Saturday, May 17, 2008

Ucapan Laillahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang mengucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi di bawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka.

Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT, menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?".

Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising di sini". Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak terlepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda- tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," Tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Zahirkan Cinta Anda

Cinta adalah permainan hati dan wujud di dalam hati. Oleh itu, bagi
menzahirkan kasih sayang dan cinta, ia mesti dilafazkan melalui
kata-kata,
perbuatan dan kelakuan. Asas kepada penzahiran ini adalah hadis Nabi
s.a.w.
yang menyuruh kit memberitahu seseorang apabila kita mengasihinya.
Sabda
Nabi s.a.w. bermaksud: "Apabila seseorang itu kasih akan saudaranya
maka
beritahulah dia bahawa dia kasihkannya." (Riwayat Abu Daud dan
Tirmizi)


LANGKAH MENZAHIRKAN CINTA

1. Panggilan suami isteri. Gunakan panggilan yang baik. Isteri
memanggil suami dengan perkataan 'abang, honey, darling, sayang,'
Suami
pula memanggil isteri dengan panggilan 'honey, darling, sayang,' atau
nama
manja. Nabi s.a.w. memanggil A'ishah dengan 'Humairaa' yang boleh
diertikan
'si merah jambu'. Elakkan panggilan 'ayahnya, bapanya, abahnya, papa,
daddy' dan seumpamanya. Elakkan 'maknya, mama' dan sebagainya. Ini
berlaku
selepas pasangan mendapat anak. Panggilan ini kadang-kadang bukan
sahaja
digunakan di hadapan anak bahkan semasa pasangan berdua sahaja. Jangan
jadikan panggilan 'darling' dan 'sayang' di awal perkahwinan, tetapi
di
akhir perkahwinan 'pinggan dibaling senduk melayang'.


2. Bantu-membantu. Realiti kehidupan hari ini kedua-dua suami
isteri
bekerja. Waktu pejabat adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Isteri
akan
bekerja semula sebagai surirumah seperti memasak, membasuh baju,
mengemas
rumah dan mengurus anak. Alangkah baiknya jika suami turut membantu
kerja-kerja tersebut. Apabila ditanya tentang kerja Nabi s.a.w. di
rumah,
A'ishah berkata: "Adalah Nabi berkhidmat untuk isterinya (membantu
isterinya dalam kerja-kerja rumah). Apabila terdengar azan, baginda
keluar". (Riwayat Bukhari)


3. Saling berkomunikasi dan berhubung. Komunikasi amat penting.
Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi. Penggunaan
SMS
dan sebagainya amat baik. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka,
teka-teki, cerita seks yang nakal dan sebgainya. Hubungan tanpa
komunikasi
adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomunikasi lebih
banyak
kita memahami. Tetapi waspada...jangan terlebih berkomunikasi hingga
bertukar menjadi benci.


4. Hadiah. Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan anda sempena
hari
keramaian seperti hari ibu, hari pekerja, hari raya atau hari minggu.
Hadiah akan mewujudkan kasih sayang. Berilah hadiah nescaya kamu pasti
akan
kasih-mengasihi. Hadiah tidak semestinya mahal. Yang penting keikhlasan
dan
penghargaan. Membeli bunga yang berharga RM3 pun sudah memadai.


5. Membuat kejutan. Contohnya suami mengajak isteri makan di
tempat
tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari minggu.


6. Menjaga lidah agar tidak bercakap perkara yang tidak sesuai.
Mulut murai, mulut 'laser' dan mulut celupar adalah perkara yang mesti
dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata akan menikam pasangan anda dan
menyedihkannya. Disebut dalam hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak
pernah bercakap perkara keji.


7. Memberi galakan terhadap minat pasangan atau hobinya. Salah
satu
kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan
melakukan
aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri dengan
hobi
tersebut. A'ishah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. ingin melihat orang
Habsyah
bermain. Nabi s.a.w. bersama A'ishah dan menemaninya hingga A'ishah
berasa
jemu. A'ishah berkata yang bermaksud: "Aku melihat Nabi s.a.w.
melindungi
aku dengan kain selendangnya, sedangkan aku ketika itu sedang melihat
orang
Habsyah bermain di masjid hinggalah aku berasa jemu..." (Riwayat
Bukhari).
Jangan larang pasangan anda melakukan aktiviti kesukaannya. Ada
kemungkinan
pasangan anda akan menghabiskan masa yang terlalu lama hingga
mengabaikan
tanggungjawab atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya.
Anda
boleh berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu.


8. Ucapan tanda penghargaan. Jangan lupa mengucapkan terima
kasih,
ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya.


9. Menghargai pemberian pasangan. Jangan dilihat pada kualiti
atau
harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas yang
menghadiahkan benda tersebut. Yang lebih penting adalah yang tersirat,
bukan yang tersurat. Jaga pemberian tersebut dengan baik. Jika tiada
hadiah
berbentuk material, ucapan sudah memadai......

Sumber: CAKAR HARIMAU Tips Kebahagiaan Rumahtangga oleh Ustazah Siti
Nor
Bahyah Mahamood


========================================================
IMU courses available for 14 Jul 2008 intakes:
Pharmacy (BPharm)
Pharmaceutical Chemistry
Nursing
Medical Biotechnology
Nutrition & Dietetics
Psychology
Biomedical Science

For more information, please call 03-86567272/7273 /

www.imu.edu.my (http://www.imu.edu.my) / enquiry@imu.edu.my
For other matters, please call 03-86567228
========================================================

"The information transmitted is intended only for the person
or entity to which it is addressed and may contain confidential
and/or privileged material. Any review, retransmission,
dissemination or other use of, or taking of any action in
reliance upon this information by persons or entities other
than the intended recipient is prohibited.
If you have received this e-mail in error, please notify us
immediately by return e-mail or telephone +603 8656 7228
and destroy the original message without delay."

Thursday, May 8, 2008

Klip Kertas Berwarna

Di antara koleksi yang paling aku sayangi ialah klip kertas yang berwarna-warni. Tak kira di mana aku nampak, aku akan mendapatkannya. Ia seperti satu kepuasan dan terapi minda apabila melihat klip yang comel ini terkumpul di dalam balang. Selain itu, klip ini juga digunakan sebagai hiasan untuk barangan kraf yang aku hasilkan, sebagai tambahan untuk scrapbook layout dan juga kad ucapan..

Saturday, May 3, 2008

Challenge - Bookmark


Kali ini di Lovescrap, aku host kan challenge untuk membuat dua keping penanda buku. Sebelah perlu ada kata-kata hikmah dan sebelah lagi boleh letak apa-apa embellishment atau gambar.

Monday, April 21, 2008

Many Faces of Me

Kali ini weekly challenge di Lovescrap oleh Fliffy, scraplift daripada LO yang Fliffy dah buat.

SOURCES - Microsoft Publisher. Design: Pattern Pickup. Colour Scheme: Glacier. Font: Forte, 20.

Sunday, April 20, 2008

3 hari 2 nafas

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN:
Hidup dalam keredhaan ALlah.
Hidup dalam kemurkaan ALlah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini: Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ... Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera sentiasa .. di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALlah s.w.t.

Hargailah Isteri Anda

Mulianya seorang isteri di sisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki),
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,
dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

(Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.)

15 tips supaya solat jadi khusyuk

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al-Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memerhatikan solat itu.

6. Rasa Malu (Haya') - perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan solat secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan solat bersendirian ataupun
sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersolat dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Friday, April 11, 2008

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usaha mu tidak menentu

Jika kau fikirkan kegagalan
Kau hampiri kekalahan
Jika kau fikirkan kejayaan
Kau hampiri kemenangan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Bertindak atas kemahuan
Engkau boleh!

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Berfikir boleh melakukan
Engkau boleh!

-Copyright Reserved-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...