Sunday, April 19, 2009

10 Fakta / Hobi Anda

'RULES'
-----------------------------
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di bawah untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
  • Pemberi award ini ialah Sha
  • 10 Fakta / Hobi Aku
  1. Suka sangat kraftangan, kalau boleh nak belajar semua jenis kraf (e'eh..sama ngn K. Sha pulak...)
  2. Suka mengumpul dan buat koleksi macam2..gelang@bangles, setem, poskad, pen..(boleh bukak muzium..)
  3. Suka menonton filem2 Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Ulang banyak kali pun tak pernah jemu walaupun dah tau ending dia..siap hafal dialog lagi..
  4. Suka mengumpul dan membaca majalah NUR. Buat koleksi dari isu pengenalan sampai sekarang. Siap berangan bila la aku nak jadi model NUR..ahakkss...(>_<)
  5. Suka membaca bukan sahaja isi kandungan tapi mesti baca semua dari kulit depan sampai kulit belakang (tajuk, nama pengarang, terbitan ke-berapa, nama pengedar, harga)...aduhh..penatnya...habit ni memang tak boleh nak buang walaupun dah cuba...
  6. Suka berangan depan cermin, cuba baju2 yang ada walaupun dah banyak kali pakai baju tu..(bukan apa..saja nak tau muat lagi ke tak..)
  7. Suka punggahkan barang2 pastu simpan balik, susun elok2..
  8. Kalau pergi shopping mall mesti cari kedai buku bahagian kraftangan dan motivasi, alatulis dan kertas..
  9. Suka warna hijau..tenang dan mendamaikan..
  10. Kalau tengok gambar, bukan setakat tengok objek yang diambil tapi tengok background sekali..nampakla macam2 objek yang enterframe..hehehe..
  • Penerima award seterusnya ialah....rasanya semua dah dapat kot..nampak gayanya takdela...

Saturday, April 18, 2009

Salam Rindu...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Maaf kerana aku lama menghilangkan diri daripada blog ini terutama daripada aktiviti Lovescrap. Kesibukan kerja menyebabkan aku tidak dapat fokus kepada aktiviti lain dan membahagikan masa sebaiknya. (Hmm, aku perlu belajar tentang pembahagian masa ni..). Namun, insyaAllah mulai bulan depan aku akan kembali semula menyemarakkan aktiviti di blog ini..Rindu sangat untuk bertemu kembali dengan teman-teman, untuk sama-sama menyumbang dan bertukar-tukar idea dan pendapat..rindu untuk menghasilkan puisi, kerjatangan, swapping dan segalanya..

Buat teman-teman dan pembaca blog aku..Tungguu......

Tuesday, April 14, 2009

Kejernihan Hati Hindari Perceraian

PERCERAIAN bukan perkara baru. Cuma yang ingin dibangkitkan ialah jumlah kesnya yang begitu membimbangkan, malah kadangkala pada satu masa kesnya tidak terkawal, seolah-olah wabak yang kian merebak. Statistik terbaru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan perceraian masyarakat Islam sebanyak 20,529 kes pada 2007, manakala kes rujuk (berkahwin semula dengan pasangan) hanya 2,511.

Perceraian pada dasarnya halal, tetapi ia adalah perkara halal yang paling dibenci Allah. Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud: "Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak." (Riwayat Abu Daud, al-Hakim, as-Suyuti dan Ibn 'Adiyy).

Bagi lelaki mudah untuk melafazkan cerai dan begitu juga wanita pantas meminta cerai apabila tidak sehaluan, tetapi suka atau tidak ia memberikan banyak kesan negatif.

Kebajikan anak mungkin terabai, malah perkembangan emosi mereka juga terbantut, membuatkan mereka hidup dalam tekanan dan kerana itu kadangkala mereka mencipta masalah sama ada di rumah atau sekolah. Wajah gembira mereka tidak mustahil semakin pudar, kerana kurangnya kasih sayang ibu bapa, sehingga selalu muram, tidak ceria dan kurang keyakinan untuk bergaul bersama rakan sebaya.

Justeru itu, pembentukan keluarga yang aman damai dan ideal harus menjadi idaman setiap pasangan. Dasar keimanan dan ketakwaan seharusnya digenggam setiap pasangan dalam mengharungi pancaroba kehidupan. Ini kerana iman dan takwa akan menerbitkan kesabaran yang tinggi terutama dalam menghadapi konflik rumah tangga dan tahap kesabaran juga secara langsung akan mempengaruhi emosi seseorang dalam membuat sesuatu keputusan pada saat kritikal.

Sabar boleh diertikan sebagai tabah menghadapi sesuatu keadaan yang amat tidak disenangi dan penyerahan sepenuhnya kepada Allah serta tidak berputus asa dalam menghadapi ujian kehidupan. Daripada persepsi lain, sabar ialah kesediaan untuk menerima, kemampuan dalam menghadapi masalah dan daya ketahanan diri serta fikiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Asas kepada kesabaran ialah emosi yang tenang dalam menghadapi segala macam konflik dalam diri, biasanya disebabkan hati. Selagi hati dan fikiran bersih, cetusan yang lahir juga menjurus kepada keadaan positif.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Ketahuilah dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik, baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim).Ketenangan emosi dan diri hanya boleh diperoleh jika mempunyai hubungan yang baik dengan Allah. Caranya ialah melalui amalan ibadat wajib dan sunat, manakala secara khususnya pula melalui zikir serta fikir. Zikir adalah ingat, iaitu melepaskan diri daripada lalai dan lupa dengan cara menghadirkan hati serta ingatan yang berterusan. Ingatan yang terbaik adalah ingatan kepada Allah.

"Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku)." (al-Baqarah:152).

Faedah berzikir begitu banyak, antaranya ialah ia akan membuatkan kerisauan hilang dari hati, dapat membersihkan hati yang kotor, malah membuatkan hati bertambah tenang. Dengan cara inilah tercetusnya emosi yang tenang dan dengan emosi yang tenang seseorang itu akan dapat mengawal kemarahannya. Secara tidak langsung, ia juga dapat mengawal emosinya dalam menghadapi konflik perhubungan dan pastinya dengan emosi yang stabil akan membuahkan hasil pemikiran yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Fikir pula adalah tafakur, iaitu antara nilai ibadat paling tinggi. Berfikir bukanlah semata-mata hanya kepada keadaan dilalui setiap hari, malah merangkumi segala perkara, membabitkan urusan dunia dan akhirat. "Dan pada bumi ada tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang yang yakin dan juga kepada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil dan bukti itu)?" (adz-Dzariyaat:20-21)

Menurut ahli sufi, tafakur adalah pelita hati dan jika tafakur itu hilang, tidak akan ada lagi pancaran dari hatinya. Selalu berfikir membuatkan hati seseorang itu bersih dan hati yang bersih dengan mudah dapat memutuskan sesuatu perkara walaupun berada dalam keadaan yang begitu mendesak.

Bibit perceraian akan timbul apabila pasangan berasakan tekanan atas perkongsian hidup terutama ketika terperangkap dalam konflik pendapat, walaupun pada permulaannya ia hanyalah bersifat tekanan perkongsian hidup yang normal. Bagaimanapun, kerana kurang peka terhadap masalah dan cara penyelesaiannya, ia akan menjadi lebih rumit serta konflik ini akan menjadi lebih berat sehingga mengakibatkan implikasi negatif dalam hubungan.

Justeru, penawar paling mujarab berdepan konflik ini tentunya zikir, fikir dan kesabaran, yang membentuk individu berfikiran matang, bertakwa dan beramal soleh, malah mendorong diri untuk mentauhidkan Allah dalam setiap sudut hidupnya.

Penulis ialah pensyarah UiTM Terengganu.

Monday, April 6, 2009

Mukjizat Di Sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan..

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Mas'ud berkata: 'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.'

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.'

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Friday, April 3, 2009

Pesanan Seorang Isteri

1.Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami (tu ler, berhutang banyak lagi.)

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda. Lebih -lebih lagi, jangan dok compare dengan kelig (collegue) kat pejabat.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. Banyak kerja lain nak dibuat. Ni tak, asyik "nak" jer. Tak kira hari hujan ker panas. Rimas lahhhh.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja, tengok TV ler tu.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV (tengok CD Mawi lah tu) atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak, bersilat, dsbnya.Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga).

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. Heh, perut dah boroi, tak perasan ker?

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan yee, masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dsbnya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau awak kawin dengan perempuan kedekut, itu bodoh awak sendirilah).

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Dah baca paper, susun elok-elok. (Apa ni, asyik basuh kereta jer). Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri. You all memang dengki!

17. Jangan main kayu tiga (kayu empat ker, kayu lima ker) dengan perempuan lain. Gatal!!. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Tu ler, surau tak penah pergi. Bila nak buat kenduri doa selamat, baru nak pegi surau cari Pak Imam. Ciss, tak malu !!! (Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar ustaz yang cakap).

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali (kalau isteri tak nak balas, salah awaklah kawin dengan perempuan kepala batu. Dah tahu pompuan tu kepala batu, kau nak jugak. Ha, padan muka. Pilih yang gebu-gebu jer.)

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi
kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masaalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, awak juga yang rugi! Imagine kitaorang mogok. Sapa nak masak nasik? Sapa nak basuh baju? Sapa nak iron baju? Sapa nak kemas rumah? Sapa nak bancuh susu anak? Sapa nak order gas bila gas dah abis? Sapa nak pegi pasar? Sapa nak pilih t-shirt untuk awak? Raya nanti, tak hingin nak buat kuih (alah, memang beli jer kuih raya ni). Sapa nak........

Motivasi - Hal Kerja!

My dear friends,

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say...

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...

Jadi renungilah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerj.

2. Ada kala kita rasa kita 'BUSY' giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita 'PRIHATIN', tapi rupanya kita 'BUSY BODY'.

4. Adakala kita rasa kita 'OPENMINDED' and 'OUTSPOKEN' tapi rupanya kita 'KURANG PENG'AJAR'AN'.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran 'KRITIS' rupanya kita hanya lebih kepada 'KRITIK' yang mencipta 'KRISIS'.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi 'LEBIH MESRA' tapi rupanya kita dilihat lebih 'MENGADA-NGADA'.

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, carilah kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasiblah sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungilah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Wednesday, January 28, 2009

Susahnya Melakukan Ikhlas

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:

Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya ikhlas…". Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..". Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas", "Yang Benar."

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.


ERTI IKHLAS
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau keranaNya yang SATU, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan- maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti: berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah; lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs
- kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
1. awal
2. pertengahan
3. akhir

Kerosakan awal

Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata, "Inilah masanya nak jadi popular", "Aku akan jadi terkenal…", "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan

Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata, "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

Kerosakan akhir

Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata, "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak. "Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu."

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah. Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:

"Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah….Amin".


Sekian

Friday, December 26, 2008

Perkara-perkara Yang Membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu, air dalam tin (100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam (terutamanya bagi kanak2)

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut Dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma Dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam Dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selalu menggunakan imajenasi otak


Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana
Disitulah terdapat banyak ion2 negetif Dan cahaya matahari infra merah
(terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana
Hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk
Kegunaan Kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit


Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang Ada pewarna

Jangan makan makanan yang Ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam


......Dan yang paling penting dibawah ini.........


Selamat beramal.....


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah Kita.

Jangan makan Dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana IA membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh Dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
Berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH Dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut Kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh Dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati Kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa Dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur Dan memurahkan rezeki Kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana IA adalah ciri-ciri munafik Dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama Dan hidup di sana lebih lama Dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wassalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu Dan mengampuni bagimu Dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah Dan Rasul-Nya, maka Sesungguhnya IA telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71) -

Selamat Maal Hijrah 1430H !!!!!!!!!!

SELAMAT MENYAMBUT

MA'AL HIJRAH 1430H

Semoga Allah memberi kita kesihatan, dimurahkan rezeki dan ditingkatkan iman kita, Insya Allah.

AMIN.

Semoga tahun baru ini membawa keberkahan pada diri kita semua dan umat Islam sedunia,Ameen.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Doa awal tahun dibaca 3 kali apabila masuk waktu Maghrib pada awal bulan Muharam.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."


Peristiwa-peristiwa penting:

  • 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
  • 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Wednesday, December 17, 2008

Kadang2 kita Terlupa

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

  1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
  9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi.
  11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
  13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
  16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
  18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana.
  21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
  22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
  23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.
  25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.
  26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari.
  27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.
  28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
  29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan.
  30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari.
  31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
  33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
  34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
  35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari.
  36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud.
  38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.
  39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim.
  40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari.
  41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
  42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih.
  43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih.
  44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain.
  45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu Dawud.
  46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.
  47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar.
  48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
  49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami.
  50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...