Bersabarlah duhai hati. Inilah pengorbanan pada sebuah percintaan jarak jauh. Hanya kesetiaan, kepercayaan dan kejujuran menjadi pegangan.
Seseorang bisa menjadi ilham untuk kita berbicara. Sesuatu bisa menjadi ilham untuk kita berkata-kata. Dan ia mampu menjadi penyuntik semangat untuk kita meneruskan kehidupan.
Monday, February 16, 2015
Sedang Merindu
Bersabarlah duhai hati. Inilah pengorbanan pada sebuah percintaan jarak jauh. Hanya kesetiaan, kepercayaan dan kejujuran menjadi pegangan.
Tuesday, December 16, 2014
Kalendar 2015
Banyak tarikh cuti yang jatuh dekat dengan hari minggu, jadi panjanglah cuti nanti dan jimatlah cuti tahunan bagi yang bekerja....kot la ada yang nak simpan cuti untuk hal-hal yang lebih penting kan...
Ok, bulan puasa pun dah semakin awal iaitu pada bulan Jun, jadi diingatkanlah ye untuk menggantikan puasa cepat-cepat, takut terlupa...
(^_^)
Wednesday, March 5, 2014
Semoga Panjang Umur
Bukan kerana tidak puas mengecap nikmat dunia cuma aku mohon agar diberi kesempatan untukku melunaskan hutang-hutang yang tertunggak. Terutamanya hutang duit dengan orang dan pihak bank.
Mati dalam keadaan masih berhutang adalah sesuatu yang amat aku takuti. Ya ALLAH, janganlah Kau ambil nyawaku selagi aku masih berhutang.
Saturday, December 21, 2013
Kosong...
Friday, July 6, 2012
Celaru
Blur katanya...
Seperti anak kecil yang perlukan bimbingan ibu ayah..
Seperti orang sesat jalan yang perlukan kompas untuk kembali ke arah yang betul..
Seperti duduk dalam kegelapan yang tak nampak satu apa pun cahaya..
Kenapa..? Kenapa..?
Ahhh...aku tiada jawapan..
Aku tidak boleh berfikir dengan waras tika ini...
Yang aku dapat rasakan..mungkin...
Kerana kau telah jauh dari TUHAN mu..
Kerana kau telah lama abaikan tanggungjawabmu..
Kerana kau lupa pada ayah ibu mu..
Jangan lengah lagi..kembali lah sebelum kau tersesat jauh..
Kembali lah selagi masih ada masa...
----------------------
Tuesday, January 10, 2012
Hikmah Tersembunyi
Begitu juga aku yang tidak dapat menerima hakikat tentang perpisahan itu. Kenapa ia terjadi padaku?
Tahun demi tahun mengharungi, kadangkala aku lupa apa yang terjadi...kadangkala memori itu menggamit semula di kala kesepian menghuni diri. Aku jadi rindu semula, jadi hilang arah...Aku cuba melupakan namun aku tetap memilih untuk mengingatinya.
Masa berlalu...setelah apa yang berlaku di sepanjang jalan kehidupan, aku mula sedar...perpisahan ini memang menyakitkan namun sebenarnya ada hikmah tersembunyi. Ada sesuatu yang indah di sebaliknya. Mengapa perlu aku bersedih andai insan lain sudah bahagia dengan kehidupan barunya? Mengapa perlu aku mengingati andai insan itu sudah melupakan segalanya?
Apabila aku meminta pelangi, ALLAH memberi hujan dan panas. Rupanya pelangi itu muncul selepas panas dan hujan itu beredar. Kehangatan cahaya mentari dan kedinginan hujan yang tidak aku senangi itu sebenarnya membuahkan suatu keindahan paling berharga yang tidak aku sedari sejak mula.
YA ALLAH, terima atas kurniaan tidak ternilai ini....
Friday, January 6, 2012
Januari Pembuka Cerita
Moga pencarian kali ini memberi lebih pengalaman dan pengajaran...
Januari ini pembuka cerita dalam setiap pencarianku...
Saturday, October 1, 2011
Hargai Ketika Ada...
Berapa banyak senarai nama dalam handphone kita?
Berapa ramai kenalan, saudara mara dan jiran yang kita kenal?
Adakah selalu kita menegur mereka, bertanya khabar, mengambil tahu apa yang mereka buat? Kadangkala kita tak ambil pusing, buat tak tahu kerana kita anggap mereka sentiasa ada dan melalui kehidupan yang membahagiakan...
Hari ini, aku mendapat berita seorang teman yang aku anggap seperti seorang adik telah kembali menghadap ILAHI...Aku tidak memberi ucapan selamat pada hari lahirnya bulan lepas...malah aku sudah lama tidak menghubunginya sejak dia pindah ke negeri asalnya, Pulau Pinang...Pemergiannya sangat mengejutkan semua orang..Dia pergi dengan tiba-tiba tanpa sakit, tanpa sebab dan tanpa sempat doktor menjalankan ujian darah ke atasnya.
Aku teringatkan arwah kerana hari ini aku menghadiri kursus di Sunway Convention Centre di mana beberapa tahun lepas, aku dan arwah pernah menghadiri kursus di tempat yang sama. Selepas arwah berpindah, hanya beberapa kali saja kami bersembang di facebook...Memang aku sedih dan ada sedikit rasa terkilan sebab pernah berkecil hati dengannya...tapi aku sudah maafkannya kerana apa yang berlaku sudahpun berlaku..ia memberi pengajaran dan pengalaman kepadaku...tiada siapa yang bersalah dan tiada siapa yang perlu dipersalahkan...Bagiku, arwah seorang yang sangat baik, pemalu tapi mudah mesra dan peramah dengan semua orang...sentiasa tersenyum dan murah dengan senyuman...sesiapa yang melihatnya pasti akan sejuk hati...seperti makna namanya 'Bintang', yang menyinari kehidupan insan di sekelilingnya.
Al-Fatihah buat Najmiyah Mohd Noor, semoga engkau ditempatkan di kalangan orang beriman. Akak sayang Mia sangat. Terima kasih sebab pernah berkongsi kisah dengan akak...Walau perkenalan kita cuma beberapa musim, namun Mia tetap di hati...Kenangan kita tetap terpahat di sanubari...
Apa yang cuba aku sampaikan ialah - hargailah teman-teman, keluarga, jiran dan kenalan kita selagi hayat masih ada...Jangan menyombong, cuba memutuskan persahabatan atau tidak mahu ambil berat tentang mereka...Maafkan kesalahan yang pernah dilakukan kerana hidup ini tidak lari dari melakukan kesilapan. Rajin-rajinlah menghubungi kenalan kita, ambil tahu perkembangan semasa dan selalulah membahagiakan hidup mereka. Hidup ini singkat, kita tidak tahu bila ajal kita akan sampai...hari ini kita sihat, entah esok lusa ALLAH menjemput kita...
"Harus diingat, kita hanya musafir...
Yang didatangkan hanya sementara...
Menghunikan alam dan pasti akan dijemput untuk pulang..."
Friday, June 24, 2011
Photoscape
Mode: HAPPY!!!
Belajar sendiri je...Ok, sediakan pen dan buku...
Chaiyok, chaiyok!!!
Tuesday, June 21, 2011
Luahkanlah Isi Hatimu
Kadangkala juga kita membiarkan dia mempengaruhi kehidupan kita sehingga kita tidak beroleh kebebasan kerana terikat dengannya. Kita biarkan dia mencorak siapa kita, kita patuh padanya kerana terlalu sayangkannya. Sedangkan kita tidak tahu dia sebenarnya hanya mempergunakan kita sahaja. Dia mahu dilihat berkuasa dan mahu dihormati.
Dia hanya berpura-pura di hadapanmu sedangkan sebenarnya dia cuma bersandiwara. Perawakannya sangat baik, menghormati orang tapi sebenarnya seperti haiwan bertopengkan manusia.
Usah menyeksa dirimu! Tinggalkan sahaja dirinya. Dia hanya mahu mengambil kesempatan diatas kelemahanmu!
Usah dipendam derita itu sendirian. Luahkanlah pada seseorang yang boleh dipercayai. Jika kau pendam deritamu sendirian, engkau akan merana. Engkau akan sentiasa memikirkannya kerana kasih sayangmu mengatasi segalanya.
Luahkanlah isi hatimu agar orang lain tidak menjadi mangsa seterusnya. Agar orang lain berjaga-jaga. Biarlah engkau yang terakhir menderita kerananya.
Bila sudah kau luahkan isi hatimu, pasti kau rasa tenang sekali. Bebas dari bebanan perasaan yang menghimpit. Bebas dari ikatan yang membelenggu.
Teman...yakinilah dirimu. Kau mampu berdiri tanpanya...
Tuesday, May 3, 2011
Pesta Buku Antarabangsa 2011
Sesuailah sangatkan...lepas dapat gaji dan dapat duit kutu pulak tu...muahahaha...shopping sakanlah aku!!!
Dari jam 11.00 pagi sampai ke 6.00 petang aku bertapa di PWTC..fuhh, pecah rekod betullah!!! Lenguh kaki aku berdiri...sakit bahu memikul beg..

Berdasarkan pengalaman lepas, aku mengatur strategi yang banyak membantu aku iaitu:
- menyenaraikan bahan bacaan apa yang aku nak beli dengan melayari laman web penerbit
- menyenaraikan harga bahan bacaan tersebut (bajet harga asal tapi biasanya ada diskaun)
- menyemak kedudukan booth penerbit yang aku nak pergi tu
- menetapkan waktu dan hari yang sesuai untuk aku luangkan di sana
Sasaran aku ialah booth Karangkraf dan Galeri Ilmu..alhamdulillah, bahan bacaan yang aku senaraikan dan yang aku nak memang aku dapat...siap terlajak beli bahan lain lagi sebab ada yang keluaran terbaru kann...pastu singgah jugak di booth Al-Hidayah, ternampak novel karya Habiburrahman El Shirazy, beli sebuah iaitu Bumi Cinta.
Memang senyum meleret je la aku kan sebab dapat beli buku-buku yang aku nak..siap bawak tidur sekali...muahahaha...
Dok sana sampai petang tu pun bukan sekadar membeli buku tapi satu lagi sebab ialah menyokong dan membantu kakak angkat aku, Kak Sid yang menaja kek dan muffin untuk Sinar Harian di booth Karangkraf, bagi meraikan hari lahir staff dan pengunjung yang menyambutnya pada tarikh tersebut. Slot Kak Sid yang akhir sekali untuk petang itu iaitu pada jam 6 petang...sambil tu sempat promosi jugak la hasil karyanya yang sangat gempak tu...Ramailah orang berebut-rebut nak merasa kek Kak Sid...memang terbaiklah!!!
Sempat jugak bergambar dengan Cikgu Shida dari Parit (ate cikgu..teman dari kuale...). Katanya slot Cikgu Shida jam 4 petang...tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul pun cikgu. Rupa-rupanya sesat larat, dengan jalan jem bagai...sian cikgu...
Kesimpulannya...memang bestlah!!! PBAKL 2012, andai panjang umurku...kita jumpa lagi!!!
Thursday, April 28, 2011
Saya Yang Garang
"Orang tanya jela, janganla marah..."
"Dia ni cerewet laa.."
"Awak ni..tak payah la strict sangat..."
Hahaha...maaf ye kalau saya garang...kalau saya strict...saya nak tolong awak jadi manusia cemerlang...
Bila saya berlembut dan buat tak kisah...awak akan naik kepala...
Bila saya nampak kesalahan awak dan saya tak menegur, nanti awak akan buat salah lagi...
Saya garang kerana saya mahu awak belajar...buat sendiri, bukan hanya mengharap saya memberi...
Saya cerewet kerana saya mahu ia nampak sempurna...bukan nampak sambil lewa...
Saya strict kerana mahu ia nampak teratur, tetap dan konsisten...
Mungkin sekarang awak membenci saya tetapi satu masa nanti awak pasti sedar kenapa saya garang...kenapa saya cerewet...kenapa saya strict...
Segalanya untuk awak juga..bukan saya...
Satu masa nanti awak akan jadi manusia berguna...ada wawasan...ada pegangan dan menjadi manusia cemerlang...
Friday, March 18, 2011
Ragut? Berhati-hati...
Dah balik rumah, kakak ni cerita kat suami dia dan mereka pun dah buat laporan kat balai polis. Dia sempat ambik nombor pendaftaran kereta tu lagi. Sampai malam, kakak ni tak lalu makan, tak lalu tidur…dalam kepalanya dok fikir yang bukan-bukan…mana tau dalam kereta tu ada senjata tajam, pisau ke parang ke…kalau orang tu culik dia, dia kena bunuh ke…kena bakar ke..kena campak kat mana-mana ke..pastu kalau perempuan muda yang kena culik, kot kena perkosa ke…selama 25 tahun dok Malaysia (kakak ni dari seberang), inilah pertama kali dia berdepan situasi macam ni…
Pesanan buat kawan-kawan terutama yang perempuan dan berjalan sorang-sorang (aku pun sama).
- Hati-hati dan sentiasa alert dengan persekitaran. Kadang-kadang bila kita jalan sorang-sorang tiba-tiba muncul kereta ke, motor ke, pejalan kaki yang lain ke…tengok keadaan tu, kalau mencurigakan, cuba tukar laluan atau berhenti dan pastikan dia melepasi kita dahulu.
- Jalan melawan arus kenderaan. Kadang-kadang kita tak perasan ada kereta sebab takde bunyi. Motor pulak selalunya laju, kalo dia tarik beg kita, dengan kita-kita sekali terbang…
- Elakkan menyumbat telinga dengan earphone dan pasang lagu kuat-kuat sebab ini menyebabkan kita tak dengar apa-apa
- Sentiasa pastikan beg yang kita bawak tu disilangkan atau kalo tak boleh silang sebab besar, kedepankan dan pegang kuat-kuat.
- Sentiasa bawak payung…kalo payung besar lagi bagus..memanglah nampak leceh atau macam ceti, tapi payung ni banyak faedahnya…boleh dijadikan senjata untuk mempertahankan diri.
- Elakkan bawak duit banyak-banyak. Bawak cukup-cukup berapa yang digunakan saja dan untuk kecemasan sket…dan elakkan pakai barang kemas yang sarat.
- Pakai seluar panjang yang ada poket. Pastu letak dompet dan henpon kat dalam poket…kalo ditakdirkan beg kita kena ragut, sekurang-kurangnya dompet dan henpon masih ada di badan.
- Kalo kita biasa melalui jalan yang sama dikhuatiri ada orang mark kita. Oleh itu, cuba tukar laluan lain. Kalo memang takde laluan lain, cuba tukar masa laluan…awal sket ke..lewat sket ke…
- Bawak wisel, penyembur minyak wangi atau apa-apa objek yang difikirkan boleh dijadikan senjata dan alat bantuan kecemasan.
- Jangan cepat panik sebab kalo kita panik, kita tak dapat berfikir dengan waras.
Monday, January 3, 2011
Latihan Praktikal
Sesetengah kursus yang ditawarkan di kolej/universiti mewajibkan pelajarnya mengikuti latihan praktikal sebagai syarat melengkapkan kursus yang diambil. Latihan ini bukan sekadar tempat untuk pelajar mempraktikkan teori yang dipelajari di kolej/universiti tetapi turut mengajar pelajar perkara-perkara lain yang lebih berharga, antaranya ialah:
- Menguji kemampuan dan kesanggupan pelajar menerima arahan dan tugasan yang diberikan penyelia/majikan. Ini adalah sebagai persediaan apabila melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Majikan berbesar hati sekiranya kita mampu membuat kerja.
- Menguji kebolehan komunikasi pelajar dengan pekerja lain/penyelia/majikan. Sebagai pelajar, mereka perlu rajin bertanya sekiranya ada perkara yang tidak pasti.
- Mengajar pelajar untuk menghormati pekerja lain/penyelia/majikan dari segi perbuatan mahupun pertuturan. Contohnya jika kita nampak pekerja lain sedang sibuk dan kita tidak sibuk waktu itu, tawarkan diri untuk membantu.
- Mengajar pelajar menghormati masa, mengikut jadual yang ditetapkan tidak kira kedatangan ataupun tarikh menghantar tugasan dan sebagainya.
- Mengajar pelajar untuk jujur pada diri sendiri dan majikan dari segi tugasan yang diberikan, peraturan syarikat mahupun perkara-perkara lain berkaitan syarikat.
Secara keseluruhannya, latihan praktikal merupakan persediaan awal untuk para pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Ada majikan yang akan mengambil terus pelajar untuk bekerja dengan mereka setelah tamat latihan. Ada juga majikan yang tidak kisah dengan pelajar kerana mereka tidak memenuhi kehendak majikan.
Oleh itu, kepada adik-adik yang akan/sedang menjalani latihan praktikal, tunjukkan kesanggupan dan kebolehan kamu, keramahan dan rasa hormat kamu serta perkara-perkara positif yang ada pada diri kamu supaya para majikan akan kagum dan suka bekerja dengan kamu.
Tuesday, August 3, 2010
Proses Pembelajaran
Aku ingat pesanannya sampai bila-bila dan aku jadikan pegangan dalam setiap kerja aku. Sebagai azimat untuk aku mengejar impian dan cita-cita. Sebagai ingatan tatkala aku alpa. Sebagai pedoman apabila aku buntu.
Tak semestinya kita mendapat pendidikan formal untuk mahir dalam sesuatu perkara. Kita sentiasa boleh mendapatkan ilmu pengetahuan secara tidak formal juga. Kalau secara formal, mungkin kita belajar satu atau dua bidang sahaja di kolej atau universiti. Selebihnya secara tidak langsung. Mungkin dengan ketua pejabat, rakan sekerja mahupun makcik cleaner.
Puan Norma banyak mengajar aku dari sekecil-kecil dan ‘sesimple-simple’ perkara sampailah yang sebesar-besar dan sesusah-susahnya. Kalau basic Microsoft Office tu, tak ada masalah bagi aku. Aku ada sijil belajar komputer. Tapi dari Puan Norma lah aku belajar mail merge. Aku juga belajar macam mana nak jimat masa kalau nak gam envelop dalam kuantiti yang banyak. Puan Norma seorang yang teliti dan cerewet. Bagi sesetengah orang, keadaan ini mungkin merimaskan tapi bagi aku inilah yang mengajar aku untuk berjaya. Dan sekarang, aku mengajar rakan sekerja aku perkara yang sama.
Bila aku dah bertukar department, HOD baru aku pun seorang yang tak kedekut ilmu. Daripada Ms Wai Ling, aku belajar calculation formula (Excel), stock take, reminder dan macam-macam lagi. Berada di dua department yang berbeza dengan tiga skop tugas yang berlainan, aku mengaut secukupnya pengetahuan dan pengalaman yang ada. Aku turut belajar daripada seminar dan kursus yang aku hadiri. Juga daripada makcik cleaner dan driver yang mengajar aku perkara berkaitan moral dan sivik.
Aku ni jenis yang minat banyak benda. IT lah, motivasi lah, designing lah. Tapi, macam yang aku kata tadi, tak semestinya kena belajar secara formal kan. Jenuh la pulak aku nak pegi kelas nak sambung belajar pulak. Takkan nak masuk universiti balik nak belajar semua tu. Jadi, aku belajar sendirilah kat rumah. Aku mula belajar Publisher, macam mana nak design gambar, editing, cropping, digital scrapbook, postcard dan apa-apa lagi lah. Aku belajar sendiri – trial and error dan juga melalui online tutorial kat Youtube, Google, Blogspot etc. Selain tu, aku belajar melalui rancangan tv atau buku dan majalah terutamanya perkara berkaitan motivasi, bisnes, agama dan ilmiah.
Dah bekerja kat tempat baru ni pulak, aku belajar satu lagi subjek dalam IT iaitu Adobe Illustrator. Walau masih tahap basic, tapi aku seronok sangat dapat tambah ilmu.
Benda yang paling penting yang aku belajar sebenarnya ialah;
- Jangan kedekut ilmu dan jangan malu untuk meminta ilmu. Tak kira dengan siapa pun, kita masih boleh belajar daripadanya.
- Jangan malas dan cepat mengalah sebelum mencuba.
Kepada semua yang pernah mengajar aku, terima kasih banyak-banyak.
Saturday, July 3, 2010
Ilham Bicara 2
Diam tak diam sudah tiga tahun aku di dunia blogging ini…sekejap ada sekejap takde…
Kalau ada mood, aku update bahan…kalau tak, lantak…tapi yang pastinya, aku sayang blog aku…selagi ada hayat, selagi tu blog aku tetap di sini…
Terima kasih kawan-kawan yang sudi singgah blog aku yang tak seberapa ni…yang tak semeriah blog lain…(background pun plain je…rimas ada corak-corak…serabut mata nak membaca…). Aku tak kejar viewers atau followers…sekadar berkongsi cerita, ilmu dan pengalaman agar dapat dijadikan panduan dan sebagai pengajaran dalam kita menjalani kehidupan ini…
Kalau boleh, aku nak himpun semua benda, semua cerita kat blog ni…aku ‘link’kan blog yang best-best kat blog aku…jadi ‘One Stop Centre’ la konon…hehehe…Pastu aku ni minat banyak benda…mula-mula cadangnya nak buat blog lain untuk tajuk yang berlainan…tapi, pikir-pikir balik, kalau create banyak blog, tak terkejar pulak nanti, kan…? Lebih baik aku concentrate kat satu blog ni saja…kumpul la semua benda kat sini, habih cerita, kan…? Aku senang, korang pun senang…kan..kan…?
Terima kasih sekali lagi kepada kawan-kawan yang rajin datang ‘home sweet home’ aku ni…yang rajin bagi sokongan, rajin komen...yang datang jenguk sat pun takpe…aku dah cukup happy…tanpa kawan-kawan, siapalah aku…kita kan saling melengkapi, saling mengingatkan, saling memerlukan. Terima kasih juga kerana anda semua turut terlibat dalam memberi ILHAM untuk aku berBICARA…
Salam sayang pada semua…
Azwa Saini
Friday, April 2, 2010
Pesta Buku Antarabangsa 2010
Aku juga tak terkecuali menyertai orang ramai ke acara tahunan yang dinanti-nantikan ini. Pada masa inilah kita dapat berjumpa penulis dan pengarang buku, membeli bahan bacaan edisi lama dan terbaru pada harga diskaun.
Hari kedua iaitu hari Sabtu aku pergi, orang tak berapa ramai lagi. Sabtu hari kedua terakhir aku pergi lagi. Masa ni memang ramai orang sampai aku tak nampak adik aku dah. Hilang di tengah lautan manusia. Aku pergi gerai Karangkraf dan Galeri Ilmu je. Tak laratlah nak pusing semua gerai.
Aku meminati penulisan Dr HM Tuah dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil @ Saiful Islam. Rambang mata aku tengok buku-buku diaorang. Aku borong enam buah buku Dr HM Tuah dari siri 'Membina' dan empat buah buku Saiful Islam termasuk tiga buah buku dari siri 'Aku Terima Nikahnya'. Fuhh..dahsyat..dahsyat...
Takpelah..aku rela berhabis demi ilmu..tulisan mereka memang tak menjemukan..memang memotivasikan aku. Gaya santai dan bersahaja..berdasarkan pengalaman sendiri dan orang sekeliling. Mereka ada aura tersendiri. Syabas!!!
Semoga mereka mempunyai kekuatan untuk menulis lagi. Berkongsi ilmu dengan orang macam aku yang dahagakan ilmu dan motivasi diri.
Saturday, October 31, 2009
Fikir Sebelum Bercakap
Kita perlu ingat, semua orang tak sama sifatnya..mood orang berbeza, boleh berubah-ubah..kalau angin baik masa tu, ok la tapi kalau tak..susah jugak..Faktor usia pun sama, lebih meningkat usia seseorang, lebih mudah dia terasa hati dan tersinggung dengan kata-kata kita.
Oleh itu, sebelum bercakap, sebelum berkata-kata...fikir dulu sama ada patut atau tidak kita cakap apa yang kita nak cakap tu, sesuai atau tidak keadaan dan masa kita nak cakap tu. Jangan cakap main lepas saja. Kita perlu hormat perasaan orang sebagaimana kita mengharapkan orang menghormati perasaan kita.
Sunday, September 13, 2009
Salam Aidilfitri 1430H
Ucapan Salam Aidilfitri..Maaf Zahir Batin buat kawan-kawan dan pembaca blog aku.
Berhati-hati di mana saja anda berada..di jalan raya, di dapur, di laman rumah, di surau, di kedai atau di mana-mana..bukan mendoakan yang buruk-buruk tapi kita perlu beringat sebelum terkena..bahaya ada di mana-mana, bila-bila boleh berlaku..
Kalau balik kampung, pastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan selamat..Pastikan suiz elektrik, paip air ditutup rapi.. Kunci pintu dan tingkap..mintak tolong jiran-jiran yang tak balik kampung tengok-tengokkan rumah kita..
Ziarah rumah keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan jiran-jiran. Jangan asyik menonton televisyen saja. Masa ni lah kita nak bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturrahim..bukan apa, aku dapat rasakan, di zaman canggih manggih ni, kita semakin jarang berjumpa dan bertemu mesra dengan kawan-kawan dan keluarga..Semuanya melalui internet saja..Budaya menghantar kad raya pun dah semakin pupus..
Maafkan saya sekali lagi..Maaf Zahir Batin ye..semoga kita dipanjangkan usia agar dapat bertemu sekali lagi dengan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang meriah...
Wednesday, September 2, 2009
Salam Ramadhan & Salam Kemerdekaan
Semoga kita beroleh keimanan, ketakwaan dan ketabahan dalam mengharungi bulan yang penuh barakah ini...Alhamdulillah, bulan puasa kali ini (setakat hari ini), cuaca sejuk, redup dan mendung sahaja..maklumlah hujan sepanjang hari..jadi tiada alasan untuk ponteng puasa, penat atau tak larat nak bekerja, berterawikh dan beribadat...
Shopping, shopping jugak..tapi ingat, kita perlu berjaga-jaga sepanjang masa..elakkan bersesak-sesak di tempat yang ramai orang untuk mengelak:
1. Penyebaran virus H1N1..pakai la topeng muka atau apa saja sebagai pelindung..elakkan memegang besi pemegang tangga, escalator, button lif etc tanpa pelapik atau sarung tangan.
2. Kejadian ragut..disebabkan leka dan ralit shopping, kita tak sedar yang pencopet ni aktif mencari mangsa...
3. Jangan bawak anak kecik shopping sama..takut hilang di tengah2 lautan manusia..tinggalkan je di rumah..kalau nak beli pakaian raya diorang, ambik ukuran siap2..
4. Pakai pakaian yang menutup aurat..ada jugak jenis manusia yg suka mengambil kesempatan meraba..ada yg sengaja jalan sebelah kita pastu buat2 terlanggar pulak..
5. Hati2 semasa penukaran duit baki dengan penjual..duit RM50 yg baru nampak sama sangat dengan duit RM1. Tengok dan periksa betul2 sebelum membuat pembayaran.
Lebih baik lagi kalau kita dapat buat persiapan awal. Lagi tenang dan senang...(hehehe..baju raya aku dah siap sebelum puasa lagi...). Perlu juga berjimat cermat..beli yg termampu, bersiap ala kadar..waktu berbuka masak sendiri..maklumlah..harga barang pun bukannya murah..
Oklah, akhir kata semoga kita semua merdeka dari godaan hawa nafsu..MERDEKA!!!



