Sunday, April 20, 2008

3 hari 2 nafas

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN:
Hidup dalam keredhaan ALlah.
Hidup dalam kemurkaan ALlah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini: Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ... Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera sentiasa .. di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALlah s.w.t.

Hargailah Isteri Anda

Mulianya seorang isteri di sisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki),
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,
dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

(Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.)

15 tips supaya solat jadi khusyuk

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al-Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memerhatikan solat itu.

6. Rasa Malu (Haya') - perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan solat secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan solat bersendirian ataupun
sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersolat dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Friday, April 11, 2008

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usaha mu tidak menentu

Jika kau fikirkan kegagalan
Kau hampiri kekalahan
Jika kau fikirkan kejayaan
Kau hampiri kemenangan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Bertindak atas kemahuan
Engkau boleh!

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Berfikir boleh melakukan
Engkau boleh!

-Copyright Reserved-

Tuesday, March 25, 2008

Tentang Aku

Layout ini daripada challenge di Lovescrap oleh Yatiedin. Embellishment yang digunakan ialah sticker, bunga yang dicop (stamping) atas kertas berasingan, kemudian ditampal menggunakan double sided tape untuk menampakkan kesan 3D, dan Buncho pastel colour.


Friday, March 14, 2008

Ruang Kerja Saya

Kak Ida tag aku untuk menunjukkan ruang kerja aku..Tak berapa kemas sebab ruang yang comel sangat..Nantilah kalau ada rezeki, kita dapatkan ruang yang lebih besar (one of my wishlist).

Wednesday, March 12, 2008

Jangan Bilang Tidak

Ku pernah punya cinta
Namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu telah ku buang jauh
Kini ku ingin kamu.

Ku pernah menyendiri
Di sini ku akan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa
Namun hati ku sepi.

Jangan bilang tidak
Bila kita belum mencuba
Siapa yang tahu akan sama
Hati mu dan juga hati ku.

Lamanya bercinta
Bertahun-tahun putus juga
Ku harapkan dengan dirimu
Walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi.

Jangan bilang tidak
Waktu dicium aku bingung
Namun dada ini bergetar
Pipi pun semu
Namun aku mohon
Jangan bilang tidak.

-BBB-

Tuesday, March 11, 2008

Wednesday, March 5, 2008

Introvert - Supporter

Challenge dari Lovescrap kali ini ialah berdasarkan template LO yang diberi dan berkisarkan tentang diri sendiri. Aku memilih untuk memberitahu tentang karakter aku.
SOURCES - Microsoft Publisher. Design: Spotlight. Colour Scheme: Grove. Font: Script MT Bold, 20 (title), TW Cen MT Condensed, 10 (journalling). Clip Art: Flower, Leaves.

Monday, March 3, 2008

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.
Jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG.
Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.
Jika mahu MISKIN, miskinlah..tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.
Jika mahu KAYA, kayalah..tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH,belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .
Kalau mahu 2 BUAH RUMAH,belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.
Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT.
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT.
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..
Bersederhanalah...dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..
Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
Orang yang terlalu kuat..kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya..
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta.
Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia.
Binalah kedudukan di tengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya.. bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.."
Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan
sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira. Bersederhanalah...adalah jawapan kepada segala-galanya...

(Dipanjangkan daripada seorang teman)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...