Thursday, November 29, 2012

Rukun Islam: Lima Perkara

Rukun Islam terdiri daripada lima perkara yang wajib ditaati iaitu:

  1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan haknya.
  2. Menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam.
  3. Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.
  4. Menunaikan zakat.
  5. Mengerjakan haji di Mekah bagi mereka yang berkemampuan.

Thursday, November 1, 2012

Memohon Rezeki

Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia;
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia;
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikan MU,
dengan rahmat MU wahai Yang Maha Pengasih.

Friday, August 17, 2012

Syukur Atas Nikmat Mu



Iklan Raya 2012 dari Bernas ini sangat menyentuh kalbu semua orang yang menontonnya. Dalam keadaan serba kekurangan, Ahmad dan Fizi masih mampu tersenyum dan terus berusaha mencapai matlamat.

Bersyukurlah kita yang sempurna pancaindera, ada rumah, ada keluarga...
Dan redhalah atas setiap kekurangan atau kehilangan kerana sememangnya setiap yang ada di bumi ini tidak akan kekal selamanya....

Buat adik Ahmad dan Fizi, semoga ALLAH merahmati kalian.

Wednesday, July 18, 2012

Hijau...

Warna kegemaranku ialah HIJAU dan aku sangat-sangat suka dengan warna ini...kebanyakan barang-barangku berwarna hijau antaranya ialah.....tengoklah sendiri kat bawah ni...


Sejak dari kecil lagi aku dah memang suka warna hijau...masa sekolah rendah dulu pun, rumah sukan aku ialah rumah hijau...naik sekolah menengah pun sama jugak...best..best... Aku kan suka stationery, bila ada warna hijau je mesti aku beli gak...tengoklah gambar tu...gunting, stapler dan bullet pun warna hijau...

Banyak lagi tau barang aku yang berwarna antaranya tuala mandi, hanger, sejadah, Al-Quran....Hari tu aku ada beli calculator hijau muda..baru ni pulak aku beli back pack hijau gelap dan Blossom Collection. Yang paling ntahapahapantah kan...aku guna syampu Sunsilk semata-mata sebab botol dia hijau..hahaha...

Korang suka warna apa? Cer citer..cer citer....

(>___<)

Friday, July 6, 2012

Celaru

Fikiran celaru..buntu...seperti hilang arah..seperti tidak tahu apa-apa...
Blur katanya...

Seperti anak kecil yang perlukan bimbingan ibu ayah..
Seperti orang sesat jalan yang perlukan kompas untuk kembali ke arah yang betul..
Seperti duduk dalam kegelapan yang tak nampak satu apa pun cahaya..
Kenapa..? Kenapa..?
Ahhh...aku tiada jawapan..

Aku tidak boleh berfikir dengan waras tika ini...
Yang aku dapat rasakan..mungkin...
Kerana kau telah jauh dari TUHAN mu..
Kerana kau telah lama abaikan tanggungjawabmu..
Kerana kau lupa pada ayah ibu mu..

Jangan lengah lagi..kembali lah sebelum kau tersesat jauh..
Kembali lah selagi masih ada masa...

----------------------


Wednesday, June 27, 2012

Yang....

Yang singkat itu waktu
Yang menipu itu dunia
Yang dekat itu mati
Yang besar itu hawa nafsu
Yang berat itu amanah
Yang sulit itu ikhlas
Yang mudah itu berbuat dosa
Yang susah itu sabar
Yang sering lupa itu bersyukur
Yang membakar amal itu mengumpat
Yang mendorong ke neraka itu lidah
Yang berharga itu iman
Yang mententeramkan hati itu teman sejati
yang ditunggu ALLAH swt itu taubat.

[Imam Al-Ghazali]

Tuesday, June 12, 2012

Demi Matahari [Snada]

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah.

**terjemahan lagu dari surah As-Syams**




Friday, May 11, 2012

Harapan [Hyper Act]



Bicara mimpi itu,
Mengheret ku ke dasar,
Gelap tangannya menggapai tangan ku.
Dan munculnya dirimu,
Dipinggir laman itu,
Hangatmu menyambut ku kembali,

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo..

Harapan..
Harapan menjadi layu,
Ingin ku bahgia bersama,
Menjadi kenangan,
Memburu impian masa kita
Selamanya..

Dan angin kan memanggil,
Bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji,
Mungkin seketika,
Ku merasa cintanya,
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini,
Tak bererti dan bersemi,
Tiada indah tanpamu disini.
Dan ku jejaki,
Walaupun hanya secebis rindumu Ooo..

Harapan..
Harapan menjadi layu,
Ingin ku bahgia bersama,
Menjadi kenangan,
Memburu impian masa kita
Selamanya..

Solo. C/O

Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya.

Monday, April 23, 2012

Pakaian Dalam Islam


Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:

i.      Pakaian itu hendaklah menutup aurat

ii.     Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan Rasulullah SAW pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid), untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

Suatu hari Rasulullah SAW bertanyakan Usamah: “kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?”.  Usamah menjawab: “saya telah berikan kepada isteri saya”.  “suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh isterimu)”.

iii.    Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan

iv.    Selain dari itu, pakaian wanita hendaklah dibuat daripada kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh hingga membayang kulit pemakainya.  Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya

v.     Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya

vi.    Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki

Abu Hurairah RA telah meriwayatkan; maksudnya: Rasulullah SAW telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan berpakaian lelaki.

vii.   Pakaian itu bukan melambangkan kemegahan dan bukan untuk berhias-hias atau ditambah dengan haruman semerbak

Abu Hurairah RA telah meriwayatkan; maksudnya: Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”.

viii.  Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik

Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.

Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajara Islam akan mendapat keredhaan ALLAH SWT dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...