Wednesday, January 2, 2008

Salam Tahun Baru

Selamat Tahun Baru 2008 dan Salam Maal Hijrah 1429.

Sempena Tahun Baru ini pastinya ramai yang menanam azam baru, tak kurang juga yang menyambung azam tahun lepas yang tak tertunai...Apapun, semoga berjaya dalam usaha merealisasikan impian itu...

Aku? Aku bukan jenis yang suka berazam apabila tiba tahun baru..Pun begitu, setiap hari aku berazam agar hari-hari yang bakal aku lalui akan lebih baik daripada hari-hari yang telah aku lalui; semoga hari ini dan esok, aku menjadi lebih baik daripada aku yang tadi dan semalam; DAN semoga kebahagiaan akan menjadi milikku.

Kepada insan-insan yang aku kasihi: keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, jiran-jiranku, teman seperjuanganku, dan seluruh umat Islam; semoga kalian turut memperolehi kebahagiaan, kesejahteraan dan keamanan..Semoga segala impian kalian menjadi kenyataan..

Semoga hidup kita sentiasa di bawah lindungan-Nya...Aminn...

Kad 'Happy Birthday' untuk TZ


Selamat Hari Lahir TZ!!

Thursday, December 27, 2007

Tidak

Tidak, kamu tidak akan menghabiskan usia mu untuk hal-hal yang tidak berfaedah seperti berdebat tentang hal-hal yang tiada kebaikan.

Tidak, kamu tidak akan menghasilkan wang dan menghimpunnya dengan mengorbankan kesihatan, kebahagiaan, dan ketenangan mu.

Tidak, kamu tidak akan mencari-cari kesalahan orang lain, mengumpat mereka, dan melupakan kekurangan yang ada pada diri sendiri.

Tidak, kamu tidak akan menyia-nyiakan waktu bersama dengan penganggur dan orang yang membuang waktu untuk hal yang sia-sia.

Tidak, kamu tidak akan mengingat musibah yang telah berlalu, bencana yang sudah lepas, atau kekeliruan yang pernah dialami.

Tidak, kamu tidak akan melupakan akhirat dan lalai terhadap perkara-perkara yang akan terjadi di dalamnya tetapi kamu beramal untuk menyambutnya.

Tidak, kamu tidak akan membelanjakan wang untuk hal-hal yang diharamkan seperti berfoya-foya, berjudi atau minum arak.

Kad 'Happy Birthday' untuk Umi


Selamat Hari Lahir Umi (dan Hadif)!!

Monday, December 17, 2007

Empat Peringkat Hak

  1. WAJIB dipertahankan, HARAM dikorbankan - Nyawa, maruah, agama, keluarga dan negara.
  2. WAJIB dipertahankan, BOLEH dikorbankan - Harta benda dan wang ringgit.
  3. HARUS dipertahankan, BOLEH dikorbankan - Waktu rehat, harta pusaka dan giliran bagi isteri-isteri yang berpoligami.
  4. HARAM dipertahankan, HARAM dikorbankan - Harta dan wang ringgit yang dimiliki secara haram seperti hasil judi, riba dan hasil curi.

Semusim Rindu Bertamu

Semusim rindu bertamu
Kala kesunyian mencengkam perasaan
Mengenangmu jauh di mata
Mengingatmu entah di mana.

Kenangan itu menggigit perasaan
Kebahagiaan yang ku sangka berpanjangan
Namun kekecewaan jua yang bertandang.

Kau hadir bagai mentari
Menerangi kehidupan, menyinari kesiangan
Namun tetap sirna bila malam menjelma
Lalu aku kesuraman di dalam kegelapan.

Semusim kasih bertamu
Kala kerinduan mencengkam perasaan
Kehilanganmu tak pernah ku rela
Biar takdir yang menentu segala.

Saturday, December 15, 2007

Calendar Swap

Di Lovescrap, kami membuat pertukaran kalendar 2008 di mana setiap peserta (6 orang) membuat LO untuk dua bulan. LO ini berukuran 6" X6" dan kalendar tidak lebih daripada 5" X 5". Setiap LO perlu ada pattern paper dan sekurang-kurangnya dua jenis embellishment. Di bahagian belakang diletakkan maklumat peserta.

Jiwa Bahagia

  • Untuk mendapatkan jiwa yang bahagia ada empat perkara: berani kepada kebenaran, tahu rahsia dari pengalaman kehidupan, pandai menjaga kehormatan batin, dan adil walaupun pada diri sendiri.
  • Untuk mendapatkan bahagia bongkarlah kekotoran jiwa dari dada supaya iman masuk ke dalamnya, kerana reban ayam yang dimasuki musang tidak akan dimasuki ayam.
  • Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan; sebab durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.
  • Bagi orang yang berbahagia dia menganggap istana bukanlah pada rumah besar yang bagus serta mewah tetapi ianya terletak dalam hati yang telah mendapat sinar ILLAHI.
  • Orang yang ingin bahagia haruslah selalu menyucikan jiwa dengan: selalu membaca al-Quran, mengosongkan perut dengan jalan berpuasa, solat malam, bergaul dengan orang yang taat kepada agama, dan tidak memakan makanan haram.

Wednesday, December 12, 2007

Stay The Same

Bunga dan frame gambar menggunakan corrugated paper, doodling dengan glitter gel pen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...