Thursday, April 28, 2011

Saya Yang Garang

"Akak ni garangla..."

"Orang tanya jela, janganla marah..."

"Dia ni cerewet laa.."

"Awak ni..tak payah la strict sangat..."

Hahaha...maaf ye kalau saya garang...kalau saya strict...saya nak tolong awak jadi manusia cemerlang...

Bila saya berlembut dan buat tak kisah...awak akan naik kepala...

Bila saya nampak kesalahan awak dan saya tak menegur, nanti awak akan buat salah lagi...

Saya garang kerana saya mahu awak belajar...buat sendiri, bukan hanya mengharap saya memberi...

Saya cerewet kerana saya mahu ia nampak sempurna...bukan nampak sambil lewa...

Saya strict kerana mahu ia nampak teratur, tetap dan konsisten...

Mungkin sekarang awak membenci saya tetapi satu masa nanti awak pasti sedar kenapa saya garang...kenapa saya cerewet...kenapa saya strict...

Segalanya untuk awak juga..bukan saya...

Satu masa nanti awak akan jadi manusia berguna...ada wawasan...ada pegangan dan menjadi manusia cemerlang...

Friday, April 8, 2011

Bahan Bacaan Kegemaran Saya

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur(PBAKL 2011) datang lagi! Acara ini akan berlangsung di PWTC dari 22 April hingga 1 Mei 2011.

Kepada penggemar buku, inilah waktu yang ditunggu-tunggu untuk mendapatkan bahan bacaan keluaran terbaru atau lama serta berjumpa dengan penulis-penulis yang diminati. Hooray!!!

Sempena acara ini, aku nak buat tagging berkenaan tajuk di atas. Walaupun banyak yang anda baca tapi saya mintak tak banyak, 1 je...apa dia? Sila check peraturan okey!

---------------------------------------------------------------------------------------------

Peraturan Tagging 'Bahan Bacaan Kegemaran Saya'
1. Link kan entry ini ke blog anda
2. Nyatakan 1 jenis bahan bacaan yang menjadi kegemaran anda (cth: novel cinta, buku agama, motivasi, seni dan kraftangan)
3. Nyatakan 1 penulis kegemaran anda dan kenapa?
4. Nyatakan 1 penerbit yang anda gemari
5. Nyatakan waktu bila biasanya anda membaca dan berapa lama masa yang diambil untuk menghabiskan bacaan
6. Nyatakan salah satu tajuk yang menjadi kegemaran anda (yang ditulis oleh penulis yang anda minat tu...)
7. Tag 5 orang untuk senaraikan Bahan Bacaan Kegemaran mereka pulak
8. Dah selesai, link kan entry anda tu kat ruangan COMMENT entry ini

Nota
1. Game ini berlangsung sehingga 22 April 2011
2. Entry anda akan diundi secara rawak untuk menerima GIFT iaitu A SET OF BOOKMARK daripada saya
3. Peraturan 3 & 4 mungkin tiada kena mengena kerana ada penulis yang menulis untuk penerbit yang berlainan.

----------------------------------------------------------------------------------------------

'Bahan Bacaan Kegemaran Saya'

1. Saya paling gemar membaca buku motivasi diri
2. Penulis kegemaran saya ialah Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj kerana gaya penulisan yang tidak terlalu skema...macam bercakap dan kebanyakannya berdasarkan pengalaman beliau sendiri
3. Saya suka penerbit Alaf21 sebab banyak produk terbitan mereka dan selalu semak terbitan terbaru mereka
4. Saya membaca pada hari minggu, kalau takde aktiviti lain. Kalau takde gangguan, boleh habiskan bacaan dalam sehari.
5. Satu tajuk kegemaran saya ialah "Membina Peribadi Anggun"

----------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang saya nak tag TZM, Nidza, Arsha, Hanifadil, Izawati.

Kepada yang first time main game ni, jangan malu-malu tanya ye kalau tak tahu... ;)

Terima kasih dan selamat bertagging!!!

Wednesday, April 6, 2011

Wasiat Imam Syafie

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :

Pertama :
Hak Kepada Diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua :
Hak Kepada Malaikat Maut iaitu mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah.

Ketiga :
Hak Kepada Kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat :
Hak Kepada Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima :
Hak Kepada Mizan iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam :
Hak Kepada Sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh :
Hak Kepada Malik iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan :
Hak Kepada Ridhwan iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

Kesembilan :
Hak Kepada Rasulullah SAW iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT.

Kesepuluh :
Hak Kepada Allah SWT iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Friday, March 18, 2011

Nukilan Seorang Teman: Satu Pengorbanan

Kisahku kali ini merupakan penyertaan dalam contest Nukilan Seorang Teman di sini. Kisah mengenai cabaran dan dugaan sewaktu aku bergelar pekerja dan pelajar. Banyak perkara yang aku lalui ketika itu tapi yang ingin aku kongsikan di sini ialah salah satu daripadanya.

Contest Nukilan Seorang Teman ini telah mendapat tajaan daripada Maratussolehah Muslim House, MyChocs4u, NisaChoc, Awan Pagi, Azwa Saini, dan Busana Impian Muslimah

Lebih lanjut klik di sini.

Inilah kisahku...
----------------------------------------------------------------------------------

Satu Pengorbanan
Aku bukanlah pelajar cemerlang dan keputusan peperiksaan setiap semester sewaktu pengajian diploma pun tidaklah memberangsangkan. Namun aku tetap meneruskan pengajian sehingga tamat kerana tidak mahu mengecewakan harapan ibu ayah.
Tamat sahaja pengajian di UiTM pada tahun 2001, aku melangkah ke alam pekerjaan. Tanpa latihan asas, dikelilingi orang yang lebih dewasa dan pelbagai ragam, majikan yang cerewet serta tugasan yang banyak menyebabkan aku mula rasa tertekan. Aku mula memikirkan apa sebenarnya yang aku inginkan. Aku mula merasa ingin menyambung semula pelajaran untuk menebus kekurangan lalu tetapi dalam masa yang sama turut bekerja.
Aku mendapat tawaran menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda pada hujung tahun 2004 secara luar kampus. Segala perbelanjaan pengajian aku tanggung sendiri dengan menggunakan gaji yang aku perolehi. Aku tidak mahu menyusahkan ibu ayah yang telah menanggungku selama ini.
Bermulalah kehidupanku sebagai pekerja dan pelajar. Siang bekerja dan malam menghadiri kuliah. Menaiki LRT dari Ampang menuju ke tempat kerja di Bukit Jalil dan kemudian menuju ke UiTM Shah Alam. Waktu bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang diawalkan dari jam 8 pagi hingga 5 petang untuk mengejar kelas yang bermula jam 6.30 petang. Tapi biasanya aku tiba di kelas selepas maghrib kerana terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas. Jika bas penuh aku terpaksa berebut-rebut, berhimpit dan berdiri sepanjang perjalanan lebih satu jam.
Kelas tamat jam 9.30 malam dan aku berkejar pula mendapatkan bas ke Kuala Lumpur sebelum menaiki bas atau LRT pulang ke Ampang. Bas akhir dari Shah Alam ialah pada jam 10.30 malam. Oleh itu, aku akan pastikan yang aku mendapat bas selewat-lewatnya jam 10.00 malam. Kadangkala aku menaiki komuter atau menumpang kawan sekuliah yang sama perjalanan. Sekiranya kelas habis awal, awallah aku tapi jika lewat aku akan tiba lewat di rumah. Pernah aku tiba di rumah pada jam 12.30 malam.
Berulang alik dari Ampang – Bukit Jalil – Shah Alam sangat memenatkan. Aku pernah menangis kerana terlalu tertekan dan penat. Penat fizikal dan mental. Ditambah pula dengan tekanan di tempat kerja. Perjalanan sekitar tiga daerah yang berbeza dan jauh ini lebih memenatkan daripada menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah.
Selama 4 tahun aku menjalani rutin tersebut sehingga pernah aku merasa ingin berhenti sahaja. Namun aku cuba bertahan dan tanamkan dalam fikiran yang segalanya akan berakhir juga. Aku bertekad dan berazam untuk tamatkan juga pengajian ini. Apa yang telah aku mulakan perlu diakhiri dengan jayanya. Aku tidak mahu kecundang di tengah jalan. Aku mempunyai rancangan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dengan ijazah yang akan aku terima nanti. Setidak-tidaknya untuk pencapaian peribadi aku sendiri.
Akhirnya, pada tahun 2009 tamatlah pengajianku dan aku dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian. Walaupun bukan kelas pertama, namun aku puas. Puas kerana aku mendapat apa yang aku impikan dan sasarkan. Puas kerana pengorbanan dan penat lelah yang kutanggung selama ini membuahkan hasil. Puas kerana aku menggunakan wang sendiri untuk memenuhi impianku. Puas kerana aku dapat menggembirakan ibu ayah dengan kejayaan yang aku perolehi. Puas kerana aku mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman sebagai seorang pekerja dan pelajar dalam waktu yang sama.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Setiap kali terkenangkan saat itu, hatiku pasti rasa sebak dan sedih. Aku tak menyangka yang aku mampu mengharunginya. Aku bersyukur kepada ALLAH yang memberikan aku kekuatan, kecekalan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini. Bukan mudah melakukan dua perkara yang berbeza dalam satu masa tapi dek kerana kekuatan yang ALLAH kurniakan itulah membuatkan aku mampu bertahan.
Buat teman-teman, setiap pengorbanan yang kita lakukan tetap akan mendapat ganjaran. Sama ada cepat atau lewat, itu ketentuan-NYA. Bersabar dan tabahlah menghadapi ujian dan cabaran. Usah cepat berputus asa dengan kegagalan lalu. Usah cepat mengalah dengan cabaran dan dugaan yang ditempuh tetapi bangkitlah demi kejayaan diri. Hanya kita…diri kita sendiri yang mampu merubah perjalanan hidup kita.
Azwa Saini

Ragut? Berhati-hati...

Kakak cleaner kat tempat aku keja bagitau tadi…tengahari kelmarin waktu dia berjalan kaki balik ke rumah, ada sebuah Proton Perdana hitam dengan dua orang India berbadan besar di dalamnya menahan kakak ni. Diorang bagitau yang diorang ni polis dan minta kad pengenalan kakak ni. Kakak ni pun tunjuklah kad pengenalannya. Sambil bertanya tak semena-mena sorang daripada lelaki tu menarik tangan kakak ni. Kakak ni pakai gelas emas ketul kat tangan dia. Kakak ni yang terkejut terus menjerit, “Tolong, tolong..ada orang nak ragut!!!”. Agaknya lelaki ni tak sangka yang kakak ni menjerit, terkejut la jugak…dorang pun memecut kereta dan mencampakkan kad pengenalan kakak ni tadi.

Dah balik rumah, kakak ni cerita kat suami dia dan mereka pun dah buat laporan kat balai polis. Dia sempat ambik nombor pendaftaran kereta tu lagi. Sampai malam, kakak ni tak lalu makan, tak lalu tidur…dalam kepalanya dok fikir yang bukan-bukan…mana tau dalam kereta tu ada senjata tajam, pisau ke parang ke…kalau orang tu culik dia, dia kena bunuh ke…kena bakar ke..kena campak kat mana-mana ke..pastu kalau perempuan muda yang kena culik, kot kena perkosa ke…selama 25 tahun dok Malaysia (kakak ni dari seberang), inilah pertama kali dia berdepan situasi macam ni…

Pesanan buat kawan-kawan terutama yang perempuan dan berjalan sorang-sorang (aku pun sama).

  1. Hati-hati dan sentiasa alert dengan persekitaran. Kadang-kadang bila kita jalan sorang-sorang tiba-tiba muncul kereta ke, motor ke, pejalan kaki yang lain ke…tengok keadaan tu, kalau mencurigakan, cuba tukar laluan atau berhenti dan pastikan dia melepasi kita dahulu.

  2. Jalan melawan arus kenderaan. Kadang-kadang kita tak perasan ada kereta sebab takde bunyi. Motor pulak selalunya laju, kalo dia tarik beg kita, dengan kita-kita sekali terbang…

  3. Elakkan menyumbat telinga dengan earphone dan pasang lagu kuat-kuat sebab ini menyebabkan kita tak dengar apa-apa

  4. Sentiasa pastikan beg yang kita bawak tu disilangkan atau kalo tak boleh silang sebab besar, kedepankan dan pegang kuat-kuat.

  5. Sentiasa bawak payung…kalo payung besar lagi bagus..memanglah nampak leceh atau macam ceti, tapi payung ni banyak faedahnya…boleh dijadikan senjata untuk mempertahankan diri.

  6. Elakkan bawak duit banyak-banyak. Bawak cukup-cukup berapa yang digunakan saja dan untuk kecemasan sket…dan elakkan pakai barang kemas yang sarat.

  7. Pakai seluar panjang yang ada poket. Pastu letak dompet dan henpon kat dalam poket…kalo ditakdirkan beg kita kena ragut, sekurang-kurangnya dompet dan henpon masih ada di badan.

  8. Kalo kita biasa melalui jalan yang sama dikhuatiri ada orang mark kita. Oleh itu, cuba tukar laluan lain. Kalo memang takde laluan lain, cuba tukar masa laluan…awal sket ke..lewat sket ke…

  9. Bawak wisel, penyembur minyak wangi atau apa-apa objek yang difikirkan boleh dijadikan senjata dan alat bantuan kecemasan.

  10. Jangan cepat panik sebab kalo kita panik, kita tak dapat berfikir dengan waras.

Ingat ye kawan-kawan…kita sentiasa perlu berhati-hati dan berwaspada. Orang jahat ni dia tak kira mangsa…lelaki ke perempuan ke, muda ke tua ke, celik ke buta ke…yang penting tercapai apa yang dorang nak…

Tuesday, March 15, 2011

4 Perkara menyebabkan manusia binasa

1) Mengungkit-ungkit kebaikannya (pahala) yang lalu

menyebabkan dia rasa dah banyak pahala, jadi tak perlu lagi buat amal yang lain sedangkan tanpa disedari, dia telah mengungkit-ungkit kebaikannya dan riak yang menyebabkan perbuatan baiknya terbatal (tidak mendapat sebarang pahala).

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosakkan pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menujuk-nunjuk kepada manusia (ria'), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah diatasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi ). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan ria' itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan pertujuk kepada kaum yang kafir. (Al-Baqarah : 264).

Ini banyak terjadi kepada kita sendiri... apabila kita dah buat jasa atau menolong seseorang, kita akan mengungkit pertolongan kita kepada orang tersebut supaya dia dapat membantu kita atau dengan kata lain membalas segala kebaikan kita yang lalu.

2) Lupakan dosa-dosa yang lalu

menyebabkannya merasa selesa dengan kehidupannya walhal dosa masih menggunung dan belum taubat nasuha lagi dan kemungkinan akan mengulangi perkara (dosa) yang sama.

Di samping itu juga, ada orang yang memandang rendah terhadap dosa itu sendiri... ada yang dengan megahnya berkata...’ takpe masuk neraka dulu, bukannya lama,,, nanti habis kena seksa... masuk Syurga balik sebab kita orang Islam... kan..kan.. kan...’ Dia ingat, syurga neraka itu perkara main-main.. Dia ingat dia seolah-olah dah buat MOU dengan Allah, bahawa dia akan masuk Neraka untuk tempoh sekejap je... kemudian Allah SWT akan masukkannya ke Syurga untuk selama-lamanya... Ingatlah ... Allah telah menempelak golongan tersebut melalui firmannya yang bermaksud;

Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api Neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?" (Al-Baqarah : 80)

3) Membandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi kedudukannya dalam perkara dunia

menyebabkan dia akan terus mengejar dunia dan lalai urusan akhirat. Biasanya sibuk mengejar harta/pangkat/glamour dan berusaha mendapatkannya tanpa menghiraukan dosa pahala.

4) Membandingkan diri dengan orang yang lebih rendah kedudukannya dalam perkara akhirat

menyebabkan dirinya merasa selamat, dah banyak pahala jika dibandingkan dengan orang lain yang hanya sikit je amal, hanya solat 2 kali setahun, sedangkan dia ada solat tarawikh dan puasa Ramadhan… jadi memadailah bagi dia... padahal solat fardhu dan sebagainya tak buatpun.... perasan...

Saturday, March 12, 2011

Kejujuran

Kurang cerdas dapat diperbaiki dengan belajar. Kurang cekap dapat dihilangkan dengan pengalaman. Tetapi kurang jujur payah memperbetulkannya – Muhammad Hatta

Sesungguhnya kejujuran (kebenaran) itu akan membawa kepada kebaikan, sedangkan kebaikan itu akan membawa ke syurga. Dan sesungguhnya seseorang yang jujur itu akan ditulis (ditetapkan) di sisi Allah sebagai seorang yang benar – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim


Ramai orang yang gagal dalam pergaulan hidup dan ditimpa krisis jiwa kerana tidak ada penyesuaian antara sikap lahir dan batin. Manusia menyeksa diri sendiri apabila sengaja melepaskan kejujuran – Hamka


Kalau ada di dunia ini suatu pengorbanan dan kejujuran serta kelapangan hati, satu daripadanya adalah pekerjaan guru – Hamka


Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya. Tetapi seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya – Peribahasa Aceh

Friday, March 11, 2011

Never Had A Dream Come True

Everybody's got something, they had to leave behind
One regret from yesterday that just seems to grow with time
There's no use looking back or wondering
How it could be now or might have been
All this I know but still I can't find ways to let you go

Chorus :
I never had a dream come true
'Til the day that I found you
Even though I pretend that I've moved on
You'll always be my baby
I never found the words to say
You're the one I think about each day
And I know no matter where life takes me to
A part of me will always be with you, yeah

Somewhere in my memory, I've lost all sense of time
And tommorow can never be 'cos yesterday is all that fills my mind
There's no use looking back or wondering
How it should be now or might have been
All this I know but still I can't find ways to let you go

[Chorus]

You'll always be the dream that fills my head
Yes you will, say you will, you know you will, oh baby
You'll always be the one I know I'll never forget
It's no use looking back or wondering
Because love is a strange and funny thing
No matter how I try and try
I just can't say goodbye, no, no, no, no

[Chorus]

~S Club 7~

Wednesday, March 9, 2011

Give Away Tupperware

Nidza menganjurkan Give Away (GA) sempena hari lahirnya pada bulan ini (Mac).

Syarat-syaratnya:
1. Kena jadi 'follower' blog Tupperwarewithlove (lama dan baru)
2. Link kan entry anda dengan Tupperwarewithlove
3.Sila tangkap gambar koleksi Tupperware anda dan beritahu kenapa anda suka Tupperware?
4. Kemudian, sila tag rakan-rakan anda.

SENANG SAJA!

TARIKH AKHIR: 20 MAC 2011

HADIAH: BARANG TUPPERWARE LAH ;-P
NOTA: BUKAN SEORANG YANG AKAN DIPILIH, TETAPI DUA ORANG!!
-------------------------------------------------

1. OK, saya dah jadi follower Tupperwarewithlove !
2. Ini koleksi Tupperware saya...


Kenapa saya suka Tupperware? Kerana...
- Ia tebal dan tahan lasak
- Ada pelbagai corak, bentuk dan warna yang menarik
- Ada pelbagai saiz dari sekecil tapak tangan hingga setinggi lutut saya ;)
- Sesuai dibawa ke mana-mana
- Sesuai dijadikan hadiah dan cenderahati

3. OK, saya nak tag TZM.

TERIMA KASIH!!!

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita 2011

Buat semua wanita di dunia khususnya ibu, adik-adik, makcik-makcik dan sahabatku semua...



Wanita..kau racun engkaulah penawar..
Kerana keistimewaanmu, terpikul segala amanah di bahumu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...