Tuesday, December 9, 2014

Mentari Korea [Raja Ema]


Sinaran mentari yang menerangi 
Keseluruh alam bergemilang 
Bagai berterbangan 
Kita mendatang 
Dan menghinggapi digelanggang 
Tersenyumlah mentari Korea 
Pertemuan ini optimis sekali 
Bagai anugerah menyelubungi 
Hingga terbawakan dalam mimpi 

(korus) 
Sinar mentari oh Korea 
Ku mendaki mimpi-mimpi 
Sinar mentari oh Korea 
Cinta bersemi 
Pertemuan di Korea 
Kau menghidupkan semula 
Pertemuan di Korea 
Sehingga akhirnya 

Di arena ini kita berpesta 
Mengisi acara penuh mesra 
Di sini bermula cita yang baru 
Mengalir harmoni hasrat padu 
Tersenyumlah mentari Korea 
Pertemuan ini optimis sekali 
Bagai anugerah menyelubungi 
Hingga terbawakan dalam mimpi 

(ulang korus)

Lagu ni aku dengar masa sekolah rendah dulu...sejak itu tahu mengenai negara Korea.  Mentari Korea ialah lagu rasmi Sukan Olimpik Seoul 1988. Oh ye...sekarang ni tengah mood Korea sebab tu asyik dengar lagu ni saja...yayyy...percutian hujung tahun ini ialah ke Korea!!!

Thursday, September 18, 2014

Puisi Cinta Kita

Puisi ku untuk nya yang dirindui, yang jauh di mata dekat di hati...

~Sungguh Aku Rindu~

Malam ini sepi sekali
Terasa benar perlahannya waktu
Tidak keruan tingkah dan laku.

Sungguh
Aku rindu padamu
Kerinduan yang amat dalam
Menyesakkan
Melemaskan.

Sungguh
Aku sangat rindu
Kerinduan yang tiada tertahan
Meresahkan
Menyakitkan.

Ku hitung hari-hari berlalu
Lekaslah kau pulang pada ku
Aku amat merindui mu.

Sungguh
Tika dan detik ini
Air mata menjadi peneman
Potret mu pengubat kedukaan
Lagu mu sebagai pedoman.

Sungguh
Rindu ini telah menjadi milik ku.

[Azwa Saini, 18 Sept 2014, Ampang]

>>>>><<<<<

Balasan puisi nya untuk ku, yang jauh di mata dekat di sanubari...

~Aku Di Granada~

Dingin malam Kota Espana tidak terasa
Pergerakan masa sudah tidak seperti biasa
Istana Al-Hambra hilang romantis tanpa si dia.

Sungguh
Aku teringat padanya
Aku merindukan dirinya
Kerinduan yang amat dalam
Menyesakkan
Melemaskan.

Sungguh
Aku sangat rindu
Kerinduan yang tiada tertahan
Meresahkan
Melemaskan.

Aku seperti mu menghitung hari-hari mendatang
Pastinya dengan izin ALLAH aku kan pulang
Menikmati kasih cinta yang akan dihidang
Memastikan empat mata kita saling bertentang.

Sabarlah sayang
Nantikan harinya pasti kan datang
Aku amat merindui mu
Sungguh
Rindu itu telah menjadi milik ku.

[Firdaus Bentris, 18 Sept 2014, Granada Sepanyol Andalusia]

Thursday, July 24, 2014

Salam Aidilfitri 1435H

Assalamualaikum semua pembaca blog Ilham Bicara,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Kepada anda yang akan pulang ke kampung, pastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan yang selamat - tingkap ditutup, pintu dikunci, elektrik dimatikan. Berhati-hati di jalan raya terutama kepada mereka yang memandu pulang ke kampung. Biar lambat asal selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Dalam kesibukan membeli-belah, jangan lupa jaga keselamatan anak-anak kecil dan barangan peribadi. Dalam dok ralit memilih dan membeli barang, kita tak sedar anak-anak kita ke mana..takut diculik atau dilanggar kenderaan. Atau mungkin beg kita dicuri orang.. Nauzubillah...

Sentiasalah berhati-hati di mana jua anda berada.

Wassalam...

Thursday, July 10, 2014

Aku Yang Berdosa [Shahir]




Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan Mu

Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padaMu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadaMu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadaMu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadaMu
Atas dosaku

Ya Allah hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Friday, June 27, 2014

Bunga-Bunga Comel

Pin comel
Bahan-bahan: felt dan butang

Bookmark love flower
Bahan-bahan: felt, batang aiskrim dan butang

Wednesday, June 25, 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

Assalamualaikum semua...


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435H kepada semua pembaca dan followers blog ini.. Mohon maaf jika ada diantara penulisan aku di sini yang menyinggung perasaan kalian.

Semoga anda semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan hati yang tenang dan lapang. Berikut ialah amal ibadah yang dapat kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan:

  1. Solat sunat Tarawih.
  2. Solat-solat sunat yang lain seperti Dhuha, Taubat, Tahajjud.
  3. Bersedekah.
  4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
  5. Memperbanyakkan membaca Tahlil, Syahadah, berzikir, Tasbih dan sebagainya.
  6. Memperbanyakkan Istighfar dan bertaubat memohon keampunan ALLAH SWT.
  7. Memperbanyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan daripada azab neraka.
  8. Memperbanyakkan bersabar kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  9. Meninggalkan dan menjauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk perbuatan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah, berbohong dan sebagainya.

Sekali lagi, selamat berpuasa dan menunaikan amal ibadah seikhlasnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...