsung.

Tiba di Taman Jaya, para peserta bersurai ke Amcorp Mall. Jika LRT pertama penuh, naik LRT seterusnya.

------------------------------------------

Apa yang ada di Amcorp Mall?
Pada hari itu akan ada jualan buku baru dan terpakai serta terdapat beberapa kedai buku termasuk kedai buku BookXcess di tingkat empat yang menjual buku baru pada harga amat rendah.

------------------------------------------

Apakah kesan program ini?
Ia menggalakkan budaya gila-gila membaca di tempat awam.

------------------------------------------

Laporan Baca@LRT sebelum ini dapat diikuti di sini:

(1) Membuat kejutan dan telah berjaya membawa perubahan budaya membaca seperti ini Buktinya klik di sini http://on.fb.me/gEobkF

(2) Menunjukkan bahawa rakyat dengan tindakan kecil dapat membawa perubahan dalam amalan membaca klik di sini http://on.fb.me/fClOIC

(3) Mendorong gerakan rakyat Malaysia di negara lain percaya ada perubahan budaya membaca berlaku di Malaysia kerana Tuan dan Cik Puan. Buktinya klik di sini http://on.fb.me/eh7lrO

(4) Kejutan bacaan spontan akan memberi kesan psikologi mendalam kepada mereka yang tidak menahu program ini berlangsung. Ia akan mendorong mereka membawa bahan bacaan pada masa akan datang. Insya Allah.

(5) Mereka yang pernah membaca tetapi berhenti membaca di tempat awam akan mendapat keyakinan kerana Baca@LRT

(6) Pendidikan awal kepada kanak-kanak dan remaja bahawa membaca di tempat awam itu cool!

Pengesahan kehadiran klik di sini http://bit.ly/bacalrt5disember

Friday, April 23, 2010

Baca@LRT

Aktiviti gila-gila Baca @ LRT tanpa perhimpunan. Selepas membaca dari dalam LRT (dari pelbagai arah) ke KLCC, kita seorang demi seorang akan masuk ke Kinokuniya dan memasukkan hanya senaskhah buku ke dalam kotak buku UNICEF yang disediakan. Kemudian keluar dalam keadaan tenang dan natural bertemu rakan lain untuk bertukar buku. Tidak ada perhimpunan dan ucapan penutup kerana kita adalah natural.

Maklumat Perhimpunan
Tarikh : 25 April 2010
Hari : Ahad
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Kinokuniya, KLCC

Kepada semua kaki buku, jom kita meriahkan aktiviti ini..

Friday, April 2, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010 yang berlangsung dari 19 hingga 29 Mac 2010 di PWTC baru-baru ini menyaksikan pertambahan bilangan pelawat, pembeli dan juga bahan bacaan itu sendiri.

Aku juga tak terkecuali menyertai orang ramai ke acara tahunan yang dinanti-nantikan ini. Pada masa inilah kita dapat berjumpa penulis dan pengarang buku, membeli bahan bacaan edisi lama dan terbaru pada harga diskaun.

Hari kedua iaitu hari Sabtu aku pergi, orang tak berapa ramai lagi. Sabtu hari kedua terakhir aku pergi lagi. Masa ni memang ramai orang sampai aku tak nampak adik aku dah. Hilang di tengah lautan manusia. Aku pergi gerai Karangkraf dan Galeri Ilmu je. Tak laratlah nak pusing semua gerai.

Aku meminati penulisan Dr HM Tuah dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil @ Saiful Islam. Rambang mata aku tengok buku-buku diaorang. Aku borong enam buah buku Dr HM Tuah dari siri 'Membina' dan empat buah buku Saiful Islam termasuk tiga buah buku dari siri 'Aku Terima Nikahnya'. Fuhh..dahsyat..dahsyat...

Takpelah..aku rela berhabis demi ilmu..tulisan mereka memang tak menjemukan..memang memotivasikan aku. Gaya santai dan bersahaja..berdasarkan pengalaman sendiri dan orang sekeliling. Mereka ada aura tersendiri. Syabas!!!

Semoga mereka mempunyai kekuatan untuk menulis lagi. Berkongsi ilmu dengan orang macam aku yang dahagakan ilmu dan motivasi diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...