Seseorang bisa menjadi ilham untuk kita berbicara. Sesuatu bisa menjadi ilham untuk kita berkata-kata. Dan ia mampu menjadi penyuntik semangat untuk kita meneruskan kehidupan.
Saturday, October 31, 2009
Fikir Sebelum Bercakap
Kita perlu ingat, semua orang tak sama sifatnya..mood orang berbeza, boleh berubah-ubah..kalau angin baik masa tu, ok la tapi kalau tak..susah jugak..Faktor usia pun sama, lebih meningkat usia seseorang, lebih mudah dia terasa hati dan tersinggung dengan kata-kata kita.
Oleh itu, sebelum bercakap, sebelum berkata-kata...fikir dulu sama ada patut atau tidak kita cakap apa yang kita nak cakap tu, sesuai atau tidak keadaan dan masa kita nak cakap tu. Jangan cakap main lepas saja. Kita perlu hormat perasaan orang sebagaimana kita mengharapkan orang menghormati perasaan kita.
Sunday, September 13, 2009
Salam Aidilfitri 1430H
Ucapan Salam Aidilfitri..Maaf Zahir Batin buat kawan-kawan dan pembaca blog aku.
Berhati-hati di mana saja anda berada..di jalan raya, di dapur, di laman rumah, di surau, di kedai atau di mana-mana..bukan mendoakan yang buruk-buruk tapi kita perlu beringat sebelum terkena..bahaya ada di mana-mana, bila-bila boleh berlaku..
Kalau balik kampung, pastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan selamat..Pastikan suiz elektrik, paip air ditutup rapi.. Kunci pintu dan tingkap..mintak tolong jiran-jiran yang tak balik kampung tengok-tengokkan rumah kita..
Ziarah rumah keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan jiran-jiran. Jangan asyik menonton televisyen saja. Masa ni lah kita nak bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturrahim..bukan apa, aku dapat rasakan, di zaman canggih manggih ni, kita semakin jarang berjumpa dan bertemu mesra dengan kawan-kawan dan keluarga..Semuanya melalui internet saja..Budaya menghantar kad raya pun dah semakin pupus..
Maafkan saya sekali lagi..Maaf Zahir Batin ye..semoga kita dipanjangkan usia agar dapat bertemu sekali lagi dengan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang meriah...
Lapar
Cerita 1
Ayah Chik dan keluarga singgah di rumah Opah selepas terawikh...
Fazmi : Bapak, Abang Mi lapar la..
Ayah Chik : Abang Mi pegila sendiri kat dapur tu
Fazmi : Dapur tu gelap laa..ni kan rumah bapak jugak..Opah jaga bapak dulu..Bapak mesti tau suis lampu kat mana..
Cerita 2
Fazlin belajar di pra-sekolah. Pulang saja dari sekolah...
Fazlin : Ibu, kenapa cikgu tu malas sangat..Adake dia bagi air kotak dengan Apollo je..mana cukup...Alin pun bayar yuran jugak...
Cerita 3
Azam : Ibu, boleh tak kita saja-saja batalkan puasa? Azam nak makan Mamee ni, kalau tak nanti habis orang lain ambik...
Wednesday, September 2, 2009
Salam Ramadhan & Salam Kemerdekaan
Semoga kita beroleh keimanan, ketakwaan dan ketabahan dalam mengharungi bulan yang penuh barakah ini...Alhamdulillah, bulan puasa kali ini (setakat hari ini), cuaca sejuk, redup dan mendung sahaja..maklumlah hujan sepanjang hari..jadi tiada alasan untuk ponteng puasa, penat atau tak larat nak bekerja, berterawikh dan beribadat...
Shopping, shopping jugak..tapi ingat, kita perlu berjaga-jaga sepanjang masa..elakkan bersesak-sesak di tempat yang ramai orang untuk mengelak:
1. Penyebaran virus H1N1..pakai la topeng muka atau apa saja sebagai pelindung..elakkan memegang besi pemegang tangga, escalator, button lif etc tanpa pelapik atau sarung tangan.
2. Kejadian ragut..disebabkan leka dan ralit shopping, kita tak sedar yang pencopet ni aktif mencari mangsa...
3. Jangan bawak anak kecik shopping sama..takut hilang di tengah2 lautan manusia..tinggalkan je di rumah..kalau nak beli pakaian raya diorang, ambik ukuran siap2..
4. Pakai pakaian yang menutup aurat..ada jugak jenis manusia yg suka mengambil kesempatan meraba..ada yg sengaja jalan sebelah kita pastu buat2 terlanggar pulak..
5. Hati2 semasa penukaran duit baki dengan penjual..duit RM50 yg baru nampak sama sangat dengan duit RM1. Tengok dan periksa betul2 sebelum membuat pembayaran.
Lebih baik lagi kalau kita dapat buat persiapan awal. Lagi tenang dan senang...(hehehe..baju raya aku dah siap sebelum puasa lagi...). Perlu juga berjimat cermat..beli yg termampu, bersiap ala kadar..waktu berbuka masak sendiri..maklumlah..harga barang pun bukannya murah..
Oklah, akhir kata semoga kita semua merdeka dari godaan hawa nafsu..MERDEKA!!!
Thursday, May 21, 2009
Hiburkan Hatimu
Betty perlu bekerjasama dengan Amanda..tapi dia tak suka sebab idea Amanda ialah untuk berbelanja tanpa membayar. Macamana tu? Hmm, Amanda membawa Betty ke tempat-tempat mewah, mencuba sampel-sampel produk, mengambil barang-barang percuma. Pada mulanya Betty tak bersetuju kerana merasakan ia sama seperti mencuri..tapi kakaknya menasihatinya untuk menikmati hidup walaupun seketika..Jangan asyik kerja sampaikan masa untuk diri sendiri terabai..
Malam itu, Betty betul-betul enjoy dengan apa yang dilaluinya sebelum mengetahui duit sewa bulan itu yang disimpan Amanda telah hilang (dompet Amanda dicuri)..
Amanda yang terasa bersalah cuba mengelak daripada bertembung dengan Betty di tempat kerja. Rupa-rupanya dia membuat kerja sambilan untuk menggantikan duit sewa bulan itu. Betty terharu dan dia pula yang terasa bersalah kerana menuduh Amanda cuai.
Pengajaran -
1. Walau sekuat manapun kita bekerja, perlu ada ruang dan masa untuk diri sendiri berehat, bersantai, berhibur, belajar atau apa saja. Nikmati hidup ini dengan seimbang..banyak perkara yang kita perlu terokai, perlu lihat dari semua sudut jendela, bukan satu saja..
2. Tanggungjawab dan kerjasama sangat penting tak kiralah samada dalam melakukan tugasan di pejabat ataupun di rumah..
3. Sikap memahami dan bertolak ansur di antara satu sama lain juga penting supaya tidak timbul pergaduhan di kemudian hari.
Wednesday, April 29, 2009
CAHAYA MUKA NABI S.A.W.
"Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!"
Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"
Jawab Rasulullah: "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda: "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."
KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w.:
"Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."
Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?"
Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu: "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."
Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata:
"Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: "Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.
Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita sama-sama
berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW.
Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat : 208)
Imam 20 sen
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen..
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada
pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah.... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!".
Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
Wednesday, April 22, 2009
APA YANG KITA SOMBONGKAN - SATU CERMIN DIRI
APA YANG KITA SOMBONGKAN - SATU PENCERMINAN DIRI
M. Rian Rahardi
Seorang lelaki yang bertamu ke rumah seorang guru terpegun kehairanan ketika melihat Guru tersebut sedang sibuk bekerja; ia mengangkut air dengan timba dan membersih lantai rumahnya dengan bersungguh-sunguh. Peluhnya bercucuran. Menyaksikan keganjilan itu lelaki berkenaan bertanya, apa yang sedang Anda lakukan ?. Si Guru menjawab, tadi saya didatangi serombongan tetamu yang meminta nasihat. Saya memberikan banyak nasihat yang bermanfaat bagi mereka. Mereka pun nampaknya berpuas hati. Namun, setelah mereka pulang tiba-tiba saya merasa menjadi orang yang hebat. Kesombongan mula muncul dalam diri saya. Kerana itu, saya melakukan ini untuk membunuh perasaan sombong saya.
Sombong adalah penyakit yang sering menghinggapi kita semua, yang benih-benihnya terlalu kerap muncul tanpa kita sedari. Ia penyakit yang diwarisi dari Iblis dan disebarkan oleh tenteranya Syaitan dan ia kekal sehingga kita menemui ajal. Di peringkat terbawah, sombong disebabkan oleh faktor material. Kita merasa lebih kaya, lebih rupawan, dan lebih terhormat daripada orang lain. Di tingkat kedua, sombong disebabkan oleh faktor kecerdasan. Kita merasa lebih pintar, lebih kompeten, dan lebih berwawasan dibandingkan orang lain. Di tingkat ketiga, sombong disebabkan oleh faktor kebaikan. Kita sering menganggap diri kita lebih bermoral, lebih pemurah, dan lebih tulus dibandingkan dengan orang lain. Kita lupa bahawa sombong adalah hak ALLAH, kerana ALLAH MAHA SEGALANYA.Yang menarik, semakin tinggi tingkat kesombongan, semakin sukar pula kita mengesannya. Sombong kerana material sangat mudah terlihat, namun sombong kerana pengetahuan, apalagi sombong kerana kebaikan, amat sukar dikesan kerana ia seringkali hanya berbentuk benih-benih halus di dalam batin atau naluri kita.
Akar dari kesombongan ini adalah ego yang berlebihan. Pada tahap yang lumrah, ego menampilkan dirinya dalam bentuk harga diri (self-esteem) dan kepercayaan diri (self-confidence). Akan tetapi, apabila kedua hal ini berubah menjadi kebanggaan (pride), Anda sudah berada sangat dekat dengan kesombongan. Batas antara bangga dan sombong tidaklah terlalu jelas. Kita sebenarnya terdiri dari dua kutub, iaitu ego di satu kutub dan kesedaran sejati di kutub lain. Pada masa kita dilahirkan ke dunia, kita dalam keadaan telanjang dan tak punya apa-apa. Akan tetapi seiring dengan pembesaran dan waktu, kita mulai memupuk berbagai keinginan, lebih dari sekadar yang kita perlukan dalam hidup. Keenam-enam indra kita selalu mengatakan bahawa kita memerlukan lebih banyak lagi.
Perjalanan hidup manusia cenderung menggiringi kita menuju ke kutub ego. Ilusi ego inilah yang memperkenalkan kita kepada dualisme, ketamakan dan kebencian . Inilah akar dari segala permasalahan. Perjuangan melawan kesombongan merupakan perjuangan menuju kesedaran sejati. Untuk dapat melawan kesombongan dengan segala bentuknya, ada dua perubahan paradigma yang perlu kita lakukan.
Pertama, kita perlu sedar bahawa pada hakikatnya kita bukanlah makhluk fizik, tetapi makhluk spiritual. Kesejatian kita adalah spirituality, sementara tubuh fizikal hanyalah sarana untuk hidup di dunia. Kita lahir dengan tangan kosong, dan (ingat!) kita pun akan mati dengan tangan kosong. Kita yang mencorakkan fizikal.Justeru itulah adanya istilah patung bernyawa bagi mereka yang rosak spiritualnya.
Pandangan seperti ini akan membuatkan kita melihat semua makhluk dalam kesetaraan universal. Kita tidak akan lagi terkelabui oleh penampilan, label, dan segala sifat luaran lainnya. Yang kini kita lihat adalah kesan dalaman. Pandangan seperti ini akan membantu menjauhkan kita dari berbagai kesombongan atau ilusi ego.
Kedua, kita perlu menyedari bahawa apa pun perbuatan baik yang kita lakukan, semuanya itu semata-mata adalah juga demi diri kita sendiri. Kita memberikan sesuatu kepada orang lain juga demi kita sendiri. Dalam hidup ini berlaku hukum tenaga kekal . Energi yang kita berikan kepada dunia tak akan pernah habis. Energi itu akan kembali kepada kita dalam bentuk yang lain. Kebaikan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada kita dalam bentuk persahabatan, cinta kasih, makna hidup, maupun kepuasan batin yang mendalam. Jadi, setiap perbuatan baik kepada pihak lain, kita sebenarnya sedang berbuat baik kepada diri kita sendiri.
Kalau begitu, apa yang boleh kita sombongkan ?
Hukum Isteri Meleteri Suami
Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.
Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.
Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.
Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.
Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.
Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.
Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang membuat anda menangis? "
Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "
MENGHERDIK
Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah suaminya.
Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.
Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.
Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "
Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.
Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringandan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.
Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.
Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.
Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.
Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.
Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satupemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "
Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.
Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anakdan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.
Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.
Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.
Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "
Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.
Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah..
SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.
TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.
